Resepi Ayam Panggang Rosemary - Cahaya Hayati

14 Sept 2015

Resepi Ayam Panggang Rosemary

Petang sabtu sebelum ke hospital melawat bapa mertua sempat marinate ayam untuk dinner. Buat siap-siap sebelum encik suami tanya malam ni nak makan apa.. hehe. Memang ayat tu yang keluar semasa dalam perjalanan balik.

Suami: Malam ni kita dinner apa?
Mommy: Kita diet malam ni. Makan ayam panggang saja.
Suami: Bila sayang marinate?
Mommy: Tadi sebelum keluar.
Suami: Ni yang buat abang sayang lebih ni..
Mommy : Oooo... Sayang ada maknalah ni.
Suami: :D ( lebar senyumannya)...

Biasanya bila lunch dah kat luar... malamnya pula, saya akan cuba masak juga. biarlah ringkas, janji masak dengan penuh kasih sayang, sedap dan mengenyangkan perut.

Resepi Ayam Panggang Rosemary


Setakat menu ringkas bersama bahan yang sedia ada di rumah, maka terjadilah Ayam Rosemary Panggang. Panggang ayam semata-mata. Tak larat nak campak ubi kentang sebab bahana makan laksa dah terasa. Masukkan dalam oven, set suhu dan masa.. biarlah sehingga bunyi 'ting'.

rosemary chicken
Rupa sebelum letak sos lada hitam. 

Resepi Ayam Panggang Rosemary

Bahan-bahan:
Ayam - ikut suka korang banyak mana. 
Sos lada hitam -
Sos BBQ - guna jenama life.
Rosemary kering - boleh di dapati di giant atau tesco. Letak lebih untuk dapatkan rasa dan bau rosemary.
Mixed spiced  - boleh di dapati di giant atau tesco

Cara-caranya:
Perap ayam dengan semua bahan di atas. Letak dalam peti sejuk selepas perap selama 1 jam atau lebih.
Bakar ayam dengan suhu 220C selama 1 jam. Tempoh & suhu  bergantung kepada jenis oven. Kat rumah guna jenama Tefal saja. Boleh tambah kentang dan bakar bersama ayam ini.
Dah masak hidangkan bersama salad, kentang goreng & juice.

Ayam rosemary panggang
Ayam rosemary & lemon mint Fizzy
Kali ini menggunakan sos lada hitam dari jenama Ramly. Hasil borongan masa balik kampung hari tu. Sepeket ni baru RM5.00++ saja. Untung sebab banyak... Rasa dia memang sedap & pekat. Terasa lada hitamnya.

Ramly tasty black pepper

selamat mencuba.


4 comments:

  1. alahai..terus SAA rasa terliur ni ha,...

    ReplyDelete
  2. erm patutlah abang cayang ye cik T, nampak pun sedap dah :)

    ReplyDelete
  3. ooo mudah saje yer..
    part yg bakar guna oven ni yg selalu lemah ni..
    boleh cuba la next time ni 220 degree celcius selama sejam kan..

    ReplyDelete