Mommy Pula Yang Berdebar - Cahaya Hayati

11 Sept 2015

Mommy Pula Yang Berdebar

Assalamulaikum wbt.

Bulan yang agak sibuk. Kerja dan menguruskan keluarga di samping berulang alik melawat emak di Hospital. Emak sudah discaj pada 28 Ogos hari tu tetapi kembali check in di Hospital Sultanah Bahiyah pula 9hb yang lalu. Masih masalah yang sama... Alhamdulillah hari ini sudah check out. Semoga emak di kurniakan kesihatan yang baik dari hari ke hari.

In Sha Allah esok Ammar akan menghadapi ujian kelayakan untuk masuk sekolah rendah islam di Kulim. TAPI mommy pula yang terlebih berdebar dan risau... hehe. Rasanya semua ibu-ibu memang berperasan macam ni. Anak nak ambik exam, mak pula yang rasa macam-macam.

Macam mana la mommy tak risau sebab pengambilan untuk sekolah ini hanya 120-150 pelajar saja tetapi yang mohon hampir 450 orang. Saingan yang sengit...

Yuppp  memang sekolah ini yang saya dan suami target untuk Ammar. Dengan didikan permulaan ini... Harapan kami semoga Ammar menjadi seorang hafiz. Yang dapat berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

Good luck Ammar!!

2 comments: