Bihun Goreng Daging Kisar - Cahaya Hayati

29 Sept 2015

Bihun Goreng Daging Kisar

Assalamualaikum wbt.

Rindu kat blog.

Rindu korang yang singgah sini. :)

Hari ini baru sempat update. UV dah kelaut.. huhu.

Semalam Si Arz Moha tayang kat IG yang dia pergi breakfast di RAMLY Gurun. Terus teringat keenakkan burger Ramly. hehe... Memang setiap kali lalu balik kampung akan singgah. Kadang-kadang makan.. kadang-kadang beli stok frozen. Beli kat situ murah dan ada diskaun jika jadi ahli. 

Di sebabkan stok daging burger tiada, maka terhasillah Bihun Goreng Daging Lembu kisar. Jangan ingat daging lembu kisar ni hanya untuk buat spaghetti saja. Buat bihun atau mee goreng pun sedap. Sedap sangatttt.

Bihun Goreng Mudah
Pek baru Ramly Daging Lembu Kisar

 Resepi Bihun Goreng Daging Kisar

Bihun Goreng Sedap
Bihun goreng daging kisar. Sedapp oiii!!
Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - di rendam terlebih dahulu
1/2 peket daging kisar - cuci dan toskan.
1 pokok sawi
2 biji telur - di buat telur hancur terlebih dahulu
1 ulas bawang besar - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
2 sudu besar cili boh/ giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 susu besar sos tomato/ boleh ganti dengan tomato segar 
1 sudu besar kicap manis
1 ketul cube ayam
garam


Cara-caranya:
1. Tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau. Masukkan daging yang telah di cuci. Masak seketika. 
2. Masukkan cili. Masak cili sehingga pecah minyak. Kemudian tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, cube ayam dan kicap. Rasa. Tambah sedikit garam.
3. Masukkan batang sawi dan biarkan ia mendidih seketika. 
4. Masukkan bihun dan gaul rata. Sekiranya bihun masih keras, tambah sedikit air. masak sehingga lembut.
5. Masukkan sayur sawi dan telur hancur. Gaul rata.
6. Siap. hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng,daun bawang, daun sup dan cili besar merah.

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. alahai sedapnya kak oiii....lapar terus SA

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya! dah lah tgh lapau ni hahaha

    ReplyDelete
  3. alahai...yang ni lagi sedap...

    adeh macam mana baru perasan entri ni...

    itupun sebab ada trafik source masuk....

    ReplyDelete
  4. Wah.. Satu kelainan.. selalu guna daging kisar nie buat spagheti..

    ReplyDelete