#Cabaran20Hari ~ Kenangan Terawih Di Surau/ Masjid Pada Zaman Kanak-Kanak

8:56 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Amboiii cabaran kesembilan ni mengimbas memori sungguh. Dah la zaman kekanak Cik Ti penuh dengan warna-warna pelangi..

Kat kampung Cik Ti hanya ada surau kecil saja masa tu. Biasalah bagi kampung yang tak berapa ramai penduduknya. Rasanya macam ada kurang 20 buah rumah saja.  Rumah pun jauh-jauh .. Sekarang dah ramai pesara yang balik dok kampung. Kira tak macam dulu la.. Kalau dulu nak keluar rumah malam-malam memang seram.

Kenangan terawih di surau yang paling Cik Ti ingat adalah kena usik ngan budak-budak lelaki termasuk abang Cik Ti sendiri. huhu

Jarak surau dengan rumah Cik Ti tidaklah jauh iaitu 3-5 minit jalan kaki. Tapi disebabkan tiada rumah jiran di jalan tersebut... Jalan tu gelap dan seram. Harapkan lampu suluh saja.. Banyak pokok-pokok hutan di tepi jalan.

Nak dijadikan cerita mak Cik Ti tak ikut terawih malam tu... Mak dah cakap jangan pi tapi tu lah perangai Cik ti masa kecik... degil. Tak nak dengar cakap sebab jeles kenapa abang boleh tapi Cik Ti tak boleh. Masa tu umur dalam 9 tahun kot..

Masa pi surau ok. Masih awal dan tak seram... Balik dari surau mula la rasa seram. Abang dah tinggai.huhu.

Dipertengahan jalan tetiba rasa seram sejuk luarbiasa pula..Dah lari-lari anak. Tetiba.. huwartrrrghhh! Mak pocong mak.. terus pecut sampai rumah sambil jerit panggil makkkkkk. Gila betul lembaga putih tu keluar sambil lompat-lompat dan ada cahaya kat muka... huhu

Keesokkannya Cik Ti demam.

Rupanya-rupanya abang Cik Ti dan kawan-kawan dia yang usik Cik Ti.. Guna telekung ngan torchlight. Adeh..

Sejak kejadian tu, dah tak berani nak keluar malam-malam kalau mak tak ikut. Dah la kat kampung Cik Ti ni macam-macam cerita seram yang orang dok cerita. Jadi sebelum kena atau nampak yang sebenar, eloklah dengar cakap mak ayah. Jadi anak yang baik..hehe

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers