#Cabaran20hari Pengalaman Sahur - Cahaya Hayati

28 Jun 2015

#Cabaran20hari Pengalaman Sahur

Assalamualaikum wbt.

Cabaran kedua iaitu pengalaman sahur. Pengalaman sahur yang Cik Ti paling ingat adalah pengalaman sahur masa kat uni.

Masa ni kami curi-curi bawa rice cooker. Masak dalam hostel... Biasalah bila dah bergelar senior. Dah hafal cara dan bila warden buat spotcheck. Kalau warden buat spotcheck kami akan simpan rice cooker tu dalam beg baju dan sorok dalam timbunan beg yang lain. Pastu letak atas almari..

Selalunya kami masak nasi dan lauk beli kat cafe. Ada satu hari tu, roommate bagitau nak buat nasi goreng. Kami pun okay jelah.. Ada orang volunteer nak masak.

So, malam tu urusan masak-memasak di serahkan kepada roommate tu. Nak tahu tak nasi goreng apa yang roommate kitaorang masak? Nasi goreng sambal kerang. Yummy sedapnya!

Kredit kepada Mr. Google

Makanlah kami berempat dengan berseleranya. Yelah selalunya nasi goreng perencah nasi gorenga Adabi bubuh telur ja. Ni ada kerang.. haruslah makan dengan berselera.

Apa yang menyebabkan Cik Ti ingat pengalaman sahur nasi goreng kerang ni adalah kerana kami berempat telah mengalami cirit birit pada keesokkannya. Seksanya cirit birit ketika puasa. Lembik semacam ja.

Bila dah jadi macam ni, kami pun tanya la kepada roommate yang masak tu... Guna sambal kerang apa? beli kat cafe ka? Dia bagitau guna sambal kerang dalam tin cap Adabi. sedap memang sedap. Tapi di sebabkan perut tak tahan maka semua kena cirit biritlah.
kredit kepada Mr. Google
Sejak dari hari tu, kami tak guna lagi sambal kerang untuk buat nasi goreng. Terutamanya untuk sahur. Kami tak pernah salahkan roommate tu sebab dia dah berusaha untuk masak dan dia pun kena cirit birit juga.

Jadi inilah pengalaman sahur nasi goreng kerang yang paling di ingati.

Bila tulis pengalaman sahur ni.. Teringat pula kat roommate Cik Ti iaitu Hanim, Imah dan sya. Rindu kalian.

2 comments: