#Cabaran20hari ~ Menu Wajib Bulan Puasa - Cahaya Hayati

30 Jun 2015

#Cabaran20hari ~ Menu Wajib Bulan Puasa

Assalamualaikum wbt.

Hari ini adalah cabaran ke-empat #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015. Setakat hari ini masih memenuhi cabaran. Alhamdulillah.

Berbalik pada tajuk, menu wajib Cik Ti di bulan puasa mestilah kuih favorite iaitu buah melaka. Suka makan buah melaka di sejak dari kecik. Dulu-dulu selalu tolong mak buat... Sekali buat banyak sebab kami 6 beradik suka makan buah melaka.

Buah melaka 
Sekarang Cik Ti beli kat param saja. Tak sempat nak buat sebab Encik Suami kerja shift malam dan bawa bekal hasil beli dari param. Nak masak tak sempat.. Sian kat dia.

Lagi satu menu wajib bulan puasa adalah Roti John. Wajib beli 2 atau 3 kali seminggu. Kalau kat Kulim ni Roti John yang Cik Ti cari adalah dari peniaga murtabak Malindo. Untuk bulan puasa, dia akan buat murtabak dan roti john. Roti John Malindo ni sedap dan banyak bahannya. Sama juga murtabak. Isi ayam atau daging dia besar-besar. Yang paling penting tak banyak bawang.

Roti John Malindo
Untuk makanan berat seperti nasi pula, tidak menjadi menu wajib sebab ikut selera tekak... Nak senang cari kat param saja. :)

#Cabaran20hari 

3 comments:

  1. Menggoda btol laa onde2 tuuu

    ReplyDelete
  2. onde2 kat bazar ramadan pon mahal.. lg baik buat sendiri kan..puas hati..

    ReplyDelete