AirAsia Free Seats! - Cahaya Hayati

25 Jun 2015

AirAsia Free Seats!

AirAsia telah mengadakan promosi FREE SEATS. Siapa cepat dia dapat. Bukan 300, bukan 3000 TAPI 3 juta tempat duduk percuma. 

Promosi ni bermula 21 - 28 Jun 2015. Tinggal beberapa hari lagi untuk booking. Tapi tempoh travel pula adalah dari 15 Feb 2016 sehingga 31 Ogos 2016. Booking sekarang dan sempat lagi untuk simpan duit shopping. 

Untuk booking boleh layari AirAsia.com.


Andai kata Cik Ti dapat tiket free ni.. Pilihan tempat yang akan Cik Ti pergi adalah Busan, Korea Selatan.

Kenapa Cik Ti nak pergi Busan sebab Cik Ti ni peminat drama korea. Minat dari zaman bujang sampai dah beranak pinak. Lama kan.. Cik Ti minat sebab drama korea boleh buat Cik Ti touching. Yelah dengan lakonan yang mantap di tambah pula dengan tempat yang menarik. Kalau hayati drama korea yang bersiri tu terutamanya bab masak masakan traditional/ untuk raja, Cik Ti suka sangat. Macam teratur dan berkhasiat makanan tu. Satu-satu benda di sediakan terlebih dahulu.. Part yang paling Cik Ti suka adalah penyediaan sesuatu sos. Lagi lama sos tersebut lagi sedap. Boleh tonton dalam drama Feast of the Gods.

Kalau tengok dalam web Visit Korea, banyak juga perayaan yang di sambut di Busan, Korea. Antaranya adalah:

The New Year Festival
Merupakan perayaan menyambut tahun baru dan ia di adakan pada setiap tahun. Meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan artis K-Pop. 


Busan Sea Festival
Busan Sea Festival di adakan sejak tahun 1996. Di adakan di beberapa pantai di Busan seperti Haeundae Beach, Gwangalli Beach, Songdo Beach, Dadaepo Beach dan Songjeong Beach. Terdapat pelbagai program kebudayaan dan unik. Majlis pembukaan yang sangat hebat, di iringin dengan persembahan yang menarik dan acara istimewa yang lain. 

Menariknya, persembahan dan acara di setiap pantai yang mengadakan festival ini adalah berbeza.

Busan Sea Festival
Busan Gijang Anchovy Festival
Kalau translate ke bahasa melayu adalah Sambutan Ikan Bilis Gijang.. Menariknya sambukan ini adalah di sambut oleh para nelayan dengan membawa peralatan menangkap/ memancing ikan dan ia di adakan di kawasan pantai.

Di Festival ini juga, pengunjung boleh menikmati masakan berasaskan seafood yang segar secara percuma. 

Di waktu malam pula di sediakan persembahan nyanyian, tarian dan lain-lain untuk menambahkan kesoronokan sambutan ini.
Busan Gijang Anchovy Festival
Pusan/Busan International film Festival.
Sebagai peminat filem dan drama korea, bestnya kalau dapat pergi ke Pusan International Film Festival. Mesti dapat jumpa ramai artis Korea kat sana.. Dapat tangkap gambar Jong Kok ( Running Man) pun jadilah.
\
Pusan International Film Festival
Antara lain yang menarik minat Cik Ti untuk ke Busan Korea adalah untuk untuk berjalan di bawah rimbunan pokok cerry blossom yang sedang mekar di Haeundae Dalmaji Walk. Bagi Aisya dan Ammar main kejar-kejar di sini.. hehe.

Boleh feeling romantik-romantik ngan Encik Suami.
Haeundae Dalmaji Walk
Selain itu, Cik Ti juga teringin hendak menginap di dalam Hanok iaitu rumah traditional orang Korea. Macam best saja kat dalam drama.
Hanok Stay
Lagi best bila dapat memetik buah anggur di ladang-ladang. Geram tengok buah anggur ni bergayutan...



Alangkah seronoknya bila dapat pergi masa musim sejuk/ salji. Nak main salji kat sana dan feeling-feeling macam dalam Winter Sonata

Huwaaa... Bestnya! Jom tempah ke Busan time tiket tengah free ni. AirAsia.com.


Source: http://english.visitkorea.or.kr/


3 comments: