CUCUR UBI KAPIT

12:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Sejak kahwin dan menetap di Kulim, banyak restoran dan kedai makan yang telah kami terjah dan merasai keenakan menunya.

Kali ini saya ingin berkongsi keenakan cucur ubi kapit yang di jual oleh anak mualaf di hadapan kedai makan cina yang bersebelahan dengan KFC Pekan Kulim.


Istimewanya cucur ubi kapit ini, ubi keledek dan ubi keladi di letak inti di tengah-tengahnya. Inti adalah kuih bakul yang hanya ada ketika musim perayaan cina. Cucur ubi kapit ini juga di kenali sebagai kuih bakul goreng.

Harga sebiji cucur ubi kapit ini adalah RM0.70. Agak mahal tetapi bila melihat prosesnya yang agak rumit.. memang berbaloi dengan harga tu.


Bagi yang belum pernah merasa keenakan cucur ubi kapit ni.. boleh la ke gerai ni. Waktu perniagaan pula dari jam 3 ptg - 6 ptg. 

Inilah rupa cucur ubi kapit tu. Tak sempat nak snap..  Terima kasih kepada mr. google 
Gambar dari google

#KulimBest

Pengikut

Google+ Followers