June 2015 - Cahaya Hayati

30 Jun 2015

#Cabaran20hari ~ Menu Wajib Bulan Puasa

June 30, 2015 3
#Cabaran20hari ~ Menu Wajib Bulan Puasa
Assalamualaikum wbt.

Hari ini adalah cabaran ke-empat #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015. Setakat hari ini masih memenuhi cabaran. Alhamdulillah.

Berbalik pada tajuk, menu wajib Cik Ti di bulan puasa mestilah kuih favorite iaitu buah melaka. Suka makan buah melaka di sejak dari kecik. Dulu-dulu selalu tolong mak buat... Sekali buat banyak sebab kami 6 beradik suka makan buah melaka.

Buah melaka 
Sekarang Cik Ti beli kat param saja. Tak sempat nak buat sebab Encik Suami kerja shift malam dan bawa bekal hasil beli dari param. Nak masak tak sempat.. Sian kat dia.

Lagi satu menu wajib bulan puasa adalah Roti John. Wajib beli 2 atau 3 kali seminggu. Kalau kat Kulim ni Roti John yang Cik Ti cari adalah dari peniaga murtabak Malindo. Untuk bulan puasa, dia akan buat murtabak dan roti john. Roti John Malindo ni sedap dan banyak bahannya. Sama juga murtabak. Isi ayam atau daging dia besar-besar. Yang paling penting tak banyak bawang.

Roti John Malindo
Untuk makanan berat seperti nasi pula, tidak menjadi menu wajib sebab ikut selera tekak... Nak senang cari kat param saja. :)

#Cabaran20hari 

29 Jun 2015

#Cabaran20hari ~ Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

June 29, 2015 7
#Cabaran20hari ~ Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas
Assalamualaikum wbt.

Cabaran ketiga adalah cabaran yang paling senang. Resepi hidangan sahur paling ringkas.. kacang ja tuh.

Resepi hidangan ringkas dari Cik Ti adalah resepi sambal telur pecah. Senang dan kegemaran encik suami. Encik suami panggil masakan 5 minit sebab sambal tu Cik Ti dah masak sehingga pecah minyak dan simpan dan peti ais. 

Cik Ti buat sambal tu siap-siap senang dan cepat jika nak masak sambal, nak buat mee/ koay teow/ bihun goreng. Boleh juga untuk di buat sambal bihun sup.

Untuk memasak yang lain tu, Cik Ti hanya tambah bahan-bahan yang di perlukan untuk masakan tersebut.

Resepi stok sambal

Cili kering RM1- di potong potong untuk buang biji
6 ulas bawang besar - di hiris besar
air - untuk kisar
garam
gula
bahan perasa
minyak

Caranya.
1. Goreng cili dan bawang sehingga layu. Sejukkan.
2. Kisar bahan yang di goreng
3. Masak semula sehingga mendidih atau pekat dengan menggunakan minyak gorengan tadi. Kurangkan minyak jika banyak.
4. Masukkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya. Gula tu tak masukkan pun tak apa sebab boleh tambah apabila memasak hidangan yang berlainan.
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas untuk di simpan dalam peti ais.

Sambal Telur Pecah

Bahan-bahan:
4 biji telur
2  labu Bawang besar - 1 labu di kisar bersama bawang putih. 1 labu di potong bulat.
2 ulas bawang putih - di kisar
minyak
gula
garam
bahan perasa
air asam

Cara-caranya:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan 3 sudu stok sambal. Biarkan mendidih.
2. Masukkan telur sebiji sebiji. Biarkan seketika agar telur menjadi separuh masak sebelum terbalikkannya.

3. Terbalikkan telur untuk masakkan bahagian atas.
4. Masukkan bawang yang di potong bulat dan biarkan mendidih seketika.
5. Angkat dan dihidangkan bersama nasi panas.


Jom sertai kami untuk #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015. Untuk baca #cabaran20hari Puasa/Raya 2015 boleh klik link di bawah



terima kasih kerana membaca. :)

28 Jun 2015

#Cabaran20hari Pengalaman Sahur

June 28, 2015 2
#Cabaran20hari Pengalaman Sahur
Assalamualaikum wbt.

Cabaran kedua iaitu pengalaman sahur. Pengalaman sahur yang Cik Ti paling ingat adalah pengalaman sahur masa kat uni.

Masa ni kami curi-curi bawa rice cooker. Masak dalam hostel... Biasalah bila dah bergelar senior. Dah hafal cara dan bila warden buat spotcheck. Kalau warden buat spotcheck kami akan simpan rice cooker tu dalam beg baju dan sorok dalam timbunan beg yang lain. Pastu letak atas almari..

Selalunya kami masak nasi dan lauk beli kat cafe. Ada satu hari tu, roommate bagitau nak buat nasi goreng. Kami pun okay jelah.. Ada orang volunteer nak masak.

So, malam tu urusan masak-memasak di serahkan kepada roommate tu. Nak tahu tak nasi goreng apa yang roommate kitaorang masak? Nasi goreng sambal kerang. Yummy sedapnya!

Kredit kepada Mr. Google

Makanlah kami berempat dengan berseleranya. Yelah selalunya nasi goreng perencah nasi gorenga Adabi bubuh telur ja. Ni ada kerang.. haruslah makan dengan berselera.

Apa yang menyebabkan Cik Ti ingat pengalaman sahur nasi goreng kerang ni adalah kerana kami berempat telah mengalami cirit birit pada keesokkannya. Seksanya cirit birit ketika puasa. Lembik semacam ja.

Bila dah jadi macam ni, kami pun tanya la kepada roommate yang masak tu... Guna sambal kerang apa? beli kat cafe ka? Dia bagitau guna sambal kerang dalam tin cap Adabi. sedap memang sedap. Tapi di sebabkan perut tak tahan maka semua kena cirit biritlah.
kredit kepada Mr. Google
Sejak dari hari tu, kami tak guna lagi sambal kerang untuk buat nasi goreng. Terutamanya untuk sahur. Kami tak pernah salahkan roommate tu sebab dia dah berusaha untuk masak dan dia pun kena cirit birit juga.

Jadi inilah pengalaman sahur nasi goreng kerang yang paling di ingati.

Bila tulis pengalaman sahur ni.. Teringat pula kat roommate Cik Ti iaitu Hanim, Imah dan sya. Rindu kalian.

27 Jun 2015

#Cabaran20hari Apa Erti Puasa Pada Anda?

June 27, 2015 2
#Cabaran20hari Apa Erti Puasa Pada Anda?
Assalamualaikum wbt.

Menyahut cabaran.

Cabaran satu, soalan adalah Apa Erti Puasa Pada Anda? Hehehe.. Senang ja ni.

Apa Erti Puasa Pada Anda?

Erti puasa pada Cik Ti....

Zaman Kanak-Kanak

Masa kecil dulu, masa umur 6-8 tahun... Puasa sebab nak raya. kena momok ngan mak dan jiran kalau tak posa tak boleh raya. Nak raya punya pasal posa la.. Posa sampai lembik macam upin dan ipin. Tapi boleh pergi main lagi ngan kawan-kawan kampung. hehe.. 

Masa ni puasa pun yangyok lagi.. Ada hari curi-curi minum. Kadang-kadang makan kalau mak bagi.. Kadang-kadang kena marah sebab nak buka puasa. Walaupun kena marah, tapi Cik Ti suka sebab bulan posa mak buat macam-macam kuih untuk berbuka. 

Zaman Remaja

Dah faham apa sebab kena puasa. hihi dah pandai ler. Tuntutan agama rupanya. Ingatkan nak raya saja.hikhik.

Masa ni puasa penuh dah. Kalau tak posa penuh mau kena pelengkung..

Masa umur 13 tahun baru tahu kenapa orang perempuan ada masa dalam bulan ramadhan tak boleh posa. Ingatkan saja tak posa. Kitakan antara budak yang lambat datang period. Mana la nak tahu... 

Zaman Belajar Di Universiti

Pada zaman ni selain memenuhi tuntutan agama, berpuasa adalah salah satu cara untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan. 

Cik Ti sanggup tak bersahur semata-mata nak kurus sebab masa tu berat naik sampai 55 kilo. Nak maintain 48 kilo ja. 

Lagipun penyakit MALAS ada dalam diri juga. Duduk asrama dan malas nak turun beli sahur kat cafe. So, tak bersahurlah. 

Ngek betul. Kalau tahu kelebihan dan keberkatan bersahur.. confirm tak buat. Jangan gelak tau.. Itu zaman jahiliah diri Cik Ti. Ambik mudah..

Zaman Bujang Bekerjaya

Dah apa pakwe (Encik suami la)  time ni dan duduk rumah sewa. Mula menghayati makna sebenar berpuasa. Rajin juga berbuka di masjid dengan kawan-kawan rumah sewa. Sekaligus berterawih.

Encik suami pula time ni rajin betul ajak teman dia pergi beli juadah berbuka dan berbuka bersama-sama. Jauh kot Kepala Batas dengan Kulim. Hhihi sayang punya pasal.. apa pun boleh.

Zaman Berkahwin Belum Ada Anak 

Erti puasa masa ni.. Belajar banyak perkara tentang encik suami dan mak mertua. Terutamanya menu berbuka dan sahur. Yang paling susah ialah menu sahur sebab berbuka pi Param ja... Huwaaa. Mancabar betul. Lap peluh!

Lagipun masa ni masih tak suka bangun sahur. Leceh.. Pastu pula tengah morning sickness untuk first baby. Seksanya sebab alah kepada bau makanan. :(

Puasa masa ni juga mengajar Cik Ti erti kesabaran yang tinggi. 


Zaman Duduk Berjauhan

Duduk berjauhan dengan encik suami pada tahun 2012. Masa ni dah ada anak 2.. Memang mencabar dan sedih sebab sahur dan berbuka dengan anak-anak. Anak-anak kecil lagi. Nasib baik la ada family ipar yang duduk selang 4 rumah. Kadang-kadang berbuka dengan mereka...

Masa ni baru menghayati makna sahur sebab nak kena kuat untuk jaga anak dua orang dan duduk di perantauan.


Zaman Ada Anak 3

Yang dua dah mula belajar berpuasa. Erti berpuasa dah mula terangkan agar mereka faham erti berpuasa yang sebenar. Tapi anak-anak manalah faham sangat apa yang kita terangkan. Ada hari puasa penuh dan ada hari puasa yangyok.  Tidak memaksa. Biarlah mereka menghayati makna puasa dengan cara tersendiri.

Cabaran berpuasa? Tahap kesabaran yang tinggi sebab setiap 5 minit si Aisya dan Ammar akan minta untuk berbuka. Kalau tak bagi akan buat muka sedih bagi mommy & daddy kesian. Awal-awal hari tu memang terpesona dengan lakonan sedih tu. Bila minum ja terus cergas.. lompat sana.. lompat sini. Hihi Anak-anak bila berpuasa cengginilah gayanya. teringat zaman kita budak-budak dulu.

Erti Puasa Sebenar

Apa pun erti puasa pada kita, jangan di lupa erti puasa yang sebenar-benarnya iaitu -


 “Berpuasa Bulan Ramadhan benar-benar mengajar kita erti taqwa yang sebenar di samping mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi selama ini dimana juga Rasulullah pernah bersabda bahawa puasa merupakan perisai bagi orang yang bertakwa.

Kita juga perlu senantiasa mengamalkan sifat qana’ah (berpada-pada) dalam apa jua yang kita lakukan.” 

26 Jun 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

June 26, 2015 1
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Assalamualaikum wbt.

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari ini, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 peyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Tips Kekalkan Kecergasan Di Bulan Ramadhan

June 26, 2015 2
Tips Kekalkan Kecergasan Di Bulan Ramadhan
Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah dah masuk hari ke-8 kita mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini. Masih cergas? Alhamdulillah.  Bagaimana pula kalau semakin hari semakin lemah? Nak buat apa yer bagi cergas balik.. Tetambah mak-mak yang kerja dia tak habis di pejabat saja. Balik rumah macam-macam kerja nak kena buat... Kalau badan dah lemah macam mana nak buat.

Nah tips untuk kekalkan kecergasan di sepanjang bulan ramadhan.

1. Minum air secukupnya.

 

2. Elak makan makanan berminyak dan yang mempunyai kadar gula yang tinggi


3. Jangan makan berlebihan ketika berbuka puasa.

4. Pastikan bersahur ketika ramadhan.


Simple sajakan. Cuma kekadang nak amalkan seperti susah sebab juadah bulan puasa ni special sikit. Kekadang mak masak special untuk berbuka... Boleh makan tapi jangan berlebihan. In Sha Allah kita akan kekal cergas.

25 Jun 2015

AirAsia Free Seats!

June 25, 2015 3
AirAsia Free Seats!
AirAsia telah mengadakan promosi FREE SEATS. Siapa cepat dia dapat. Bukan 300, bukan 3000 TAPI 3 juta tempat duduk percuma. 

Promosi ni bermula 21 - 28 Jun 2015. Tinggal beberapa hari lagi untuk booking. Tapi tempoh travel pula adalah dari 15 Feb 2016 sehingga 31 Ogos 2016. Booking sekarang dan sempat lagi untuk simpan duit shopping. 

Untuk booking boleh layari AirAsia.com.


Andai kata Cik Ti dapat tiket free ni.. Pilihan tempat yang akan Cik Ti pergi adalah Busan, Korea Selatan.

Kenapa Cik Ti nak pergi Busan sebab Cik Ti ni peminat drama korea. Minat dari zaman bujang sampai dah beranak pinak. Lama kan.. Cik Ti minat sebab drama korea boleh buat Cik Ti touching. Yelah dengan lakonan yang mantap di tambah pula dengan tempat yang menarik. Kalau hayati drama korea yang bersiri tu terutamanya bab masak masakan traditional/ untuk raja, Cik Ti suka sangat. Macam teratur dan berkhasiat makanan tu. Satu-satu benda di sediakan terlebih dahulu.. Part yang paling Cik Ti suka adalah penyediaan sesuatu sos. Lagi lama sos tersebut lagi sedap. Boleh tonton dalam drama Feast of the Gods.

Kalau tengok dalam web Visit Korea, banyak juga perayaan yang di sambut di Busan, Korea. Antaranya adalah:

The New Year Festival
Merupakan perayaan menyambut tahun baru dan ia di adakan pada setiap tahun. Meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan artis K-Pop. 


Busan Sea Festival
Busan Sea Festival di adakan sejak tahun 1996. Di adakan di beberapa pantai di Busan seperti Haeundae Beach, Gwangalli Beach, Songdo Beach, Dadaepo Beach dan Songjeong Beach. Terdapat pelbagai program kebudayaan dan unik. Majlis pembukaan yang sangat hebat, di iringin dengan persembahan yang menarik dan acara istimewa yang lain. 

Menariknya, persembahan dan acara di setiap pantai yang mengadakan festival ini adalah berbeza.

Busan Sea Festival
Busan Gijang Anchovy Festival
Kalau translate ke bahasa melayu adalah Sambutan Ikan Bilis Gijang.. Menariknya sambukan ini adalah di sambut oleh para nelayan dengan membawa peralatan menangkap/ memancing ikan dan ia di adakan di kawasan pantai.

Di Festival ini juga, pengunjung boleh menikmati masakan berasaskan seafood yang segar secara percuma. 

Di waktu malam pula di sediakan persembahan nyanyian, tarian dan lain-lain untuk menambahkan kesoronokan sambutan ini.
Busan Gijang Anchovy Festival
Pusan/Busan International film Festival.
Sebagai peminat filem dan drama korea, bestnya kalau dapat pergi ke Pusan International Film Festival. Mesti dapat jumpa ramai artis Korea kat sana.. Dapat tangkap gambar Jong Kok ( Running Man) pun jadilah.
\
Pusan International Film Festival
Antara lain yang menarik minat Cik Ti untuk ke Busan Korea adalah untuk untuk berjalan di bawah rimbunan pokok cerry blossom yang sedang mekar di Haeundae Dalmaji Walk. Bagi Aisya dan Ammar main kejar-kejar di sini.. hehe.

Boleh feeling romantik-romantik ngan Encik Suami.
Haeundae Dalmaji Walk
Selain itu, Cik Ti juga teringin hendak menginap di dalam Hanok iaitu rumah traditional orang Korea. Macam best saja kat dalam drama.
Hanok Stay
Lagi best bila dapat memetik buah anggur di ladang-ladang. Geram tengok buah anggur ni bergayutan...



Alangkah seronoknya bila dapat pergi masa musim sejuk/ salji. Nak main salji kat sana dan feeling-feeling macam dalam Winter Sonata

Huwaaa... Bestnya! Jom tempah ke Busan time tiket tengah free ni. AirAsia.com.


Source: http://english.visitkorea.or.kr/


PUASA DAN SABAR

June 25, 2015 0
PUASA DAN SABAR
Assalamualaikum wbt.

Sedikit perkongsian berhubung puasa. Marilah sesama kita memahaminya dan mempraktikkannya untuk sama-sama ke Jannah. In Sha Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yangg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. Ada 3 kategori sabar iaitu:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yang menyakitkan/menyulitkan.

Ketiga-tiga kategori sabar tersebut terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa.

Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith hasan diriwayat oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran." 

Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada orang-orang yang sabar dengan ganjaran yang tidak terhitung."

Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Sahihnya.

Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga!

24 Jun 2015

CPUV Nuffnang | Tarian Semakin Rancak

June 24, 2015 1
CPUV Nuffnang | Tarian Semakin Rancak
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Rezeki ramadhan lagi... Bukan satu tapi 8 CPUV baru masuk mulai 22hb , semalam dan hari ini. 

uMobile Blogger Ambassador (2)
Nando's Sedap Sangat Ke (2)
Resort World Sentosa (2)
OldTown White Coffee - Hazelnut (2)


Untuk CPUV sebelum ini boleh refer SINI

Bagaimana hendak mendapat CPUV?

Untuk mendapat CPUV dari advertiser, blogger mestilah:-
  1. Rajin update untuk memastikan traffic sentiasa ke blog.
  2. Untuk mendapatkan traffic ke blog, SEO mestilah 100%. Untuk check SEO boleh check di SINI
  3. Kalau dah lama takde CPUV, rajinkan diri untuk hantar tiket kepada advertiser. Nanti advertiser akan mention kenapa tiada cpuv kat blog kita.. So, dari situ.. kita boleh improve blog , blogging untuk mendapat CPUV.
  4. Domain - Domain juga memainkan peranan. Dulu masa guna blogspot, CPUV pun susah nak singgah. Sejak guna domain .com.. setiap minggu mendapat CPUV. 


Itu saja buat masa ni. Walaupun sikit tapi ada.. Hati pun bertambah riang melihat iklan yang bertukar-tukar. Tidak la nampak gambar biru memanjang.

So, kena rajin up entry lagi lepas ni. Chaiyok!

Madeena Skincare by Helenz Signature Terbukti Berkesan Menghilangkan Jerawat

June 24, 2015 0
Madeena Skincare by Helenz Signature Terbukti Berkesan Menghilangkan Jerawat
Assalamualaikum wbt.

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Halenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Halenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Halenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HALENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Khas untuk pembaca blog www.yatizul.com, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.
.
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 
.
Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
.
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.
.
Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Aisy Kena Denda

June 24, 2015 2
Aisy Kena Denda
Assalamualaikum wbt.

Aisy dah masuk 9 bulan hari ni.. Makin aktif yakni tak reti dok diam. Ada saja yang nak di buatnya. Dah pandai buka peti ais, dah pandai berdiri lepas tangan, dah pandai tatih dengan memegang katil atau sofa. Yang paling win adalah pandai memunggah. Habis semua mainan atau kain baju di punggahnya.

Selalunya Cik Ti biarkan saja. Biasalah anak-anak.. Semua benda nak explore. Bagi dia rasa dulu. Bila rajin dan ada masa baru Cik Ti kemas. Kalau malas... kutip2 masukkan dalam bakul pastu letak tepi ja.

Minggu lepas Aisy kena denda dengan daddy sebab memunggah. Kena gari.. hihi. Saja daddy usik. Ingatkan Aisy tak pandai nak keluarkan tangan dia yang kecik tu. Terror rupanya. Sedih sat saja...

23 Jun 2015

Dari Matrik Sehingga Berkerjaya

June 23, 2015 5
Dari Matrik Sehingga Berkerjaya
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Persahabatan dari zaman matrik sehingga zaman bekerjaya masih berkekalan. Dah menjangkau 17 tahun. Yerlah dari umur memasing baru masuk 18 tahun... Sekarang dah jadi mak-mak.

Bila ada masa terluang, terutamanya hari jumaat... kami berempat yang kerja berdekatan akan tetapkan masa untuk berjumpa.  Lunch date. 

Semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan.

belakang dari kiri: Aisyah, Cik Ti
Duduk dari kiri: Tasya & Along

Kerbau oh Kerbau!

June 23, 2015 3
Kerbau oh Kerbau!
Assalamualaikum wbt.

Dua hari lepas mendapat Whatsapp dari group family yang inform bahawa kawasan perumahan Cik Ti mempunyai masalah bekalan air tercemar dengan diesel. Ekk! Dah lepas sehari baru dapat tahu.. huhu.

Patutla terbau-bau diesel masa membasuh... ingatkan sekejap. Memasak pun guna air yang sama.. huhu. Nasib baik kami anak beranak tak mendapat sakit.

Semalam pun masih terbau-bau lagi air tu.. Tak tahu la sampai bila. Nak buka biar ngalir saja.. Nanti bil pula yang tinggi. Nangis.

Ni pula laporan polis yang menyatakan sebab-sebab air tersebut tercemar.. Di sebabkan oleh sekawan kerbau.Kerbau oh kerbau! Nak marah pun tak boleh..



19 Jun 2015

Giveaway bersama Wayne Harraz

June 19, 2015 1
Giveaway bersama Wayne Harraz

Maklumat lanjut, sila klik SINI. GA pertama Wayne Harraz ni... Maka wajiblah join.

Kesilapan Dalam Bulan Ramadhan

June 19, 2015 0
Kesilapan Dalam Bulan Ramadhan
Assalamualaikum wbt.

Selamat menyambut ramadhan. Semoga ramadhan ini bukan yang terakhir...

Jom audit diri kita dalam mengerjakan ibadah sepanjang ramadhan. Semoga segala amalan kita di berkati. Amin Ya Robbilamin.


18 Jun 2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

June 18, 2015 3
GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF



Nuffnang | CPUV Sebelum Ramadhan

June 18, 2015 0
Nuffnang | CPUV Sebelum Ramadhan

CPUV Nuffnang

Alhamdulillah rezeki menjelang Ramadhan dari Nuffnang.

Minggu lepas dapat CPUV nuffnang untuk Dumex Dugro & Shell Helix ' Love My Engine'.

Hari ni masuk lagi 4 CPUV iaitu:

Perfecto Popcorn (2)

Tesco - Lebih Jimat

RHB Lifestyle App.



thanks Nuff.

Sekilas Pandang Berhubung Puasa Ramadhan

June 18, 2015 0
Sekilas Pandang Berhubung Puasa Ramadhan
Niat Puasa

"Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-


1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (daru haid & nifas)
Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-


1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa
Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dlm rongga yang terbuka
3. Muntah dengsn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari)

Perkara Sunat Ketika Puasa:-


1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan ruthab (kurma basah) / kurma
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dari percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak membawa manafaat

Makruh Ketika Puasa:-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah
[6/14, 16:59] Zaki-ds 1: Bab Puasa:-
Golongan Yang Wajib Qada' Puasa:
1. Orang sakit yang ada harapan sembuh
2. Orang yang bersafar (bukan krn maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Org yang sengaja melakukan perkara2 yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam / mabuk
7. Orang yang sangat lapar & dahaga

Mereka yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-


1. Mereka yabg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua -

(fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bagi setahun tertinggal.

Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)

2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh

3. Orang yang terlalu tua & tidak terdaya berpuasa

4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil daripada harta pusakanya )

5. Perempuan yang mengandung / yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:


* Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seprti:-
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki/ Perempuan. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 org fakir/ miskin.
Bagaimnpun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak

2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara2 di atas

3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa


1. Orang yang hilang daya upaya sepertu sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Orang yang terlalu tua & amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yang disusui itu.

17 Jun 2015

Ramadhan Yang Di Nanti

June 17, 2015 2
Ramadhan Yang Di Nanti
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Masih di beri kesempatan menikmati kenikmatan & kelebihan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya.

Mohon maaf di atas kesilapan.

Selamat menyambut puasa kawan-kawan. 



Niat Puasa bulan Ramadhan


Doa Berbuka Puasa




CUCUR UBI KAPIT

June 17, 2015
CUCUR UBI KAPIT
Assalamualaikum wbt.

Sejak kahwin dan menetap di Kulim, banyak restoran dan kedai makan yang telah kami terjah dan merasai keenakan menunya.

Kali ini saya ingin berkongsi keenakan cucur ubi kapit yang di jual oleh anak mualaf di hadapan kedai makan cina yang bersebelahan dengan KFC Pekan Kulim.


Istimewanya cucur ubi kapit ini, ubi keledek dan ubi keladi di letak inti di tengah-tengahnya. Inti adalah kuih bakul yang hanya ada ketika musim perayaan cina. Cucur ubi kapit ini juga di kenali sebagai kuih bakul goreng.

Harga sebiji cucur ubi kapit ini adalah RM0.70. Agak mahal tetapi bila melihat prosesnya yang agak rumit.. memang berbaloi dengan harga tu.


Bagi yang belum pernah merasa keenakan cucur ubi kapit ni.. boleh la ke gerai ni. Waktu perniagaan pula dari jam 3 ptg - 6 ptg. 

Inilah rupa cucur ubi kapit tu. Tak sempat nak snap..  Terima kasih kepada mr. google 
Gambar dari google

#KulimBest

Makna Warna Buah & Sayuran

June 17, 2015 2
Makna Warna Buah & Sayuran
Assalamualaikum wbt.

Tahu tak maksud warna buah & sayuran? Ke main makan saja.. Yang tak suka letak tepi. Yang suka makan selalu.. Cik Ti pun macam tu jugak. Ada yang suka dan ada yang tak suka. hehe..





Lepas ni kena makan semua buah & sayuran untuk kesihatan yang lebih baik.

#Lovenatural

16 Jun 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

June 16, 2015 25
GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100
Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100. 

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official 
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif 
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa 
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel 

AIN Dramatic Uniq Blog 

ShamieraOsment.com 
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com 
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz 
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz 
MMD One Stop Centre
P.C.L 
Blog BingkisanHati 
Cikk mimin mera 
Shaklee House Pantai TIMUR 
Zulls Grill N Spices
Nota Purba 
Nukilan Reena 
Mia Zain 
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin 
Sayidahnapisahdotcom 
safuraonlinediary 
Anajingga 
Bicara Mummy 
Aku Penghibur [dot] com 
SIpanjangkata Likers 


GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100 


di sponsor oleh 

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature

dan





EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK