Review Aku Penghibur - Cahaya Hayati

19 May 2015

Review Aku Penghibur

Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?
Kejayaan yang tak datang bergolek ~ Hasil dari berblog
Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Allah Temukan Jodoh Kita Pada Keadaan Dan Masa Yang Tepat 

Dalam hidup ini kita memang ada hak untuk bercinta dengan siapa yang kita suka dan dia juga sukakan kita, kita punya hak untuk setia sehingga hujung nyawa untuk orang yang kita sayang, tak salah. Kita merancang dan Allah yang menentukan. Jodoh itu memang rahsia Allah semua orang katakan macam tu , tapi berapa ramai antara mereka yang percaya dan yakin dengan jodoh Allah ? 
Makwe selamanya

Cik Ti suka entry ni kerana 4 perkara telah di tetapkan oleh Allah SWT kepada kita. Salah satunya adalah JODOH. Jodoh adalah rahsia Allah SWT..

Bercinta bagai nak rak, menangis air mata darah sekalipun... jika bukan jodoh kita, takkan bersama juga sebagai suami dan isteri.

Kata Achik, jika belum bertemu jodoh...

Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal. Kuatkan keyakinan kita bahwa jodoh itu akan Allah pertemukan pada waktu yang tepat, Insya Allah.Allah itu sebaik perancangan yang kita ketahui dan dia akan hantarkan selayaknya seseorang itu untuk kita

Betulkan? In Sha Allah akan ada seseorang yang layak dan membahagiakan kita.

Cik Ti selalu ke blog achik untuk mencari sedikit motivasi.. Banyak kata-kata dan ayat positif dalam entry achik.

Jom terjah blog Achik dan anda pasti tersenyum :)

Aku Penghibur

Tahniah buat Achik yang baru saja konvo..  Semoga terus berjaya dunia dan akhirat. Amin.

6 comments:

  1. Cik Ti.. Acik memang seorang pakar motivasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Acik boleh buka company yang uruskan kem motivasi terutamanya kepada sekolah-sekolah

      Delete
  2. inshaAllahh.. terima kasih kak..May Allah bless you

    ReplyDelete
  3. terbaikk EFG..acik memang seorang yang mudah mesra dan senang untuk berbicara

    ReplyDelete