Ayam Masak Kicap Kesukaan Aismar

11:30 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Anak-anak semakin membesar, semakin memilih. Dah ada makanan favorite, dah ada lauk favorite... 
Kalau masak yang tak kena ngan selera depa.. memang mogok makan nasi. Sanggup makan biskut/ roti saja. Tapi kalau masak lauk yang kena ngan selera depa memang makan bertambah.. Alahai anak-anak.

Selalunya hari cuti, Cik Ti akan masak lauk kesukaan Aismar. Antaranya adalah ayam masak kicap.. Ayam masak kicap ini, Cik Ti tambah cili kering yang di tumis sekali dengan bawang, bawang putih dan halia. Ini yang menyebabkan masak kicap ini rasa lain dan istimewa. 


Jadi, hari jumaat hari tu, si Aismar makan bertambah-tambah lah...  Puas hati dan seronok tengok depa makan hasil air tangan sendiri walaupun masakan tu simple yang amat.

Resepi Ayam Masak Kicap

Ayam ( sebelah) - di gaul garam & kunyit dan di goreng sehingga masak terlebih dahulu.

2 biji bawang besar ( 1 untuk tumis, 1 untuk potong bulat & di masukkan sebelum di hidangkan)
2 ulas bawang putih
1cm halia
5 biji cili kecing ( potong 3)
5 sudu kicap
2 sudu sos tiram
asam jawa
Daun bawang untuk hiasan
2 biji kentang (di potong memanjang seperti wedges kfc. Goreng terlebih dahulu sehingga masak. Guna minyak gorengan ayam.)

Cara-caranya:

Tumis bawang, bawang putih, halia dan cili kering sehingga wangi. Masukkan kicap dan sos tiram. Biar mendidih seketika. Masukkan air asam jawa secukupnya. Rasa.. Kalau dah ok masukkan ayam, kentang ,bawang yang di potong bulat & daun bawang. Biarkan mendidih seketika sebelum di angkat dan di hidangkan.


note:

Cik Ti tak masukkan garam sebab ayam yang di goreng dah ada rasa masin. Rasa masin tu, akan keluar dan menyebabkan kuah kicap rasa masin.

Simple je

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers