Sugarscarf ~ Pilihan Hijab Terkini - Cahaya Hayati

21 Apr 2015

Sugarscarf ~ Pilihan Hijab Terkini

Cik Ti bukanlah seorang penggemar fesyen yang setia seperti kawan-kawan yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan mereka Cik Ti ni tidak berapa tahu tentang trend fesyen Muslimah terkini yang sedang hangat dalam pasaran. Malah saya tidak sentiasa keep updated dengan trend fesyen terkini popular seperti kawan-kawan.
Hari minggu yang lalu, apabila mengemas almari pakaian di rumah, Cik Ti  rasa Cik Ti perlukan tudung atau hijab terbaru.. Tambah-tambah lagi raya dah nak dekat kan!
Cik Ti pun tak ingat bila last Cik Ti shopping tudung baru. Macam dah lama tak shopping.. Raya tahun lepas kot. Huhu

Hari tu masa keluar lunch dengan kawan-kawan Matrik, Cik Ti  minta pertolongan depa dan depa telah berikan bermacam-macam pendapat . Daripada senarai jenama fesyen Muslimah terkini popular yang mereka berikan, Cik Ti agak tertarik dengan jenama Sugarscarf.

Jadi Cik Ti pun google dan terus-terang, Cik Ti jatuh cinta dengan jenama ni!
Koleksi tudung Sugarscarf online menawarkan pelbagai produk hijab terkini yang sangat menarik untuk dipilih. Apa yang lebih best tentang Sugarscarf ialah mereka menghasilkan tudung moden untuk wanita dengan variasi rekaan yang pada pendapat Cik Ti sangat segar dan menawan yang mana ianya sangat bersesuaian dengan trend fesyen Muslimah semasa.
Sejujurnya Cik Ti juga agak cerewet dalam memilih tudung. Ini kerana tidak banyak jenama tudung yang berpatutan menawarkan kualiti yang cari. Namun pencarian itu berakhir dengan jenama hebat ini. Cik Ti dapati antara faktor yang membuatkan mereka sangat popular dalam kalangan wanita yang memakai hijab di Malaysia adalah kerana mereka tidak pernah gagal dalam menghasilkan tudung yang berkualiti. Koleksi tudung terbaru wanita mereka adalah bukti bahawa mereka sentiasa berusaha untuk menawarkan produk fesyen Muslimah yang terbaik untuk pelanggan. Jika disebut tentang harga pula Cik Ti teramatlah berpuas hati kerana harga tudung Sugarscarf adalah yang terbaik dalam pasaran di Malaysia kerana kualiti yang ditawarkan juga adalah sangat baik.
Jom kita lihat tiga gaya padanan tudung Sugarscarf wanita terkini bersama pakaian Muslimah kegemaran Cik Ti.

Simple tetapi cantik! Sangat sesuai untuk Cik Ti yang simple ni..

5 comments:

  1. rara tak pernah lg ada tudung sugarscafrt.hehehe.sbb sendiri pun jual tudung.hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe.. Sugarscarf antara yang menarik hati. :)

    ReplyDelete
  3. bermacam macam pilihan sekarang ya. yang penting pastikan menutup aurat

    ReplyDelete