Puree Untuk Aisy - Cahaya Hayati

21 Apr 2015

Puree Untuk Aisy

Assalamualaikum wbt.

Update tentang Aisy lagi... hehehe.

Kali tentang makanan awal bayi iaitu puree. Sejak Aisy nak masuk 6 bulan lagi Cik Ti dok google tentang puree ni.. Masa zaman kakak & abang Aisy Cik Ti tak buat pun puree.. Banyak bergantung pada product Nestle yang pelbagai jenis tu.

So, bila ada anak no 3 ni... kena rajin sikit sebab nak jimatkan kos. Lagipun Aisy di jaga oleh MIL dan lebih mudah untuk memperkenalkan makanan awal ni. Tak perlu nak usung ke sana sini. Tugas MIL pun senang, keluarkan dari freezer, defrost dan panaskan.

Untuk puree Aisy Cik Ti masukkan beras kerana Aisy mengalami kekurangan berat badan.. Tak sepadan dengan usia. Itu kata nurse kat klinik desa. Berat badan Aisy mengikut umur berada di line kuning & dah nak ke line merah. huhu..

Resepi puree jenis ini diberikan oleh nurse tersebut. Cik ti cuma pelbagaikan dengan sayur dan ubi..

Resepi puree nasi:

1 genggam beras
1/2 batang Carrot
1 ketul ubi kentang
1 genggam bayam
10 ekor ikan bilis - di buang tulang & dibersihkan secukupnya
air secukupnya

Cara-caranya:

1. rebus beras sehingga menjadi bubur. Masukkan ikan bilis, ubi kentang dan carrot sehingga empuk. Kemudian masukkan bayam dan di biar mendidih seketika.


 2. Biarkan sejuk dan blender halus.


 3. Untuk resepi ini Cik Ti mendapat 5 bekas puree. Bekalan untuk aisy selama 5 hari. Sejukkan dan simpan beku.


Note: 
Makanan bayi tak perlu tambah garam. Ikan bilis yang di gunakan perlu di rendam seketika untuk buang rasa masin.

8 ulasan:

  1. berselera lah aisy makan. hksss :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Inani Hazwani. Tak pandai memilih lagi boleh la campak macam-macam. Dah besar esok tak tahu la..

    BalasPadam
  3. bestnya makanan bayi , haha

    BalasPadam
  4. tak yag kata baby.. org besar pun suka hahahahha

    BalasPadam
  5. sedapnyaaaa, rindunyaaa nk masak puree mcm dulu2.

    BalasPadam
  6. biasa tengok puree dari buah ja

    BalasPadam