Baby walker Untuk Aisy

1:30 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Baby walker? 

Yes, Cik Ti dan suami telah beli baby walker untuk Aisy. Lagi 3 hari Aisy akan masuk 7 bulan. Perkembangan yang sangat pantas berbanding abang & kakaknya..

Meniarap di usia 3 bulan. Menjulur di usia 4 bulan. Di usia 5 bulan, Aisy dah boleh merangkak... masuk saja usia 6 bulan dah boleh duduk.

Sekarang, belum pun masuk 7 bulan, Aisy dah mula memanjat dan berdiri... Dua tiga hari lepas, Cik Ti perhatikan dia dah mula meniti dari satu bahagian ke bahagian yang lain.. Adakalanya terjatuh... Nasib baik la jatuh atas tilam... Kalau tak confirm dapat tanda biru. 

Sebab Cik Ti belikan walker untuk Aisy adalah untuk memudahkan pemantauan Cik Ti  or MIL ke atas Aisy ketika melakukan kerja-kerja di rumah terutamanya ketika di dapur. 

Letak sekejap-sekejap saja.. Banyak masa di biarkan bermain di atas lantai.. Aisy pun tak suka duduk dalam walker sebab dia tak boleh memanjat.. hehehe


Note: 
Walaubagaimanapun, baby walker tidak digalakkan oleh pakar keselamatan dan profesional kesihatan. Boleh baca di SINI.

1 comments:

DRAMATIC UNIQ berkata...

owhhh...mata nya sungguh deep...!! :)

Pengikut

Google+ Followers