Saya Guna Car Seat! - Cahaya Hayati

24 Mar 2015

Saya Guna Car Seat!

Semalam viral tentang seorang ibu muda yang menjawab mengapa dia tidak menggunakan car seat ketika memandu. Kerana tidak mahu anak menangis.. Kerana sayangkan anak. 

Tak nak tunding jari sebab Cik Ti juga berbuat demikian dalam situasi tertentu.. TETAPI dalam kawasan jarak perjalanan yang dekat sahaja. Dalam kawasan perumahan saja.. Kat luar Cik Ti tak berani.. Takut terjadi sejarah kerana sayangkan anak, tak mahu anak menangis... Cik Ti tak dapat dengar anak menangis untuk selamanya. Nyesal tak sudah...

Sejak dari lepas pantang lagi, kalau nak kemana-mana tanpa suami... Cik Ti akan letak Aisy dalam car seat. Bila dah biasa, anak kecil ni akan jadi tak kisah... Cik Ti pun suka sebab selamat.


Kat rumah ada 2 jenis car seat. Satu untuk berumur dari sehari - 6 bulan. Bentuk macam bakul... Tapi tak boleh guna dah bila anak pandai meniarap dan semakin aktif. 

Usia car seat jenis dah mencecah 7 tahun. Cari kat kedai bayi dah takdak jenis ni... Masih elok dan tahan lasak. Untuk Aisy, Cik Ti hanya beli pelapik baru... 


Car seat yang kedua pula berusia lebih 6 tahun. Turun temurun dari kakak Aisya. Masa beli dulu harga dia dalam RM 180++ saja.. Brand My Dear. Sekarang dah tak dapat harga tu...

Jadi, janganlah berkira dalam keselamatan anak. Pelaburan hanya sekali tetapi boleh di gunakan untuk 2 atau 3 orang anak . Yang penting bila sudah tidak di gunakan, silalah simpan elok-elok.

fikir-fikirkan lah...