Sarapan Pagi Yang Indah

8:30 PG Cahaya Hayati 0 Comments

BOH Tea Centre Sungai Palas

Hari kedua sarapan pagi di tempat yang penuh keindahan dan kehijauan. Cantik.. Boleh fefeling ala ala retis. Tentulah kat BOH Tea Centre Sungai Palas. Ala tempat filem ombak rindu tu...


Keluar seawal mungkin. 8.30 pagi.. Sampai kat sana dalam jam 9.10 pagi setelah melalui jalan yang agak seram dan berliku-liku. Kalau Cik Ti yang drive confirm tak sampai punya... Patah balik. Sayang nyawa punya pasal...

Park kereta kat bawah. Then jalan kaki naik atas sambil dukung si kecik Aisy... Mujur stamina masih ada. Incik suami iring mak dia (MIL). Tinggi juga nak naik ke restoran tu...

MIL dah mengah bila sampai kat atas... kesian dia. Kami tak tahu yang boleh drive ke atas. Kena inform bawa warga emas. huhu. Ingatkan takdak jalan untuk kenderaan... 

Takpelah anggap exercise pepagi. Dah lama tak exercise panjat-panjat bukit ni...

posing dulu..
Kat sini minuman yang harus di cuba adalah teh. Nak tengok rasa dia sama tak dengan yang di jual di pasaraya.. hahaha.

Untuk makanan pula, Cik Ti order scone. Suami order sandwich tuna, anak-anak sandwich telur dan MIL curry puff. Semuanya sedap..


Posing ala ala retis sambil makan scone. Tangan sebelah lagi pegang si kecik.. Jadi mak mesti kena boleh buat semua. Jangan kata tak boleh... Kalau tak ketinggalan kapal terbang la.


Lepas makan, jejalan dalam kawasan boh tea centre. Ada tayangan yang menunjukkan operasi Boh Plantation dan bagaimana teh di proses. Info yang sangat baik.. terutama kepada anak-anak.

Selepas habis tayangan, kami melawat kilang teh yang terletak bersebelahan dengan tea centre ni. Proses membuat teh dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain. Memang di buka untuk lawatan oleh pengunjung... 

Bagi yang ingin membeli teh, boleh beli di kedai teh BOH yang menawarkan pelbagai perisa teh. 

Dah habis melawat, kami turun ikut laluan kenderaan.. Next destination pula. Nanti kita update yer!



Pengikut

Google+ Followers