Mac 2015 - Cahaya Hayati

28 Mac 2015

Tips Murahkan Rezeki

Mac 28, 2015
Tips Murahkan Rezeki
Terbaca di wall FB Irfan Khairi. Jom kita amalkan bersama-sama.

Tips Murahkan Rezeki

  1. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu/ permudahkan usaha kita pula.
  2. Sedekah dan derma confirm tak akan mengurangkan rezeki kita. Malah ia akan menambahkannya lagi. 
  3. Sekiranya berada di jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Mintalah dari Allah terlebih dahulu.
  • Solat istikarah untuk memohon petunjuk
  • solat duha untuk rezeki yang lebih ( sekiranya ingin lebih rezeki)

25 Mac 2015

Harga Rokok Naik Lagi, Berenti Lerrr!

Mac 25, 2015
Harga Rokok Naik Lagi, Berenti Lerrr!

Ini pengumuman kepada perokok tegar di luar sana... Harga rokok naik lagi mulai 1 April ni. Apa kata anda???

Kurang-kurangkan or berenti terus... Harga rokok 3 kali beli dah nak sama ngan harga setin susu anak.. Kalau sebulan berapa sumbangan keuntungan anda kepada syarikat rokok. Kira sendiri yer...

Berita ni belum pasti.. Tunggu sehingga GST di laksanakan yer. Nanti Cik Ti update lagi...

Sarapan Pagi Yang Indah

Mac 25, 2015
Sarapan Pagi Yang Indah

BOH Tea Centre Sungai Palas

Hari kedua sarapan pagi di tempat yang penuh keindahan dan kehijauan. Cantik.. Boleh fefeling ala ala retis. Tentulah kat BOH Tea Centre Sungai Palas. Ala tempat filem ombak rindu tu...


Keluar seawal mungkin. 8.30 pagi.. Sampai kat sana dalam jam 9.10 pagi setelah melalui jalan yang agak seram dan berliku-liku. Kalau Cik Ti yang drive confirm tak sampai punya... Patah balik. Sayang nyawa punya pasal...

Park kereta kat bawah. Then jalan kaki naik atas sambil dukung si kecik Aisy... Mujur stamina masih ada. Incik suami iring mak dia (MIL). Tinggi juga nak naik ke restoran tu...

MIL dah mengah bila sampai kat atas... kesian dia. Kami tak tahu yang boleh drive ke atas. Kena inform bawa warga emas. huhu. Ingatkan takdak jalan untuk kenderaan... 

Takpelah anggap exercise pepagi. Dah lama tak exercise panjat-panjat bukit ni...

posing dulu..
Kat sini minuman yang harus di cuba adalah teh. Nak tengok rasa dia sama tak dengan yang di jual di pasaraya.. hahaha.

Untuk makanan pula, Cik Ti order scone. Suami order sandwich tuna, anak-anak sandwich telur dan MIL curry puff. Semuanya sedap..


Posing ala ala retis sambil makan scone. Tangan sebelah lagi pegang si kecik.. Jadi mak mesti kena boleh buat semua. Jangan kata tak boleh... Kalau tak ketinggalan kapal terbang la.


Lepas makan, jejalan dalam kawasan boh tea centre. Ada tayangan yang menunjukkan operasi Boh Plantation dan bagaimana teh di proses. Info yang sangat baik.. terutama kepada anak-anak.

Selepas habis tayangan, kami melawat kilang teh yang terletak bersebelahan dengan tea centre ni. Proses membuat teh dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain. Memang di buka untuk lawatan oleh pengunjung... 

Bagi yang ingin membeli teh, boleh beli di kedai teh BOH yang menawarkan pelbagai perisa teh. 

Dah habis melawat, kami turun ikut laluan kenderaan.. Next destination pula. Nanti kita update yer!



24 Mac 2015

Saya Guna Car Seat!

Mac 24, 2015
Saya Guna Car Seat!
Semalam viral tentang seorang ibu muda yang menjawab mengapa dia tidak menggunakan car seat ketika memandu. Kerana tidak mahu anak menangis.. Kerana sayangkan anak. 

Tak nak tunding jari sebab Cik Ti juga berbuat demikian dalam situasi tertentu.. TETAPI dalam kawasan jarak perjalanan yang dekat sahaja. Dalam kawasan perumahan saja.. Kat luar Cik Ti tak berani.. Takut terjadi sejarah kerana sayangkan anak, tak mahu anak menangis... Cik Ti tak dapat dengar anak menangis untuk selamanya. Nyesal tak sudah...

Sejak dari lepas pantang lagi, kalau nak kemana-mana tanpa suami... Cik Ti akan letak Aisy dalam car seat. Bila dah biasa, anak kecil ni akan jadi tak kisah... Cik Ti pun suka sebab selamat.


Kat rumah ada 2 jenis car seat. Satu untuk berumur dari sehari - 6 bulan. Bentuk macam bakul... Tapi tak boleh guna dah bila anak pandai meniarap dan semakin aktif. 

Usia car seat jenis dah mencecah 7 tahun. Cari kat kedai bayi dah takdak jenis ni... Masih elok dan tahan lasak. Untuk Aisy, Cik Ti hanya beli pelapik baru... 


Car seat yang kedua pula berusia lebih 6 tahun. Turun temurun dari kakak Aisya. Masa beli dulu harga dia dalam RM 180++ saja.. Brand My Dear. Sekarang dah tak dapat harga tu...

Jadi, janganlah berkira dalam keselamatan anak. Pelaburan hanya sekali tetapi boleh di gunakan untuk 2 atau 3 orang anak . Yang penting bila sudah tidak di gunakan, silalah simpan elok-elok.

fikir-fikirkan lah...

Dinner @ Cameron Highland

Mac 24, 2015
Dinner @ Cameron Highland
Assalamualaikum wbt.

Kita sambung lagi cerita pasal short vacay @ Cameron Highland. Kali ini pasal dinner pula... hari pertama diner di Glory 78 Tanah Rata. Bersebelahan dengan hotel La Fern. Wajib makan steamboat kalau ke sini ...

Walaupun memula tu nak pi makan steamboat di restoran di bawah hotel Titiwangsa. Tutup la pula.. Takde rezeki nak merasa kat situ...


Steamboat Glory 78

Patah balik & makan di Glory 78. Ada perubahan dari segi rasa dan bahan steamboat. Lebih mewah... Hanya RM23 satu kepala. Kami order untuk 3 orang saja.. Anak-anak tak makan banyak... Cukup-cukup untuk kami berlima sahaja.



Dalam set ini di beri mee dan bihun. Boleh request nasi putih if nak makan nasi... Mewah dengan sayuran segar, udang besar yang fresh, daging, ayam serta pelbagai frozen seafood. 

Bila dah order set steambot ni memang tak boleh tak makan. Hilang diet... Tambah-tambah lagi suasana yang sejuk.

white coffee 
White coffee untuk saya di sebabkan tekak tak berapa nak baik.. Incik suami pula tak habis-habis dengan strawberry blended.. Anak-anak pula request nak banana split. Banana split pun mewah dengan topping. Gambar tak da...

Him - ice blended strawberry
 Restoran ini juga mempunyai pilihan untuk snacks & western. Tetapi Cik Ti belum pernah rasa... so, tak dapat nak review sedap ke tidakkk. Next trip kot... #Untung2dapatmakanfree.

GST ooo GST

Mac 24, 2015
GST ooo GST
Topik hangat la ni... Lagi 7 hari GST akan di lancarkan.

Dengar khabar ramai yang pakat borong barang keperluan harian. Pasaraya penuh ja...
Tertanya gak.. stok tu leh simpan setahun ke? Macam tak ja...

Bagi Cik Ti la... Lagi banyak stok kat rumah, lagi banyak kita guna... or tak guna. Tengok2 dah expired. Rugiiii. Kalau guna takdak la rugi sangat...

Bagi Cik Ti, pembelian hanyalah kepada barangan yang benar2 nak guna... Setiap minggu ke pasar malam atau pasar pagi untuk stok bahan mentah. Bagi stok barang kering pula, pembelian di pasaraya hanya di buat sebulan sekali...

GST? Apa yang cik ti faham... setakat training oleh tempat cik ti mencari rezeki adalah menggantikan government tax 6%. So, takdak perbezaan pun. Yang berbeza adalah nama tax tersebut... Kalau kat company lain... Cik Ti tak pasti pula.

Untuk  GST ni, Cik Ti lebih suka tunggu dan lihat... Nak tulis banyak pun, benda yang tak nampak dan belum di lancarkan lagi.. Yang ada hanyalah pendapat peribadi individu... Percaya atau tak, terpulanglah kepada individu tersebut.

So, berbelanjalah secara berhemah dan lebihkan peratus simpanan.

23 Mac 2015

Aiskrim & Ice Blended Strawberry

Mac 23, 2015
Aiskrim & Ice Blended Strawberry
Assalamualaikum wbt.

Update cerita short vacay.

Bertolak dari Kulim jam 8.30 pagi.. Biasa lah bila ada anak kecik. Plan nak bertolak jam 8.00 pagi tetapi terlewat 30 minit.. huhu. Time management yang gagal.

Dalam perjalanan singgah makan nasi lemak sedap di Taiping ( dekat kem askar Taiping). Encik suami nak jadikan percutian kali ini percutian yang berkonsep jalan-jalan cari makan.. Memenuhi selera di dalam perjalanan.

Gambar nasi lemak takde sebab tak sempat nak snap... lapaqqq!

9.30 keluar dari Taiping.. Terus ke Cameron. Sampai dalam kol 12 tengahari. Nak check in tak boleh lagi... so, jejalan dulu di Al Mashoor Taman Sedia. Di Al Mashoor ni disediakan cafe yang menjual ais krim, ais blended, kek, jelly dan lain-lain produk yang berasaskan strawberi.

Di sini kami mencuba ais krim dan ais blended strawberry. SEDAP! Rasa strawberry yang fresh dan manis...

Aiskrim strawberry
Panas-panas ni memang sedap kalau dapat dedua ais ni... Cer tengok si Aisya menikmati ais blended ni. Terus teringat rasa ais blended tu...

sedapnyerrr...

awww sejukkkkk!

t
best!
Memang boleh letak dalam senarai tempat persinggahan kalau ke cameron. In sha Allah halal dan di miliki oleh 100% orang islam.

Short Vacay@ Cameron Highland!

Mac 23, 2015
Short Vacay@ Cameron Highland!
Alhamdulillah. Berjaya memenuhi permintaan anak-anak untuk short vacay.. Hasrat daddy juga nak pi rilek-rilek di Cameron Highland. Pergi time cuti sekolah tetapi bukan hari minggu boleh rileks sebab tak ramai orang... Boleh pegi mana-mana tanpa perlu queue. Seronok dan terasa bebas...haha.

Nanti kita update cerita & lokasi menarik di Cameron yer...

Now kena hadap kerja & beratus email yang masih belum di baca. Masih ada paperwork yang pending... huhuhu. Semoga dipermudahkan segalanya.. Amin.

Belanja sekeping gambar dulu....

Me & Aisy

19 Mac 2015

Kisah Kehidupan : Di Runtun Anak-Anak

Mac 19, 2015
Kisah Kehidupan : Di Runtun Anak-Anak
Assalamualakum wbt.

Kisah Kehidupan : Di Runtun Anak-Anak

Tadi sesembang waktu lunch ngan kakak satu opis.. Biasa la pasal staff yang mohon vss kendian nak tolak pula. So, sebagai rakan seopis yang prihatin, tertanya jugak kenapa nak tolak sedangkan tawaran menarik...

Rupa-rupanya, beliau di runtun ( bahasa kampung untuk memanjakan secara berlebihan) oleh anak-anak. Anak-anak dah bekerja dan juga dah berkahwin... TAPI masih meminta kepada bapa. Bapa ni pula jenis yang tak pandai nak menolak... Beli rumah cash untuk anak yang tak pandai belajar, beli kereta untuk anak ini.. bla.. bla...

So, di pendekkan cerita.. Habis la duit EPF yang sepatutnya digunakan selepas berpencen..

Kesian. Tapi cam tak patut kesian pun ada.. Yer lah habiskan untuk anak-anak yang dah bekerja dan berkahwin. Ada jaminankah anak-anak tersebut akan jaga beliau nanti?.. Banyak yang dah baca dalam surat khabar.. Tak pedulikan ibu / bapa selepas dibahagikan harta.. hmmm.

Minggu lepas, terdengar satu ceramah dalam radio kedah fm. Ustaz tersebut menyatakan yang kita tak perlu tinggalkan bekal buat yang hidup. Sediakan bekal untuk kita di alam kubur.. Ada jaminankah yang hidup akan kirim bekal buat kita ketika di alam kubur???....

Gulppp! Insaf terus cik ti.... kena banyak amal lepas ni.

Peringatan kepada diri sendiri dan juga yang singgah ke blog ni.. sediakan bekal untuk kita di SANA dan juga tabungan untuk meniti hari tua..

Untuk anak-anak atau yang masih hidup tu, pepandai la cari sendiri... Jangan di runtun ibu bapa. Biarlah mereka menikmati hasil kerja keras selama ini.. Ingat hukum karma.......

18 Mac 2015

TUNDUK

Mac 18, 2015
TUNDUK
Assalamualaikum wbt.

Tunduk itu tanda hormat. Betul. Adat melayu sekalipun menyatakan bila berjalan di hadapan orang yang lebih tua, kepala dan badan mesti di tundukkan. Mesti minta izin.. Itu tanda hormat kepada mereka yang lebih tua dari kita..

Zaman sekarang macam dah hilang adat tu.. anak-anak berjalan sambil pegang telefon, tak tengok kiri kanan, tiada izin apatah lagi nak tunduk hormat. Terhakis sikit demi sikit.. Ibu bapa yang tidak mengajar atau pengaruh dari luar? Hmm... pikiaq sendiri la.


Hari tu, cik ti post kat FB dengan quote ' ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.' Ada macam2 tafsiran. Yang sebenarnya nak nyatakan kalau dah berisi... lebih baik ambik gambo tunduk sikit.. barulah dagu berlapis tu tak nampak... hehehe.

Namun ayat tu jugak adalah sebagai peringatan buat diri sendiri... Jangan dabik dada kalau dah berjaya. Biarlah semakin tunduk dan merendah diri... 

Semoga diri ini terus tawaduk dan ikhlas dalam melakukan kebajikan..

17 Mac 2015

Buat Hati Mummy Cair!

Mac 17, 2015
Buat Hati Mummy Cair!
Assalamualaikum wbt & Selamat pagi..

Hai semua! Dah breakfast? Breakfast apa? Mesti sedap kan? 


Cik Ti breakfast mee sanggul jer. Beli kat kedai... RM 1 sebungkus. Rasa boleh la..
Tak sempat nak masak pagi-pagi. Tambah-tambah bila si kecik Aisy dah bangun.. Apa pun tak boleh buat. huhu...

TAPI bila tengok senyuman Aisy pepagi boleh buat hati mummy cair... Terus malas nak pergi kerja. Huhu...Rasa nak peluk Aisy ja. Sayang Aisy, Kakak & Abang ketat-ketat!

Aisy si rambut lebat

16 Mac 2015

SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"

Mac 16, 2015
 SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"

Assalamualaikum wbt.

Kawan-kawan,
Jom join segment mari tingkatkan follower blog.
Mudah saja. Klik gambar di bawah.


Selamat bersegmen semua!!!

Teman Main & Teman Gaduh

Mac 16, 2015
Teman Main & Teman Gaduh
Teman bermain dan juga teman bergaduh. Itulah yang cik ti sekeluarga sedang alami bila anak-anak semakin membesar.. Ada saja benda yang nak di gaduhkan, nak di perbesarkan, nak di rebutkan.. Adoii la anak-anak. Bikin kepala pusing dan darah naik.

Kalau bermain pula, riuh rumah dengan gelak ketawa depa. Meriah.. Rasa bahagia saja.

Terima kasih Ya Allah atas kurnian yang tidak ternilai...

Adik Aisy photobomb dengan kaki..

Susu Pilihan

Mac 16, 2015
Susu Pilihan
Dulu masa nak hentikan penyusuan melalui botol, sering terdengar rungutan mak2 yang mengatakan kalau berenti botol, anak-anak dah takmo susu dah... Takut la juga time tu. Takut anak-anak takmo minum susu.. Susu kan baik untuk tumbesaran mereka. Tambah pula, anak2 saya jenis yang memilih makanan. BIG NO kepada sayur.

Alhamdulillah. Sehingga kini susu masih menjadi pilihan.. Dalam kotak. Tak perlu bancuh, senang nak bawa ke mana-mana sahaja. Mummy pun suka... hihi.

kegemaran Aisya & Ammar
Apa saja untuk anak mummy & daddy...
Love u all.

15 Mac 2015

selamat bercuti semua!

Mac 15, 2015
selamat bercuti semua!
Assalammualaikum wbt.

Selamat bercuti kepada adik2 & anak2 yang bersekolah.
Kepada mak bapak yang dah plan nak bawa anak2 bercuti, sila hati2  dimana sahaja. Tak kira la time memandu ka, time berhibur ka, time jejalan ka... kena ingat yang bahaya tak kira masa dan tempat..

Kepada anak2 yang pergi bercuti bersama keluarga.. bersyukurlah kerana masih ada rakan2 yang tidak pernah kemana-mana pun. Jauh atau dekat bukan persoalan.. Yang. penting masa yang berkualiti bersama keluarga. Betul tak?

Happy holiday semua.
Semoga percutian kali ini memberi makna dan melakarkan sejarah yang tersendiri..
in sha allah.

14 Mac 2015

Inovatif & Kreativiti : Aiskrim Kelapa

Mac 14, 2015
Inovatif & Kreativiti : Aiskrim Kelapa

Aiskrim kelapa

Pernah dengar tak? huhu... Tarikan kat Pulau Pinang sekarang... Terletak tengah di Jalan Masjid Kapitan Keling menuju masjid Lebuh Acheh.. Nama jalan? Sorry ceq lupa..

Apa yang cik ti boleh katakan aiskrim ni rasa seperti aiskrim potong tetapi dengan menggunakan sedikit inovatif dan kreativiti maka terlahirlah aiskrim kelapa. RM 6 separuh kelapa.. Kelapa ni nampak ja kecik tapi isi dia banyak okey!

ais krim kelapa
Kepada yang belum pernah rasa lagi... Boleh la mai cuba. Tak rugi... Kalau nampak ramai yang dok beratur, boleh sewa basikal buat pusing-pusing sekitar town. Dah penat kayuh basikal boleh makan aiskrim..

Next time nak pi cuba ais kepal pula... Ada kat Penang gak. Nanti kita story pasal ais kepal pula yer...


13 Mac 2015

Ben Shaari Buat Aku Gelak Sorang-Sorang

Mac 13, 2015
Ben Shaari Buat Aku Gelak Sorang-Sorang
Adoi... asyik gelak sorang2 kat opis ni tengok gelagat Aben dalam group WA.
Dia dok promosi instant shawl blogger RARA.

Korang boleh tengok kat SINI.
Tak tau la nak kategorikan yang mana... cun, cantik or awww. hahhaa..
Korang nilaikan sendiri..

Kalau kat group WA banyak lagi & lagi kelakar.
Tak boleh share kat sini la..
Hanya untuk tatapan ahli group KBBA saja.

Nak promosi sikit...
Kalau nak order kambing perap ZGNS boleh order ngan cik ti or direct dengan tuan dia iaitu blogger Azilah. Sekarang dia dah tambah produk iaitu rempah nasi arab...

Kambing Perap sos lada hitam terbaik.

Okeh. Nak sambung gelak lagi... HAHAHA.

Cash RM500 2015 by Emas Putih

Mac 13, 2015
Cash RM500 2015 by Emas Putih

Kisah Kehidupan: Jangan Gelakkan Nama Orang

Mac 13, 2015
Kisah Kehidupan: Jangan Gelakkan Nama Orang

Kisah Kehidupan: Jangan Gelakkan Nama Orang

Hari tu dapat wassap dari group opis.. Bagitau bom di jumpai di KLIA seberat 75kg. Terkejut la cik ti.. Mau hancur KLIA tu. 

Rupa-rupanya depa jumpa bom ni... patutla berat. Kih kih!


Jangan gelak tau.. TAPI cik ti gelak juga.. hahahaha.
Ada lagi... 
Yang ni lagi kelakar.. hahaha
PINTU & MASUK.


Aduh!. Tak tahu la ni nama sebenar atau tak.. Kalau nama sebenar kesian kat depa kena bahan..

Moral of the story, letak nama yang maksudnya cantik dalam islam...

12 Mac 2015

Berblog Itu Membuang Masa, Betul ke?

Mac 12, 2015
Berblog Itu Membuang Masa, Betul ke?
Berblog itu membuang masa, betul ke? hmmm... Ini soalan dari founder Kelab Ben Ashaari. pendapat dan persepsi setiap orang tak sama.. Macam-macam jawapan ada. Antara jawapan-jawapan dari persoalan tersebut adalah :

Kebaikan blog

  • Untuk mengekalkan warisan
Tak dapat nak di nafikan lagi sebagai medium untuk mengekalkan warisan. Banyak dah warisan zaman dahulu yang di telan zaman dan tidak di ketahui oleh anak-anak muda zaman sekarang. warisan negeri, warisan dari tok kepada cucu...

  • Untuk menambah kenalan/ network
Bagi yang membuat bisness, berblog adalah peluang untuk menambah network. Lagi banyak network lagi maju sesuatu bisness atau peluang bisness. Lagi besar skala pemasaran... Lagi cepat produk di kenali. Contoh produk yang laris di sebabkan oleh network adalah Seqy Beuty. Network mereka followers mereka.

  • Untuk  berkongsi maklumat
Blog juga memainkan peranan sebagai alat untuk berkongsi ilmu. Zaman sekarang, ramai yang menggunakan carian google untuk sesuatu maklumat. senang, mudah & cepat.

  • Untuk meningkatkan keyakinan diri
Keyakinan diri dapat di tingkatkan melalui blog. Berani up entry, bermakna kita berkeyakinan. Bukan semua orang boleh tulis pendapat sendiri dan di baca  serta di komen oleh semua pembaca.. Semakin banyak entry bermakna keyakinan kita semakin bertambah... 

  • Untuk menjana pendapatan (sebagai kerjaya)
Blog juga sebagai medium untuk memperolehi pendapatan. Ini ternyata kerana founder KBBA sendiri menjadikan blog sebagai kerjaya beliau... dan memperolehi pendapatan yang tidak di jangkakan. Jadi, adik2 yang masih belajar dan belum memperolehi  kerja serta akak2 surirumah juga boleh menjana pendapatan melalui blog. Yang penting kreatif, rajin dan tak malu..

  • Untuk meningkatkan kreaviti
Lagi kreatif blogger tersebut, lagi banyak follower. Kreatif yang saya maksudkan adalah dari segi bahasa, penyusunan ayat dan foto/ gambar yang di kongsikan...

  • Sebagai alat pemasaran

Yang buat bisness online, blog adalah sebagai alat pemasaran.. Boleh letak gambar cantik-cantik, menarik dan dengan gaya yang tersendiri.. Bila followers tengok, confirm nak beli punya...

11 Mac 2015

Cerita Seram Mata Tak Berhijab

Mac 11, 2015
Cerita Seram Mata Tak Berhijab
Suka kisah seram? Kisah yang meremang bulu roma? Selalu di ganggu, terasa di ganggu? Siapa yang ganggu? Tak tahu... 

Jom kupas persoalan anda dengan mengikuti blog penulis novel dan majalah yang menulis cerita seram untuk tatapan minda dalam dunia serba moden. Siapa penulis tu? mungkin anda pernah baca buku ni? Kisah seram yang tengah HOT...  La ni, Cik Ti nak ajak korang follow blog penulisnya iaitu En. Zulkifli Ahmad 


Mata Tak Berhijab

Takmo tulis panjang-panjang tentang blog Mata Tak Berhijab ni. Kena terjah & follow sendiri sendiri... Baru terasa keseramannya. Hish baru review blog dah rasa seram sejuk... Cik Ti baru habis baca Perempuan Berjubah Hitam di Syiling Kedai... Mak Aiii.. seramnya! Takut nak pandang sekeliling restoran pasni... Takut ternampak.... Nampak Hhhhhhhh....

Nampak apa kena la terjah blog mata tak berhijab.

Boleh Ke Bekerja Sambil Makan?

Mac 11, 2015
Boleh Ke Bekerja Sambil Makan?
Assalamualaikum wbt & selamat pagi.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah... Akhirnya saya terpilih. Terpilih untuk apa nantilah saya update... Hanya rakan-rakan yang baru di kenali dalam group WA saja yang tahu. So, pagi ni boleh senyum sampai telinga. hahaha. 

Masih ada viral tentang kisah penjawat awam makan di waktu kerja... Yer seperti kita tahu, segelintir saja yang sebegitu. Yang lain TIDAK berbuat demikian. Masih berpegang kepada akujanji yang di buat.. Masih amanah dalam menjalankan tugas.

Berbalik kepada  tajuk entry, boleh ke bekerja sambil makan? ofkos la dalam opis dan time keja.. Boleh tak boleh tu  masing-masing ada pendapat sendiri..


Bagi Cik Ti, boleh if jabatan tersebut tidak berurusan dengan pelanggan. Cuma tidak manis pada pandangan ... Kalau cakap tak boleh, macam takde perikemanusiaan pula. Pengsan pula nanti..

Kalau memang berurusan dengan pelanggan, sila makan di tempat khas seperti pantri or makan siap-siap di rumah. TAHU tapi tak sempat.. Camner? hmmm... 

TAK SEMPAT tu jangan di jadikan alasan. SILA set dalam diri kita untuk menepati waktu dan menajdi lebih berdisiplin. In Sha Allah kita akan berjaya...

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. 

10 Mac 2015

Nak Berjaya Sebagai Blogger Mestilah...

Mac 10, 2015
Nak Berjaya Sebagai Blogger Mestilah...
Ohh! Macam tu rupanya untuk berjaya sebagai blogger... Apa yang macam tu? Meh Cik Ti share... Benda baik kena la share kan?

Bagaimana hendak menjadi blogger yang berjaya?

  • Kena ada perkara/ subjek yang ingin di blogkan
Penulis blog mestilah ada subjek yang ingin di blogkan. Tak perlu khusus.. apa-apa pun boleh di blogkan dan ianya menarik dan pembaca tertarik. Kekadang perkara tu biasa saja tapi dengan penggunaan ayat yang bombastik, gambar yang cute,  boleh menarik minat pembaca.
  • Berbeza dari blogger yang lain
Menjadi blogger perlu ada identiti sendiri. Tak perlu tiru gaya blogger yang femes or glamour... Nanti yang mambaca akan jadi muak dan boring sebab dah ada blogger yang beridentiti sebegitu.. Kita ada aura kita yang tersendiri.. Gaya tersendiri. ' UP'kan aura dan gaya kita... In Sha Allah ia akan menjadi ikutan yang lain.
  • Ketetapan/ kekerapan entry
Kekerapan dan ketetapan entry memainkan peranan untuk menarik pembaca.. lebih kerap entry lebih ramai yang terjah. Ini cara bloger sado Ben Ashari. Sehari dia boleh up 3 entry (minimum). Ini menyebabkan follower ingin tahu apa cerita si Ben ni...
Bagi bloger yang menulis novel or cerpen, mereka akan tetapkan entry seminggu or sebulan sekali.. membuat follower ternanti-nanti..
  • Template / wallpaper yang menarik
Template/wallpaper yang menarik juga memainkan peranan. Saya pernah buat entry berhubung template & wallpaper. Boleh baca kat SINI.
  • Indentiti sendiri
Identiti adalah cerminan diri. Blog kita mencerminkan diri kita.. Dalam berblog kejujuran adalah lebih bernilai.. Terbukti kerana pembaca kini pandai menilai sesuatu penulisan. Pembaca tak mahu dan tak perlu penipuan tentang sesuatu. Jadilah diri sendiri...
  • Gambar dan penceritaan
Gambar yang menarik dan gaya penceritaan yang tersendiri mampu menarik minat pembaca untuk singgah dan jadi follower... gunakan teknik fotografi. Gunakan bahasa tersendiri.. bahasa kampung pun boleh 'up' kan blog..  Tak tahu, kena la banyak membaca untuk tambah ilmu. Kita adalah pelajar sehingga ke akhir hayat.

4 Mac 2015

Mudah Rupanya Buat Samperit Susu

Mac 04, 2015
Mudah Rupanya Buat Samperit Susu
Mudah rupanya membuat samperit susu. Dah tu sedap pula.. bila makan cair dalam mulut... terasa lemak manis dan lemak susu...

Ni merupakan percubaan pertama cik ti setelah berumahtangga, setelah ada anak-anak. Sebelum ni dok beli ja.. Mungkin anak-anak dah besar dan depa pun dah pandai makan biskut dan kuih raya.. semangat nak buat sendiri menjadi tinggi. Di samping keinginan anak-anak untuk mencuba ...

Resepi seperti biasalah.. kita google. Cik ti tak tengok resepi dari seorang / satu blog saja.. selalunya cik ti akan tengok dalam 4 atau 5 penulis blog masakan... bahan apa yang di masukkan, petua dan cara membuat biskut atau kuih tersebut.. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.. resepi yang berbeza. Tepuk dada, tanya selera.. apa yang kita nak. Untuk memasak kita perlu kreatif... Guna apa yang ada dan tidak bergantung kepada resepi. Janji bahan utama ada...

Jadi, Inilah rupanya samperit susu. Raya ni dah boleh buat sendiri dah... :)


Samperit Susu

Bahan:
125g susu pekat manis
125g butter, lembut 
230g tepung jagung 
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
colourful chocolate rice ( untuk hiasan - boleh di gantikan dengan buah ceri)

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.

Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati dan boleh di kepal serta tak melekat di tangan..

Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau chocolate  rice di atasnya .

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Antara tips yang saya dapat dari blog kak nor  - secubit garam adalah untuk mendapatkan kelopak yang cantik dan tidak jatuh adalah biarkan selama 30 minit - 1 jam sebelum di bakar. Dengan cara ni doh menjadi kering dan kelopak bunga menjadi stabil bila di bakar.

3 Mac 2015

Dah Bersediakah?

Mac 03, 2015
Dah Bersediakah?
Hari ni update cerita tentang anak sulong cik ti dan dalam blog ni cik ti sebutkan sebagai kakak aisya. Kakak Aisya dah darjah satu.. Makin demand. Ada saja yang di minta... Orang kata main banyak belajar makin banyak akainya... ni lah orangnya.

Kalau time berbelanja barang dapur di mydin or tesco, ada saja barang yang di masukkan dalam trolly senyap-senyap. Time nak bayar baru daddy & mummy perasan. Nak letak balik cam malu ... bayar sajalah.

Dalam diam, cik ti perhatikan dia banyak mengikut minat cik ti iaitu suka masak walaupun tak pandai masak.. resepi pun banyak cari dalam google.

Kalau cik ti dok kat dapur, kakak aisya pun sibuk nak tolong... tolong potong sayur la, tolong masukkan ikan, nugget dalam kualilah... tolong basuh pingganlah. Bab buat minuman sendiri dah teror dah. Siap bancuh kat ammar lagi...  teh o, teh susu, susu, milo dan air sirap dah pandai dah. Alhamdulillah. Dah boleh di harapkan dah..

goreng telur mata
Kekadang tertanya juga, dah sampai masanya kah untuk dia belajar tentang ilmu di dapur? Bersediakah dia? Kalau tak di ajar sekarang bilakah waktu yang sesuai... hmmm.

Dah pandai buat samperit
Sebagai ibu/ mak / mommy, cik ti amat suka dan seronok sebab dia mempunyai minat untuk memasak. Tak perlu nak suruh atau jerit minta tolong. Tuan punya badan sendiri yang nak tolong.. hihi. Untung mommy tau. Pelan-pelan belajar ye sayang.

Bukan apa, sekurang-kurangnya bila dia pergi belajar di mana-mana saja... dia boleh masak sendiri makanan yang dia teringin nak makan. Lagi satu, masak sendiri boleh jimatkan duit belanja...

Ayaq Asam Kampung Style

Mac 03, 2015
Ayaq Asam Kampung Style
Assalammualaikun wbt. 

Cuaca kat utara la ni sekejap panas, sekejap hujan. Bila panas tu ya Allah tak tahan.. tahap panas lit lit.. Dua minggu berturut anak-anak silih berganti demam. Semalam Cik Ti pula yang demam.. tiba-tiba ja. Terjaga kol 4 pagi terasa badan panas sangat, di tambah pula sakit kepala.  Incik suami pula keja shift malam.. Bangun, minum dan cari ubat tapi tak jumpa... Mandi untuk kurangkan panas. Then, tepon incik suami tanya ada simpan ubat tak? Nasib baik ada panadol dalam beg travel dia.. Telan. 

Pastu si kecik pula jaga... Susukan dia. tengok-tengok jam dah kol 6 pagi. Bangun & uruskan  kakak untuk ke sekolah. Pastu uruskan abang ngah pula .. Badan dah tak larat.. gagahkan juga. Incik suami balik terus ajak pergi klinik..  Dapat la mc 1 hari. Balik klinik terus zzzzzz. Si kecik MIL jaga sampai kol 12 camtu... Si kecik ni cam paham ja mommy dia tak sihat. Dia pun lena sampai kol 12 tengahari...

Oppps. Bukan nak cerita pasal mc semalam. Nak cerita pasal ayaq asam kampung style. Tetambah la ni musim buah belimbing buluh. Ini menu hari ahad... Memang sedap. serius sedap. Kalau boleh takmo simpan kat orang lain... Nak habiskan sorang-sorang. Tamaknya. hihi. 

ayaq asam belimbing buluh

Air Asam Kampung Style

Bahan-bahan dia adalah cili padi, tomato, belimbing buluh, bawang, belacan, garam dan limau kasturi. Potong cili padi, tomato, belimbing buluh dan bawang. Masukkan belacan, garam dan air. Gaul rata...

Senangkan ? Ayaq asam ni di makan dengan ikan bakar... perghhh! Memang hilang perkataan diet ... Makan pun bertambah-tambah. hihuhihu.