Februari 2015 - Cahaya Hayati

27 Feb 2015

Bila Sekali Sekala

Februari 27, 2015
Bila Sekali Sekala
Ini cerita lunch semalam. selalunya saya lunch di kedai tomyam sebelah opis ja. Menu kat situ memang dah boleh hafal dan hampir setiap menu penah try.. Rasa sedap dan harga pun okay.. 

Semalam tak lunch ngan Kak Cik Azilah... Cik Ti keluar ngan opis mate Cik Ti. Banyak persinggahan dari butik avon sehinggalah lunch di kfc. So, semalam kita lunch kat kfc lah... Dah lama tak makan ayam kfc. Sebulan lebih kot... lama la tu kannnnnn!

Bila sekali sekala layan ayam  time lunch, sedap la pulak.. sampai menjilat jari gitu.. Makanan yang jarang dapat memang rasa sedap.. bila selalu makan muak pulak. Perasaan dan rasa tekak saya ja.. Tekak orang lain mungkin boleh layan hari-hari.. 

Lunch treat - Hot & spicy chicken

Qoute of the day:
"Don't get confused between my personality and my attitude... My personality is who i am, my attitude depends on who you are!.

Penilai & Penilaian

Februari 27, 2015
Penilai & Penilaian
Assalammualaikum wbt.

Minggu ni merupakan minggu penilaian (KPI). Performance unit Cik Ti biasa-biasa saja tak sebaik tahun lepas. Huhu.. Tak pasti di mana silapnya. Tahun ni kena usaha lebih banyak la...

Menjadi penilai bukanlah senang.. Tambah-tambah cara penilaian berbeza sedikit daripada tahun-tahun lepas. Salah nilai boleh buatkan orang iri hati, salah nilai boleh buatkan orang sakit hati, salah nilai menyebabkan hubungan regang dan salah nilai juga menyebabkan bertambahnya dosa. Bukan senang kan?

Apapun dalam menjadi penilai, Cik Ti selalu berpegang kepada 5 prinsip berikut:


  • Jangan pilih kasih
Dalam penilaian, kita tak boleh pilih kasih. Tak boleh bagi markah tinggi hanya kerana dia rapat dengan kita. Yang tak rapat tu tak semestinya tak buat kerja. Entah-entah kerja mereka lebih baik dari yang rapat..
  • Nilai berdasarkan kerja/ prestasi
Nilailah staff kita berdasarkan kerja/ prestasi.. Ramai yang siapkan kerja tetapi mencapai target atau tak itu yang perlu di nilai..
  • Jangan ambil hati terhadap perkara yang remeh temeh
Semua orang tak sempurna. Ada kekurangan. Ada ego. Penilaian hendaklah di buat dengan tulus. Abaikan perkara yang remeh temeh. perasaan tak suka, meluat tu letak tepi dulu. hihi.. Saya tahu, perkara ini juga kekadang mempengaruhi penilaian. Anggaplah ia perkara yang tak penting... manatahu dengan penilaian yang tulus, hubungan dan perasaan tak suka, meluat dapat di hilangkan.. 
  • Jangan dengar cakap orang
Ini penting. Jangan sesekali menilai berdasarkan pandangan dan percakapan pihak ketiga. Agenda pihak ketiga kita tahu..
  • Ikhlaskan hati
Dalam menilai kita perlu ikhlaskan hati. Biarlah penilaian yang di buat adalah dari hati.. Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing. Kejayaan yang di perolehi, biarlah sama-sama merasai...


-xoxo-

24 Feb 2015

Soto Apa Ada Jer...

Februari 24, 2015
Soto Apa Ada Jer...
Uishh. Tajuk entry kemain..  Tajuk bersempena masak menu dengan bahan yang ada saja. Biasa la raya cina banyak kedai tutup. Nampak sangat bangsa cina yang monopoli perniagaan. Tak kira di mana-mana. Baik bandar atau di kampung.. Kedai-kedai yang di miliki oleh melayu sikit sangat.. kenapa yer? Orang kita takde kemahiran untuk berniaga ke?huhu.

Sebelum melalut lebih-lebih, kita balik ke tajuk yer. Menu minum petang cum makan malam. Soto apa ada jer..

Kali ni mencuba resepi yang dari blog Azlina Masam Manis. Memang sedap dan menjadi.. Alhamdulillah. Nanti boleh buat lagi...

soto apa ada jer..

SOTO 

Nasi Impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 - 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2
3 s/b rempah sup/ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cwn air atau secukupnya

Bahan Tumis
Rempah tumis - 1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btng serai - di titik
2 cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit
 1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng
1 paket kecil su'un- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Garam dan sedikit gula



13 Feb 2015

Cabaran Membesarkan Anak-Anak Hari Ini

Februari 13, 2015
Cabaran Membesarkan Anak-Anak Hari Ini
Kepala tengah tension ngan keja. Dah rasa nyut-nyut dah. So, kita hupdate blog bagi hilang stress sikit.. hahaha.

Hari ini membesarkan anak-anak tak sama dengan zaman kita dulu-dulu. Sapa yang lahir tahun 80 sama ngan Cik Ti mesti tau rasa jadi kanak-kanak zaman tu macam mana.. Tambah-tambah di besarkan di kawasan kampung dan di kira pendalaman pada masa tu. Jauh dari kemodenan dan teknologi.. Seronok jadi kanak-kanak pada zaman tu. Main getah ( zero point), main besball, main tuju tin/ selipar dan main masak-masak guna tempurung..

Merasa la jugak zaman padi di tanam meggunakan kuku kambing, zaman tuai padi guna tangan.. zaman buat emping.. hik hik. mesti korang tak penah lalui kan?

Zaman mandi air parit, zaman panjat pokok . dah serupa tarzan dah sebab boleh pergi dari satu pokok ke pokok yang lain.hihi... memang tak serupa anak perempuan zaman sekarang.

Dulu mana nak kenai tablet... handphone bagai. TAPI jadi gak orang.. Dapat gak sijil buat cari rezeki yang lebih.

Update kat sini supaya dapat ingatkan diri sendiri dan sesiapa saja yang singgah sini.. Bacalah.

Cabaran Membesarkan Anak-Anak Hari Ini

Jadi, supaya anak- anak kita berjaya kita perlu hilang kan :-

  • Rasa bersalah
Sebagai mak/ bapak kita tak perlu rasa bersalah kepada anak-anak sekiranya kita tak dapat menyediakan/ memenuhi kehendak anak-anak.

Yang ni Cik Ti selalu gak mempunyai perasaan tersebut. Anak nak.. Kawan-kawan dia  ada tetapi sebagai mak/bapak kita tak beri... Contohnya Playstation. Tak beri sebab nak hadkan hiburan dalam rumah, supaya dia tak leka dengan permainan tersebut, supaya dia dapat create aktiviti / hiburan sendiri dan banyak lagi sebab. Saya nak anak-anak saya menjadi lebih creative dan menghargai alam ini.

So, saya tak perlu rasa bersalah kalau saya tak penuhi permintaan anak-anak.

  • Belanja ikut kehendak anak
Sapa tak sayang anak ooi! Semua orang yang waras sayangkan anak-anak. Kalau boleh nak tengok hanya senyuman saja yang terukir  dan terlukis di wajah anak. Tapi berbaloikah? Silap-silap jadi seperti cerita P.Ramlee : Anakku Sazali. Mahu ka? 

Saya tak nafikan setiap ibu bapa yang berkemampuan akan cuba penuhi semua kehendak anak-anak tapi ada hadnya. Contohnya dalam membeli permainan di pasaraya... Kalau anak berkenan 5 jenis permainan, perlu ke kita beli kelima-lima jenis mainan tersebut. Kena guna kuasa veto kita sebagai mak/bapak... Biarlah anak menangis hari ini supaya kita tidak menangis di masa depan.
  • Sambutan Hari Jadi
Terus terang saya katakan di sini. Kami tak pernah buat majlis harijadi dengan menjemput kawan anak-anak. Kami hanya raikan dengan ahli keluarga. Ini adalah untuk anak-anak hargai ahli keluarga bukannya mementingkan rakan melebihi keluarga sendiri. 

Tidak pernah ada goodie bag sempena hari jadi mereka. Tak salah kalau nak sediakan tetapi ikutlah cara masing-masing. Ini cara saya. Sebab saya mahu anak-anak saya hargai penat lelah mak/bapak dia bekerja. 
  • Perasaan untuk bagi anak gembira
Kegembiraan anak-anak adalah kebahagian kita. Sekali sekala adalah ok. Setiap hari adalah ko. Contohnya anak hanya gembira jika dapat makan di luar dan di restoran mewah. Anak-anak perlu di latih untuk mencari kegembiraan dengan cara sendiri. Gembira juga boleh di capai apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul di meja makan. Boleh sembang apa saja... 

Kita boleh cipta kegembiraan idaman kita. 
  • Ganjaran
Tak salah memberi ganjaran kepada anak-anak. Ini adalah supaya mereka lebih bermotivasi. Yang salah adalah ganjaran yang melampaui dan memanjakan anak-anak. Ganjaran biarlah sepadan dengan usia mereka.. Ganjaran biarlah yang bermanfaat.
  • Selesaikan masalah anak-anak
Masalah anak-anak bukanlah masalah kita. Jangan sesekali kita cuba untuk selesaikan masalah anak-anak. Kita cuma perlu tunjukkan jalan dan cara penyelesaian. Masalah anak-anak ada pelbagai seperti  gaduh dengan kawan. malas nak buat kerja rumah, suka sepahkan barang, cari barang tak jumpa dan macam-macam lagilah.

Contohnya bila gaduh dengan kawan-kawan, kita janganlah selesaikan dengan memarahi kawan tersebut. Kita tak tahu puncanya..Kita cuma boleh nasihatkan anak-anak agar memohon maaf dan maafkan kawan tersebut. Bila dan caranya, biarlah anak-anak sendiri yang tentukannya. 
  • Barangan
Cukupkan semua keperluan dan kehendak anak-anak bukanlah tak boleh atau salah tetapi ini menjadikan anak tersebut tidak boleh berdikari atau berusaha untuk memperolehi barangan tersebut. Biarlah mereka belajar erti kesusahan untuk mencapai kejayaan.

Cik Ti pun kena pejam mata bagi benda-benda yang takda. Biarlah tak sempurna tapi di hargai dan di nilai oleh anak-anak. Susah sekarang senang kemudian.
  • Permintaan yang tidak realistik
"Daddy bila akak boleh ada handphone sendiri?'. Pertanyaan oleh anak dara kami. Dia mahu handphone sendiri. Ofkos la jawapan dia bukan sekarang.. Dia baru 6 tahun masa dia tanya.. Biarlah dia guna handphone mami dan daddy dia dulu.. Bukan satu keperluan atau kepentingan lagi... In sha Allah suatu hari nanti, permintaan yang tak realistik akan jadi realistik.


Ini saja yang terlintas di fikiran dan dalam pemerhatian saya dalam membesarkan anak-anak. Saya tak buat case study atau kajian... 

Semoga kita dapat membesarkan anak-anak menjadi seorang insan yang soleh dan solehah. Dapat berbakti kepada kita sebagai ibu bapa, masyarakat dan umat islam di seluruh dunia.In Sha Allah.

11 Feb 2015

Gaya Baru

Februari 11, 2015
Gaya Baru
Sibuk ajak mami dia pi potong rambut. 
Dah takmo rambut panjang macam elsa sebab terganggu bila pakai tudung.
Tak suka ikat rambut.
Mami dia okayyy ja sebab tak perlu susah-susah nak ikat rambut bagai..
Sonang.
Sikat dan terus pakai tudung.


Tukar Lagi

Februari 11, 2015
Tukar Lagi
Hehehe.. Tukar lagi template blog. 
Saja jer. Saja nak try tips dari blogger kepada blogger. Dia bagi 10 tips supaya blog nampak profesional.


Ni ha tips tu ..

1. Pilih template kosong
Sorry saya bukan budak IT. Tak pandai nak create template atau buat yang kosong.
Jadi, saya guna blogspot punya template . Pilih yang kosong dan kaler putih. Sonang!

2. Jangan guna tema standard blogger atau wallpaper yang macam-macam
Buang semua tema & wallpaper yang ada macam-macam gambar tu. Lega.
 Nampak cerah ja blog. Baru la nampak profesional sikit. Matang giteww..

3. Gambar
Gambar penting untuk blog. So, kena belajar banyak lagi teknik fotografi...
 Gambar boleh menceritakan segalanya. Gambar yang menarik dapat menarik pembaca singgah ke blog dan juga boleh buat duit.. hihi. 

4. Jangan banyak sangat iklan
Tak banyak pun. satu ja... Nuffnang dulu dan selamanya. ewahhh!

5. Tetapkan kategori bagi post
Hahaha.. yang ni susah sikit sebab selama ni main post ja. Ikut apa yang ada dalam kepala..  lepas ni kena tetapkan post tu tentang makanan ka, tentang peribadi ka, business ka dan lain-lain lagi.

6. Jangan tulis banyak post berbayar
hmmmm... Susah ni. Kalau tak tulis tentang post berbayar camna nak buat duit. kannnn!
Hat ni kena pikiaq banyak kali sikit. bagi saya kalau dah dapat offer dan boleh buat duit ,tulis ja.. Cuma ayat tu kena bombastik la... Jangan statik ja. 
Nanti blog jadi bosan pula.. 

7. Mesti ada maklumat dan cara perhubungan
Dah ada dah. kat contact tu... 

8. Daftar domain sendiri
Yang ni nantilah. Lagipun dah ada blogspot. cek pun bukan femes pun. Tulis pun ikut mood dan kelapangan ja.

9. Fikirkan nama blog
Dah ada. Cahaya Hayati - dulu kini dan selamanya. Bermaksud cahaya hidupku. 
Semoga blog ni terus hidup yer..

10. Sentuhan peribadi
Ada la sikit2. Nanti cek tambah-tambah yer. Letak gambaq anak-anak ka, letak gambar bunga ka..


Lukisan Alam

Februari 11, 2015
Lukisan Alam
Assalamualaikum wbt Dunia!

Saja nak kongsi. Lukisan alam yang terakam oleh cameraman opis.Cantik! 
Subhanallah cantiknya ciptaan-MU.






10 Feb 2015

Kisah Kehidupan: Teddy Pun Nak Pakai Lampin

Februari 10, 2015
Kisah Kehidupan: Teddy Pun Nak Pakai Lampin

Kisah Kehidupan: Teddy Pun Nak Pakai Lampin

Cerita petang semalam......

Me: kenapa kakak sepahkan bilik?
Aisya: Kakak cari lampin...
Me: Nak buat apa?
Aisya: Kiki & Lala pun nak pakai lampin... Cam adik Aisy.
Me: LoL!

Kiki & Lala

9 Feb 2015

Jalan-Jalan Hari sabtu

Februari 09, 2015
Jalan-Jalan Hari sabtu
Cerita hari sabtu. Bawa anak-anak jalan-jalan ke Pulau Pinang. Dekat ja.. Tapi banyak tempat lagi belum jejakkan kaki. Kalau tak bawak anak-anak memang tak sampai la ke tempat tu...

Bertolak dari rumah kol 11 pagi. Pergi breakfast roti canai sedap kat belakang sekolah Abdullah Munshi. Orang Penang ja yang tau tempat ni..  Jalan masuk ikut rumah P.Ramlee. Pastu belok kira, then belok kanan kot.. Tak ingat la.

Tak sefemes roti canai kat Argill Road. Bagi Cik Ti rasa dia lagi sedap dari Argill Road.

Makan, solat.. pastu terus ke 3D Art Museum, Green Hall Padang Kota. Enjoyyy!

Malas nak taip panjang-panjang. Korang layan gambar je la.. kalau nak feel lagi pi sendiri yer...

3D Art Museum, Green Hall Padang Kota

Mak & anak rerama

Glow in the dark

Lawan tarik tali ngan mister bean

fefeling naik beca ronda Penang

Wati tunggu awie bawa beskal...

Banyak lagi. Share yang ni ja supaya hangpa pun teruja nak pi.. hikhik.

Ais Tingkap

Sebelum balik singgah kat Chowrasta. Pekena ais tingkap dan cucur + tokua.  Sedapppp. Tambah lak time tu tengah lapar... Ais tingkap ni hanya ada kat Chowrasta. Belum jumpa lagi kat tempat lain..

5 Langkah Untuk Pastikan Budget Dalam Kawalan

Februari 09, 2015
5 Langkah Untuk Pastikan Budget Dalam Kawalan
Tahun baru azam pun baru... wishlist pun bertambah - tambah. Yang tak dapat last year bawa ke tahun ni pula. Pernah tak kita tengok jumlah saving kita... Bertambah atau berkurang?  Adakah pertambahan tu di sebabkan oleh dividen? Kalau bertambah di sebabkan dividen tak berapa  bagus untuk perancangan pesaraan nanti.

Terus terang saya katakan saya adalah salah seorang yang simpanannya bertambah di sebabkan dividen. Jadi saya perlu ubah sikap itu dan perlu pastikan saya menyimpan secara systematik. Sebelum simpanan secara systematic, saya perlu pastikan budget bulanan di bawah kawalan saya.

Untuk pastikan budget bulanan di bawah kawalan, saya perlu saya mempunyai atau membuat 5 perkara dibawah. Saya share kan di sini supaya ia menjadi ingatan, amalan kepada saya dan juga kepada individu yang ingin memastikan belanja bulanan tidak melebihi jumlah pendapatan yang di perolehi.

  • Budget Planner
Budget planner perlu ada untuk memastikan jumlah tetap yang perlu di bayar setiap bulan. Ini adalah untuk memastikan kita tidak membuat hutang baru selagi hutang lama tidak di langsaikan.


  • Cabaran Simpanan

Selepas membuat tolakan ke atas hutang atau monthly komitmen, saya akan pastikan saya membuat tolakan ke atas simpanan diri sendiri dan anak-anak. Untuk diri sendiri, saya telah mulakan dari tahun lepas dan jumlah simpanan yang saya berjaya simpan adalah berjumlah 4 digit.


  • Sampul Hajat / wishlist
Setiap individu mempunyai hajat atau wishlist untuk diri sendiri. Contohnya saya berhajat untuk milik i-phone 6 yang berharga RM 3K pada bulan Aug 2015. Jadi saya perlu simpan RM 375 sebulan mulai Januari. Sekiranya mempunyai 2 atau 3 hajat, maka bertambahlah sampul tersebut. Ada juga yang buat ikatan duit dan menulis ikatan tersebut untuk apa dan di masukkan dalam balang atau tin biskut.

Bagaimana cara kita melakukannya terpulanglah kepada kita.

  • Rancang menu harian 
Perancangan menu harian adalah perkara yang selalu saya gagal laksanakan. Untik diri sendiri di waktu kerja memang mengikut apa yang di budgetkan dan kekadang terkurang dari jumlah yang di budgetkan. 
Saya gagal bila ia melibatkan menu keluarga. Tambah-tambah lagi bila makan di luar. Sebab itulah perancangan kewangan yang baik menyarankan kita masak sendiri di rumah.
So, saya perlu beri lebih perhatian untuk ini.

  • Beli Keperluan

Nafsu membeli ada dalam diri semua individu. Pantang nampak atau berkenan ja mesti nak beli.. Perangai atau tabiat yang perlu di ubah. Kena kentalkan diri dan kuatkan hati untuk tidak membeli.
In sha Allah kita dapat jimatkan puluhan malah ratusan. :)


#MyPersonalFinancial
.



6 Feb 2015

Kedua Terbaik

Februari 06, 2015
Kedua Terbaik

Entry ini di tuju khas kepada peminat mee sotong di Padang Kota.. La  ni boleh dapat kat area butterworth dah. Kedua terbaik selepas mee sotong Padang Kota. In Sha Allah tidak mengecewakan.

Ni alamat dia: -

Mee sotong terbaik

Noor Mee Sotong Jalan Telaga Ayer, Bagan Luar, Butterworth.

Pasembur Sotong

Yang sebenarnya kedai ni dah lama beroperasi tetapi tidak se'famous' mee sotong yang dekat Padang Kota. Maybe di sebabkan restoran ni terletak bukan area perlancongan.

Sila lah terjah kalau ngidam nak makan mee sotong tapi malas nak ke Pulau....

Letak gambar pasembur sebab aku tak makan mee. Tukang komen sedap ke tak mee tu... tentulah Encik Suami. :D

5 Feb 2015

Produk Zny: Kambing Grills

Februari 05, 2015
Produk Zny: Kambing Grills

Kambing Grill

Update berhubung product yang di promosikan oleh Zny Shop. Semua produk yang di promosikan dan di jual di bawah Zny shop adalah berstatus halal dan product bumiputera.

Product pertama yang di update dalam blog adalah kambing perap sos lada hitam oleh zull's grill n spices. Product ni dah berjaya di pasarkan dari utara sehingga ke selatan. Buat sementara ini ia hanya berada di kedai-kedai tertentu.. susah kan? 

Ini adalah rupa packaging kambing perap tu. Menarikkan? Belum lagi rasa..


Suami saya seorang food tester yang baik sebab dia akan cakap tak sedap kalau memang tak sedap.. Kalau sedap memang dia cakap sedap. So, buat testimoni dulu sebelum promote ...  Dia cakap rasa sos lada hitam ni memang lain dari yang lain. Takde kat restoran or kedai.. Rempah apa dia pakai yer? Itu rahsia pengeluarnya lahhh..


Semalam balik kerja campur pula letih dan malas, maka ambil kambing perap yang saya buat stok kat rumah. Nyahbekukan. Pastu buka packaging dan masukkan dalam magic pan.. sekejap saja dah masak. Daging pun empuk... 

Gambar ehsan dari fb Zull's grill n spices

Kambing perap ni boleh makan saja atau makan dengan nasi. Yang paling PENTING, paling sesuai untuk pengamal diet atkins. Makan hari-hari pun tak jemu...

Untuk order dan pertanyaan lanjut boleh pm/ whatsapp saya  di 0194703288

Hasil 'Pau'

Februari 05, 2015
Hasil 'Pau'
Pagi ini seorang isteri telah menge'pau' si suami sebab nak shopping. Dengan paksa eh relanya si suami pun menghulurkan.

Dan di bawah adalah tuaian hasil dari menge'pau'.
v
v
v
v
v
v
v

seafood sejuk beku
Si isteri menge'pau' sebab nak beli seafood sejuk beku dari kilang. Jualan kepada pengguna di buka hanya 2 kali setahun. Murah bangattt.. tu yang memborong sakan. Satu kotak campur raga biru tu campur udang, ikan n sotong baru dalam RM 270. Gila weih...

Bukan saya punya sorang, campur ngan kekawan opis.. Buat stok bila malas masak... hihi terserlah kemalasannya yer.. hahaha.


4 Feb 2015

Dah Pandai Bermain

Februari 04, 2015
Dah Pandai Bermain
Alhamdulillah. Dah masuk 4 bulan... Membesar dengan jayanya. Dah pandai bermain dengan kakak & abang. Ketawa mengekek bila di agah. 

Kakak yang paling suka melayan si adik ni.. Kejap2 main. kejap2 dukung. Dah boleh harap dah untuk jaga adik time mommy nak sembahyang dan masak.

main naik moto..
Tapi adik Aisy paling suka cubit dan tarik rambut kakak.. hahaha.
Sampai nangis kakak tu...

Apa-apapun kakak tetap sayang adik. Muahh!

Kurma Merah @ Kurma Cina

Februari 04, 2015
Kurma Merah @ Kurma Cina
Sekarang ni cuba banyakkan susu dengan kurma merah. Ramai yang kata kurma merah boleh banyakkan susu badan. So, kita pun cuba la... 

Pergi kedai yang jual kurma di Kulim tetapi takde kurma merah kering. Yang ada hanyalah kurma merah basah/ fresh. Beli jugak... Khasiatnya tetap sama... Yang ni boleh makan terus. Tak perlu rebus.. Cuma kena minum air banyak.


Khasiat lain kurma merah adalah:


  • melancarkan perjalanan darah
  • menggalakkan perkembangan yang sihat untuk otot, tulang, kulit & rambut. Kawan saya amalkan ini untuk cantikkan kulit. Dan ia terbukti... Siapa? Sorry tak dapat nak tepek gambar dan letakkan identiti beliau. Yang pasti saya yang tahu..
  • Mencegah & merawat alahan 
  • antioksida
  • mengekalkan tahap kolesterol
  • Merawat keguguran rambut - sesuai sangat untuk ibu yang menyusu cam saya.
  • Mengekalkan fungsi hati
  • Memulihkan tenaga
  • Mengecutkan peranakan / rahim.

Jom amalkan yang semulajadi untuk lebih sihat dan cantik.

WhatSim

Februari 04, 2015
WhatSim
Sedikit info berhubung dunia teknologi. 

WhatSim

WhatSim adalah sim card yang membolehkan penggunaan whatsApp di mana sahaja. RM 41 setahun untuk menghantar mesej berbentuk text sahaja. Bagi mesej bergambar akan di kenakan caj tambahan. Sim ini telah di sokong oleh 400 pengusaha telco dan 150 negara..

Kepada yang suka travel bolehlah menggunakan sim ini..