Sup Hameed Thorbaikkk!

Antara menu waktu malam  yang Cik Ti suka adalah roti benggali cicah dengan sup. Sup tu adalah sup mamak yang pekat dan berempah.  Sup mamak kesukaan adalah sup urat di Restoran Sup Hameed. Sup Hameed ada banyak cawangan di Pulau Pinang.. Yang selalu saya dan famili pi adalah di Penang Road & Bertam...

Sup Mamak Terbaik

Cuba sekali terus teringat-ingat. hahaha..

Kepada foods hunter macam Cik Ti & suami boleh la mai sini. Ada macam-macam pilihan. Nasi kandar, goreng-goreng, tandoori dan lain-lain lagilah.

Sup ekor
Untuk sup ada banyak pilihan antaranya urat, kambing, daging, ekor dan ayam. Tepuk perut tanya selera yang mana nak... Nak campur pun bolehhhh. :D

Tandoori set
Kali ni kami try Tandoori set pula. Sedap. Ayam dan roti pun lembut... memang kena dengan seleralah.
Budak kena marah...
Malam tu, budak berdua ni kena marah sebab order tapi tak mau makan.. kenyang tapi nak order gak. Tu yang sorang muka dah takmo senyum... sorang lagi tu macam biasa la. merajuk sat ja, pastu dok buat lawak. Buat tak reti.. kan saya dah kata budak dua orang ni macam-macam.

Tempat ni memang di cadangkan lah. Thorbaikk baq hang...

Pengikut

Google+ Followers