Penuhi selera di Sis Grill's

Sejak habis pantang asyik jalan-jalan cari makan dengan family ja.. Masa ngandung banyak benda tak boleh makan.. Now cover balik. Jangan berat naik sudahhhh laaa.. Karang pikiaq pula cara nak turunkan berat badan.Hihihi. Orang perempuan ni memang suka makan tapi nak maintain kuruih ..

Minggu lepas, kami mencuba western food kedai di deretan foodcourt Bandar Perda yang bertentangan dengan uptown Perda. Kedai ni mendapat komen yang baik dari semua pelanggannya yang di update dalam page FB - Penang Halal Food (Jalan2 Cari Makan Di Pulau Pinang). Sedap, banyak dan harga yang berpatutan..

Sis Grill's

His - Mix grill
 Alhamdulillah. Sepertimana yang di perkatakan oleh ramai orang.. memang sedap, banyak dan harga yang berpatutan. Boleh mai lagi dan boleh habaq kat sedara mara dan kawan-kawan. Thumb up!
Mine - Lamb chop

- xoxo-

Pengikut

Google+ Followers