Ganjaran Kejayaan

3:17 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Undur kebelakang sikit. Cerita lama tapi baru nak blogkan... Baru berkesempatan.:P

Peace dari Ammar
Alhamdulillah. Berkat usaha, marah, paksaan dan cabaran kepada anak-anak telah membuahkan hasil. Tempat pertama untuk 6 tahun dan 5 tahun.... Tahniah kakak Aisya & Ammar. Mami & Daddy bangga atas kejayaan kalian. Teruskan berusaha yer anak-anak. Semoga kejayaan terus menjadi milik kalian. Amin.

So,  Malam tu daddy reward dengan belanja makan di Secret Recipe. Reward sebenar adalah permintaan mereka kepada saya dan suami. Nanti saya update reward yang sebenarnya.. 

Kongsi pula

Dua beradik ni kuat makan la ni.. Order pun nak sorang satu. Kekadang habis, kekadang bungkus bawak balik.. Macam-macam. Suruh kongsi tak nak..

Ada masa order sorang satu tapi makan berkongsi. Sebab satu order sedap dan satu lagi kurang sedap. Macam-macam lah depa ni.. Tak terlayan kami suami isteri.

Otomen
Walaupun tak terlayan, kami cuba jugak tunaikan permintaan anak-anak. Semoga layanan ini akan di ingati bila kami berdua dah tua.. Akan menyayangi kami sepertimana kami sayang mereka.

Kesukaannya
Kakak Aisya tahun ni dah darjah satu.. Barang & baju sekolah dah siap. Tuan punya badan pun dah tak sabar nak ke sekolah. Asyik dok kira hari nak pi sekolah ja.. Jangan nangis kat sekolah dah la. Sekolah dia tak dak orientasi. Jadi, 11 hb ni terus start sekolah.. Jangan cengeng dan garang sangat kat sekolah dah la... hahaha.

Nanti saya update lagi yer.




Pengikut

Google+ Followers