loading...

Menu Simple Yang Menaikkan Selera...

Weekend hari tu, saya masak menu yang simple sekali .. tekak yang teringin. hihi...
Alhamdulillah sejak lepas raya ni, alahan semakin berkurangan... Tekak pun semakin berselera. Ada saja benda yang di inginkan. :P

Menu pilihan pada weekend hari tu adalah ketam sambal telur pecah, bayam masak lemak dan ikan goreng. Bertambah-tambah nasi seisi rumah. Menu simple yang menaikkan selera semua... Hujung minggu nanti kita main masak-masak lagi sementara saya belum masuk fasa berpantang... In sha Allah.


Saya kongsikan resepi ketam sambal telur pecah untuk rujukan semua dan juga anak-anak saya pada masa akan datang... Walaupun bukan tukang masak yang pro, tapi air tangan ibu juga yang akan di kenang oleh anak-anak. 

ketam sambal telur pecah

resepinya:

  1. Ketam - 1 kg. Di perap garam, kunyit dan bawang putih terlebih dahulu. Then, goreng sehingga masak/     garing. Ketepikan.
  2. Bahan Sambal 
  • 5 sudu cili giling/ kering yang di blend @ ikut tahap kepedasan yang di kehendaki
  • 2 labu bawang besar - blend
  • 3 ulas bawang putih - blend
  • 2 batang serai - ketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur 
  • garam & gula secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis
Cara2nya:
1. Tumis cili, bawang besar & bawang putih sehingga naik minyak. Masukkan serai... 
2. setelah bahan tumis masak/ garing, masukkan sos cili & sos tiram.
3. Tambah gula & garam secukupnya... 
4. setelah sambal cukup rasa, tolak sambal ketepi dan pecah telur dalam kuali. Hancurkan dan biarkan telur       masak. Gaul dengan sambal yang di ketepikan....
5. masukkan ketam yang telah di goreng dan gaul rata.
6. Hidangkan.



Untuk masak lemak bayam ni tak perlu saya letak resepi di sini.. Main campak semua bahan ( bayam, cili, bawang besar & putih serta santan)  dalam periuk, pastu masukkan garam. Biarkan mendidih. Rasa garam secukupnya, then tutup api bila bayam dah masak. Simple je kan?

Oklah selamat makan tengahari. :)

Rindu Nak Minum Kopi

10:24 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Alhamdulillah. selera semakin bertambah sejak raya hari tu... Asyik request nak makan macam-macam saja. Nasib baik en. hubby sudi melayan permintaan...

Hari minggu hari tu, lepas hantar anak-anak ke sekolah dan check up di klinik desa... saya teringin plus windu nak minum kopi sedap. Kat mana lagi, tentulah kat Old Town White Coffee cawangan Kulim. Hihi.. Dekat jer!


Sorry yer, saya takde pantang pun masa mengandung.. itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Saya akan makan apa saja yang saya teringin... Yang saya sendiri tak boleh nak telan... Saya tak makan la. Kalau saya paksa diri makan nanti saya juga yang teruk ulang alik ke bilik air...  sikit-sikit uwekkk uwekkk. Jadi yang tak lalu tu perlu di jauhi buat sementara waktu...

Kopi yang saya & hubby suka adalah Old Town White Coffee Hazelnut. Sedap! Memang akan order yang ni kalau ke Old Town ataupun beli paket 3 in 1.



Last sekali tunjuk gambar tuan punya blog sedang menge'pau' nasi lemak ayam yang di order oleh en. hubby. Rasa sikitt yer abangg.... !

0 comments:

Tak Boleh Nak Pi Beraya #NNRaya...

12:38 PTG Cahaya Hayati 0 Comments



Terima kasih Nuffnang atas jemputan.. Maaf sesangat sebab mak yong ni tak boleh nak join.. Dah sarat bebenor... jalan lebih, makan lebih pun dah tak boleh... rasa mengah sangat2.  In Sha Allah lain tahun jika ada kelapangan dan rezeki, i join u all beraya... Teringin nak join event nuffnang tapi di sebabkan i ni  dok utara... maka i terpaksa la menolak. Tambah-tambah lagi dalam keadaan sekarang yer tak... Lain tahun, Nuffnang buat kat utara pula yer...


Ni Gambar beraya hari tu. Mr hubby candid sebab nampak perut menonjol katanya.. Dah 8 bulan lebih. Tup-tup dah nak bersalin.... Beraya ala kadar sebab banyak benda yang saya masih  tak tahan bau .. Terutamanya ikan & kari. Rindu nak makan laksa... huhu. 

Oklah, sesapa yang pergi ke Mari Beraya #NNRaya... Enjoy yourself. Makan banyak2.. Diet kemudian.. Sesekali tak nak diet yer tak?HAHAHA.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers