loading...

Cucur, Buttercake & Hari Pertama Ramadhan

Jumaat punya cerita, hari baru nak update... lambat bebenor kan! Tak kisah janji saya update blog dari saya melayan mata yang semakin mengecil ni... Huwaaa. Cobaan sungguh berpuasa ketika pregnant ni.. Asyik lapar je. Hihi... 

Sesungguhnya diri ini berjaya berpuasa semalam. Dah dekat nak berbuka baru rasa sakit kepala. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah di atas kekuatan yang di berikan kepada diri ini...

Jumaat hari tu, sampai ja rumah si Ammar dok buat ayat sedih dan sayu... Tok dia bagitau dah dua kali makan nasi hari tu....

Ammar:  Mummy adik lapar. 
Mummy : Sat sayang. Mummy nak solat dulu... 

Lepas solat....

Ammar: Mummy adik lapar la.. lapar sangat-sangat ni.
Mummy: Adik lapar apa?
Ammar: Lapar cucur udang...
Mummy: Mummy tengok dulu ada tepung atau tak. Kalau ada baru mummy buat...

Tengok tepung kat kabinet ada la sikit... Dalam dua cawan gitu. Boleh la untuk si Ammar.... Tara! Inilah rupanya cucur udang berkentang.. Macam-macam bentuk ada. Habis satu pinggan di makannya.

Cucur udang berkentang

Cekodok Kentang

Resepi:
Bahan2: 
Tepung gandum, udang, kentang, sebiji telur, garam dan air sejuk dari peti ais.

Caranya:
Gaul semua bahan di atas. Untuk air dan garam- agak2 ja. Secukupnya kata orang.
*********************************************************************************

Malam tu pula, si kakak pula buat permintaan. Nak makan kek katanya...Mood tengah rajin dan mummy pun nak makan kek juga. Kebetulan tepung kek segera ada.. Cuma tambah butter dan telur saja... Akhirnya kol 12 malam siap membakar kek. Kakak dah tidur... Sian dia. Simpan untuk esok je lah!

Esoknya, dia request letak cream cheese kat kek. Layankan juga sebab benda ada kat dalam fridge...  Inilah rupa keknya setelah di letak cream cheese. Decoration colourful chocolate rice by Aisya.

Sedap walaupun tepung segera. Bolehlah mummy buat lagi....

cheesy buttercake

Semalam Encik Suami cakap tak payah masak untuk berbuka.. Kita beli kat pasar ramadhan. Tapi entah kenapa hati ni rasa nak masak jugak... Buatla nasi daging, air asam dan agar-agar lumut pandan. Then, cakap kat suami, kita pi pasar ramadhan beli yang ringan-ringan untuk sampingan seperi murtabak, roti john or karipap.

Ini jalan nak masuk pasar ramadhan Kelang Lama. Jem + hujan!


So, encik suami turun sorang sebab hujan semakin lebat. Encik suami kata dia dah pusing pasar ramadhan tu tapi banyak benda dah habih. Murtabak pula kena beratur panjang... Malas nak tunggu katanya. Pergi ke Pasar Ramadhan Pekan Kulim pula... Serupa jugak! Semua dah habih... En. Suami beli air dan kuih tako sotong saja buat berbuka. Nasib baik mummy masak... kalau tak beli lauk kat kedai mamak la jawabnya. Instinct seorang isteri dan ibu tu kuatkan? 

Alhamdulillah. Inilah cerita hari pertama ramadhan.

0 comments:

Ramadhan Al Mubarak

8:23 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dan terawih. Saya & family memohon maaf andai ada tersilap kata dan perlakuan. Kami hanya insan yang lemah. Semoga ramadhan ini lebih bermakna dan di beri peluang untuk perbaiki segala amalan. Amin.


Kosong - kosong yer!

0 comments:

Mood Masak Sudah Mari...

6:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Sebagaimana mood berblog sudah mari... Maka dengan ini di umumkan mood memasak juga sudah mari. Lecehnya, masih tak tahan ngan bau bawang.. Tak kira la bawang putih ka, bawang merah ka, bawang besar ka plus ikan... Semuanya bucukkk. Tak tahan... nak uwekkk ja.

Sabtu malam lepas buat mix grill. Ayam, lembu dan kambing dalam satu tray.. Yang ni beli kat Jusco. Beli yang siap marinate. Kebetulan pergi merayap plus window shopping kat Jusco Alma... Baru buka la katakan. Rasanya so so saja.

Yang cukup rasa dan sedap kena pesan kat blogger Azilah . Dia sekarang tengah active meniaga lamb & chicken marinate. Kalau area SP, Kulim & Penang dia boleh COD. Cik Ti pesan saja sebab satu opis... Pesan hari ni esok dapatla...

Mix grill
Esoknya pula, masak ayam goreng kunyit ala kedai tomyam, masak lemak cili padi ayam dan acar timun. Walaupun simple, ia mampu menyebabkan saya menambah nasi... Air tangan sendiri kot! hihi

ayam goreng kunyit
jelatah timun
Ok. Ini ja nak update... esok punya cerita lain. Ada kesempatan saya update lagi.

0 comments:

teguran, tips dan wajah baru nuffnang...

Lama sudah tak dapat email dari nuffang ... Bila dapat, kena tegur la pulak. Takpa, teguran yang membina dan untuk kebaikan.. Untuk tambah duit kat Cik Ti...


Pastu dapat pula tips dari en. nuffnang untuk tingkatkan pendapatan blog.. Seronok betul bekerjasama dengan nuffnang. In Sya Allah akan perbaiki sepertimana teguran dan tips yang di kongsikan..

Semalam, sesaja login ke nuffnang dan wahhh! Nuffnang dah berwajah baru.... Nampak lebih kemas  dan menarik. Tak caya? cer login ke nuffnang...


Yang paling penting, ada CPUV baru untuk bulan ni.... Bertambahlah duit raya saya. Amin!
Jom pakat rajin update blog supaya nuffnang bagi banyak CPUV... hehe.#JomBlogSecaraBerjemaah!

0 comments:

G.E.R.A.M plus T.E.N.S.I.O.N

2:18 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Nak buat luahan hati jap. Tension ni. :P

Minggu ni dan hari ni banyak benda yang cik ti tension.. huhu. meh saya listkan..
  1. Tension kat system sebab asyik down ja.
  2. Tension kat bos, asyik tanya pasal kerja... Tolong la faham. system down camna nak buat kerja cepat-cepat.
  3. Ada yang tak faham lagi... saya bukan kerja frontliner. Saya tak entertain customer secara direct... Kerja dalam opis pun banyak nak kena hadap. Jadi, jangan la bagi phone number saya kat customer.. kan dah kena marah ngan saya...
  4. Ada lagi rupanya yang tak faham level of authority (LOA). Dah kata saya tak boleh buat sebab kena dapat kelulusan pihak tertentu dulu, jangan la paksa saya buat... Saya TETAP TAK BOLEH buat. Ada faham???
  5. Ada masa saya serius tahap gaban tp dia boleh pula bagi chance... Kalau saya yang berlembut, saya yang kena marah... kena explain bagai. Tension saya!
Cukup la dulu senarai kegeraman dan tension saya. Karang korang pula yang tension dan geram kat saya...
hehehe.. Peace no war!

Lantang saya hanya kat dalam blog ja.. depan2 saya ni pemalu + penakut orangnya. :P

-xoxo-




0 comments:

Ke Kuching Kita - Kampung Budaya

Hari kedua, melawat kampung budaya.. Kol 11 baru keluar dari hotel. Cover kepenatan semalam. Dari hotel ke kampung budaya lebih kurang 45 minit.. jauh ke dalam. Lebih kurang di sebalik Gunung Santubong.
Pemandangan sebelum sampai cantik dan agak sunyi... Melalui kampung, kawasan paya dan laut. Yang unik tentang jalan di Kuching adalah banyak bulatan. Jadi perlu kira exit yang ke berapa nak ambil sebab satu bulatan minuman 4 exit dan max ada 7 exit.... 

Kampung Budaya Sarawak

Kampung budaya ni terletak di Santubong, Kuching. Sejarah kampung budaya ni boleh goole lah yer...

Dah sampai. Bergambar dulu di depan pintu masuk kampung budaya...


Di kampung budaya ini menunjukkan cara hidup 10 etnik terbesar di Sarawak iaitu, iban, melanau, melayu, cina, bidayuh, ulu, penan .....  So, wajib mai sini kalau dah sampai Kuching. Seronok tengok cara hidup mereka...  
Ammar nak naik jambatan ni tapi takut... 
 Layan gambar lah yer...

Aisya ngan kakak bidayuh..
aktiviti di rumah panjang iban..
Buai di rumah panjang iban...

Rumah Penan

Ni rumah orang ulu.. Tinggi tak? Ni satu-satunya rumah tinggi yang saya panjat tangga dan masuk.. lagi 2 rumah iaitu Melanau dan bidayuh saya dah surrender...  Tak larat mak yong nak naik nengok. Lain kalilah!
Pemandangan dari jalan masuk ke rumah orang ulu
Tangga rumah orang ulu...

ngan orang ulu 
Ini adalah serambi rumah orang ulu.. Cantik hiasannya.
 Ni pula rumah Melanau. Tinggi tak tangga dia... Tak sanggup nak panjat kalau tangga ni. Ini adalah tangga sebenar orang melanau. Untuk pelancong disediakan tangga biasa. Sekiranya ingin merasa pengalaman sebenar boleh la try tangga ni..

Tangga pokok nyiok .
 Ini pula pondok tempat orang melanau melakukan kerja - kerja memproses sagu. Di pondok  ni di tunjukkan cara mendapat sagu dari menebang pokok sehingga mendapat produk sagu.

Melawat pondok ni sementara tunggu en. suami turun dari rumah melanau..
Bila dah habih melawat 10 buah rumah yang terdapat dalam kampung budaya ni, boleh la melihat persembahan yang di sediakan di kampung budaya.  Persembahan ni adalah mengikut jadual iaitu pagi dari jam 10pagi sehingga 12tgh hari. Petang pula, kol 3.00 sehingga 5 petang.

Sementara menunggu persembahan kebudayaan, kami berehat dan mengisi perut di restoran budaya. Alhamdulillah makanan yang di pesan iaitu nasi goreng ayam dan nasi ayam memenuhi selera.. incik suami pula ingin merasa laksa sarawak.  Incik suami kata boleh la...

Pemandangan hadapan restoran budaya.
Laksa Sarawak.
Ammar tengah menikmati nasi ayam.
Dah selesai makan, bolehla solat terlebih dahulu di surau yang terdapat di bawah restoran ini...  Then, tengok persembahan kebudayaan. Macam-macam jenis tarian di persembahkan.


Last sekali, para penari kebudayaan menjemput para pelancong untuk menari bersama-sama.  Aisya ingin mencuba ttp dia tak pandai menari... hehehe. Baik untuk dia sebab berani mencuba.



Oklah setakat ini saja untuk hari kedua...  nanti saya update lagi.

0 comments:

Ke Kuching Kita - Citadines Hotel

 As Salam.
Dah lama tak update kan? Kan?
Terima kasih kepada yang sudi jengah blog yang tak ter'update' ni. Cik Yati mohon maaf banyak-banyak yer.. Niat memamng nak update hari-hari tapi selalu jer tak berkesempatan. Maka, blog pun berabuk bersawang bagai... Tinggai tikus jer tak main acilut chak dalam blog ni. :D

Yang sebenarnya bukan nak citer pasal blog yang tak berupdate tapi nak citer pasal aktiviti saya & family  jalan-jalan sambil menyahut seruan tahun melawat Malaysia.. Destinasi kami kali ini adalah ke Kuching, Sarawak. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk melihat kehidupan di negeri lain... Banyak yang di pelajari dan di fahami..

Tiket ke Kuching dah tempah masa bulan November tahun lepas.. Masa Airasia buat promosi. Dapatlah tambang pi balik sorang 108. Murah la kan!

Ini juga kali pertama Aismar naik flight... Macam-macam kelaku dok ada.  Sabar je la.

Sorang teruja, sorang lagi boring tunggu flight..
Sampai di Airport Kuching, kami di jemput oleh kawan en. suami...  Kawan en. suami tolong sewa keta sekali. Proton - RM 60 sehari.. dari airport terus pergi makan ( on the way ke Poli Kuching).  Tak ingat nama tempat tu apa.. tepi sungai. Banyak pilihan tapi kami makan roti canai ja...




So, untuk first entry berkenaan Kuching adalah mengenai tempat tinggal. Kami memilih untuk stay di Citadines Hotel iaitu hotel yang berkonsepkan apartment. Sesuai sangat untuk berkeluarga... Seolah-olah stay at home.

Ni bilik tidoq.. Kami pilih yang ada satu bilik saja... Katil king size.


Tv dalam bilik.. so, tak perlu berebut.

Daddy & Ammar ber'wefie'.
Ni pula dapur. lengkap dengan kelengkapan memasak... mak yong ni ja tak bersempatan nak masak. Hehe.. Mai bercuti mana boleh masak kan?


 Ni pula hall. lengkap macam hall kat umah. i suke... TV pun besaq!



 Hall dari dapur...

Ni pula .. Toilet & bathroom.. Luas. Dari toilet boleh nampak pemandangan luar dari luar pun boleh nampak dalam.. No tinted. Scary.. call management hotel tanya kenapa takde langsir... dia inform tengah design. Gitue pulak.

Alternativenya, ambik tuala dan jadikan penghadang.. Selamat sikit. Kang ada gambar terlampau pula...


Ni la tingkap tu..
 Pakej include breakfast.. Makanan yang di sediakan boleh di katakan sedap cuma tak banyak pilihan... Terpulang kepada yang stay di sini sama ada nak makan di hotel or singgah di mana-mana restoran yang berdekatan.



 Hotel ini juga menyediakan kolam renang. Yang paling suka Aismar la... Tak habis-habis nak berendam... Layan permintaan pada hari ketiga...

Ni kolam anak-anak.
Ni kolam mak bapak budak..

ni kolam air panas...
Setakat ini dulu cerita tentang Kuching..  Nanti saya update lagi... Mungkin ada 2 atau 3 entry lagi.. Tunggu yer!

-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers