Hobi Baru - Cahaya Hayati

30 Dis 2014

Hobi Baru

Seiring dengan usia. Begitu jugalah dengan hobi. Masa kanak-kanak suka baca komik. Masa remaja pula suka baca novel. Hobi baca novel ni sampailah berkahwin. Sekarang pun dok baca juga tapi bukan novel lah. Buku yang berbentuk ilmiah dan motivasi serta keagamaan. Membaiki yang mana kurang.

Hobi lepas kahwin adalah hobi jalan-jalan cari makan. Boleh di katakan kami akan pergi ke kedai atau restoran yang menawarkan menu baru atau yang di katakan sedap. Anak baru dua orang boleh la angkut ke sana-ke sini.

Bila anak-anak dah makin membesar, depa pun dah pandai request.. Si kakak suka request untuk buat kek dan cupcakes. Si adik pula suka request nak makan nasi goreng..  Boleh di katakan hampir setiap pagi akan ada menu nasi goreng. Yang tua-tua boring dengan menu nasi goreng. So, saya akan cuba masak nasi goreng yang berlainan setiap pagi. Contohnya ahad nasi goreng planta, selasa nasi goreng sotong, nasi goreng sambal belacan dan bermacam lagilah. Hangpa ingat mak hangpa cef ka? Nasib baik mak hangpa reti masak..

Melalut ke lain pulak. Pasal hobi yang terbaru adalah buat kek. Seminggu dua kali dok bakar kek. Antara resepi kek yang saya suka adalah traditional butter cakes. Resepi ni boleh search kat blog kak Zu . Resepi yang senang dan ia mengingatkan zaman kecik saya. Dulu-dulu mana nak cari kedai kek macam sekarang. Kitakan budak kampung ja.. hihihi.

Macam yang kak zu tulis dalam blog dia. Bau butter bila cakes tu masak memenuhi ruang dalam rumah. hmmm...  Makan panas-panas lagi sedap. Serius sedap.

Nilah hasil kek tu. Resepi kek kak zu tu saya tambah coklat dan jadikan ia marble cakes. 

Traditional Marble Cakes

p/s: google recipe traditional butter cakes mamatiamia tau!