Boleh Jadi Model Iklan Makanan - Cahaya Hayati

24 Dis 2014

Boleh Jadi Model Iklan Makanan

Ammar. Kalau tengok keletah dia sekarang memang mencuit hati.. Ada saja benda yang di buatnya boleh buat semua orang ketawa. Dah macam pak lawak pun ada.. TAPI sensitifnya ya ampun. sikit-sikit sentap pastu nangis. Tegur baik-baik pun nangis... Kalau dengan kakak Aisya asyik gaduh, baik pastu gaduh lagi.. pastu baik balik. Yang pening kepala mummy dia la... Bila dah pening suara pun semakin tinggi la. Huh!

Sebagai mak, saya paling suka tengok dia makan. Memang berselera dan jenis tak tolak makanan... Makan selagi boleh.. 

Sekarang dah pandai request nak makan itu, ini. Ada yang saya masak sendiri dan ada yang order je sampai depan pintu rumah... Pizza Hutz, kfc, Dominos dan lain-lain.

Ini aksi dia menikmati roti bakar telur goyang... Layanzzz.

Memula potong roti menggunakan pisau dan jari comel pula tekan pada roti. Garfu tu biar ja kat pinggan. Telur yang melekat kat jari tu boleh terus masuk dalam mulut... hahaha


Yang ni serius sikit sebab roti tak putus. Jadi kena potong sambil muncungkan mulut..



Ok dah putus. So, kemuncungan di kurangkan . Sebelum makan roti, cuit-cuit dulu telur kuning tu bagi rata. Boleh main-main sekali.. 


Potong lagi bagi semua kecik. Nanti takyah potong dah... Good ideas darls.


Ok done!. Dah boleh makan... Garfu di mulut dengan mata tajam menjeling sebab baru perasan daddy dok rakam gelagat dia.. hihi.