Sup Ikan Merah Menu berpantang Yang Marvellous

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi..
24 September yang lalu saya telah di anugerahkan seorang lagi waris kuat keluarga.. Hero no. 2 dalam keluarga kecil kami... Cerita mengenai hero kecil ni akan di up dalam entry lain.

Hari ni merupakan hari ke -15 saya berpantang. Dugaan sungguh! Masa pregnant hari tu banyak makanan yang saya alah, tak lalu dan macam-macam lagi. Dalam pantang ni teringin pula macam-macam... Tak sabarnya nak habiskan tempoh 44 hari ni...

Menu minggu pertama berpantang adalah sup ikan haruan, singgang ikan haruan dan ikan haruan goreng.. Menu minggu pertama memang tak berapa kena ngan selera kerana tak boleh masukkan kunyit, halia dan lada. Ini adalah untuk mengelakkan jaundice ( kuning) meningkat. Alhamdulillah berkat berpantang makan kunyit, halia dan lada serta supplement tambahan yang di beri kepada baby, kini baby dah bebas dari jaundice. Supplement apa yang saya beri untuk menurunkan/ membebaskan baby dari jaundice akan di kongsi dalam entry yang lain...

sup ikan merah - my style
Sup ikan merah adalah menu hari ini iaitu hari ke -15. Menu ini juga merupakan menu pertama yang di masukkan halia dan lada hitam.. Marvellous! Sedapnya makan dengan nasi panas-panas.

Sup ikan merah ini adalah mengikut cara saya (my style). Resepinya adalah seperti di bawah. Resepi ini adalah untuk 1 orang makan.

Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
2 potong isi ikan merah ( di gaul dengan garam dan di goreng sebentar agar isi ikan kenyal)
1/2 labu bawang besar - di mayang
2 biji bawang putih - di mayang
1 cm halia -  di mayang halus
4 biji cili padi - di belah 2
2 cm kulit kayu manis,
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya
minyak untuk menumis
Segelas air.


Cara-caranya:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia , cili padi, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan air, garam dan lada sehingga mendidih. Rasa.. 
3, Setelah rasa menepati citarasa, masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih. 
4. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Pengikut

Google+ Followers