Set Bersalin Sendayu Tinggi - Cahaya Hayati

23 Oct 2014

Set Bersalin Sendayu Tinggi

Set Bersalin Sendayu Tinggi 

Hari ni dah 30 hari saya berpantang. 14 days to go... Lama ooo nak habiskan 14 hari ni. Dah bosan berkurung dalam rumah. Hati dah meronta-ronta nak pi jejalan, nak balik kampung, nak shopping...Huhuhu tak sabarnya tunggu abis 44 hari.

Bukan nak cerita pasal masa berpantang yang lama tetapi nak bagitau yang dalam tempoh berpantang ni badan saya lebih segar dan kuat. Luka bersalin pun dah kering dan tak sakit... Dah boleh masak dan urus bayi sendiri..

Ini kerana saya di bantu oleh set bersalin dari Sendayu Tinggi - Amme Complete. Set Bersalin ini sesuai dengan saya kerana saya telah menggunakan set ini dari anak pertama lagi. Set bersalin ini sesuai untuk semua ibu yang dalam pantang kerana ia mengandungi penjagaan luaran dan dalaman. Sebab itulah ia di panggil complete set.

Selain itu, pemilihan set ini juga kerana ia tidak allergic kepada bayi seperti ruam dan kembung perut. Selain itu ia juga memperbanyakkan air susu.

Yang paling penting ialah saya boleh telan jamu tersebut kerana ia tidak berbau dan dalam bentuk kapsul. Buat pengetahuan semua, saya ni jenis yang susah nak makan ubat or supplement. Dah sakit sangat baru nak ambil ubat.. hihi jangan jadi macam saya tau :P.

Amme Complete - Set Bersalin

Amme Complete Set Bersalin mengandungi :-

1. Set Dalaman

Untuk set dalaman ia mengandungi 6 botol jamu di mana setiap botol mengandungi fungsi dan kesan yang tersendiri kepada si pemakai. Sebotol jamu perlu di habiskan dalam masa 10 hari.

2. Set Luaran

Untuk set luaran pula ia mengandungi :-

  • body tone
  • tummy tone
  • Amme Massage ( minyak urut untuk ibu)
  • Amme Heat (minyak panas)
3. Bayi 
  • Amme baby oil
Dengan pembelian set bersalin ini akan di beri percuma bag.