loading...

23 Okt 2014

Set Bersalin Sendayu Tinggi

4:14 PTG

Set Bersalin Sendayu Tinggi 

Hari ni dah 30 hari saya berpantang. 14 days to go... Lama ooo nak habiskan 14 hari ni. Dah bosan berkurung dalam rumah. Hati dah meronta-ronta nak pi jejalan, nak balik kampung, nak shopping...Huhuhu tak sabarnya tunggu abis 44 hari.

Bukan nak cerita pasal masa berpantang yang lama tetapi nak bagitau yang dalam tempoh berpantang ni badan saya lebih segar dan kuat. Luka bersalin pun dah kering dan tak sakit... Dah boleh masak dan urus bayi sendiri..

Ini kerana saya di bantu oleh set bersalin dari Sendayu Tinggi - Amme Complete. Set Bersalin ini sesuai dengan saya kerana saya telah menggunakan set ini dari anak pertama lagi. Set bersalin ini sesuai untuk semua ibu yang dalam pantang kerana ia mengandungi penjagaan luaran dan dalaman. Sebab itulah ia di panggil complete set.

Selain itu, pemilihan set ini juga kerana ia tidak allergic kepada bayi seperti ruam dan kembung perut. Selain itu ia juga memperbanyakkan air susu.

Yang paling penting ialah saya boleh telan jamu tersebut kerana ia tidak berbau dan dalam bentuk kapsul. Buat pengetahuan semua, saya ni jenis yang susah nak makan ubat or supplement. Dah sakit sangat baru nak ambil ubat.. hihi jangan jadi macam saya tau :P.

Amme Complete - Set Bersalin

Amme Complete Set Bersalin mengandungi :-

1. Set Dalaman

Untuk set dalaman ia mengandungi 6 botol jamu di mana setiap botol mengandungi fungsi dan kesan yang tersendiri kepada si pemakai. Sebotol jamu perlu di habiskan dalam masa 10 hari.

2. Set Luaran

Untuk set luaran pula ia mengandungi :-

  • body tone
  • tummy tone
  • Amme Massage ( minyak urut untuk ibu)
  • Amme Heat (minyak panas)
3. Bayi 
  • Amme baby oil
Dengan pembelian set bersalin ini akan di beri percuma bag. 

16 Okt 2014

Nuffnang Dah Merajuk!

2:56 PTG
Hmm... Tak tahu nak start dengan ayat apa. Seronok tengok blogger lain semua update dapat berderet cpuv @ BE dari nuffnang untuk bulan Oktober. Bila Cik Ti check dalam akaun nuffnang apa pun tarak. hmmm...

Nuffnang dah merajuk sebab Cik Ti sekejap timbul sekejap tenggelam.. Pastu tak popular lak. Kita sedar siapalah kita dalam dunia blogging.

Kepada blogger yang hebat, silalah share idea-idea.huhuhu
# SayanakjoinkelabBA#Camnayer?
#Bosan#22daystogo


Bebaskan Jaundice Bayi

2:36 PTG
Assalamualaikum wbt.

Bebaskan Jaundice Bayi

Sejak ada anak kecik ni.. Cik Ti agak busy. Busy dengan anak-anak. Yang baby dengan caranya... Yang besar dengan cara mereka.. Bila terlebih dengan yang kecil, yang besar akan kata ' mummy ni asyik ngan adik ja'. Huhuhu...

So, kena explain bagi kakak Aisya dan abang Ammar faham. Kalau tak nanti ada yang akan kecik hati... Anak-anak sekarang ni kena bagi faham betul-betul. Supaya tak tersalah faham... sensitif sejak ada adik baby...

Berkenaan jaundice, saya bebaskan dengan bantuan Zaniplus iaitu produk gamat dari rangkaian Healin. Produk ini di beri 1ml setiap pagi dan malam. Cara ini saya amalkan sejak anak kedua.. Alhamdulillah berkesan. Saya kongsikan di sini untuk di kongsikan dengan para ibu yang menghadapi masalah jaundice. Kesian kat baby yang kena ambil darah setiap kali nak check result jaundice.


Ini result jaundice. Zaniplus di beri kepada baby selepas kali ketiga check jaundice. Sebelum tu saya tak beri sebab saya yakin dengan full bf, baby akan bebas jaundice. Tetapi saya tersilap kerana pemakanan ibu jugak menyumbang kepada jaundice. Bila tahap jaundice semakin meningkat, saya terus beri zaniplus kpd baby. Baru satu hari beri kpd baby,results dari 186 turun ke 185 dan seterusnya ke 164 pada ketiga... 


Pada hari ke - 10 , jaundice baby naik semula sebab mummy masukkan sedikit halia dalam masakan dan stop beri zaniplus kpd baby...  Namun turun semula pada keesokkannya setelah di beri zaniplus dan baby bebas jaundice sepenuhnya pada hari ke 15. Alhamdulillah.


Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi dan mempunyai masalah jaundice, disarankan untuk memberi zaniplus kpd baby... Cubalah. In sya Allah berkat usaha dan di samping bf sepenuhnya...

8 Okt 2014

Sup Ikan Merah Menu berpantang Yang Marvellous

3:57 PTG
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi..
24 September yang lalu saya telah di anugerahkan seorang lagi waris kuat keluarga.. Hero no. 2 dalam keluarga kecil kami... Cerita mengenai hero kecil ni akan di up dalam entry lain.

Hari ni merupakan hari ke -15 saya berpantang. Dugaan sungguh! Masa pregnant hari tu banyak makanan yang saya alah, tak lalu dan macam-macam lagi. Dalam pantang ni teringin pula macam-macam... Tak sabarnya nak habiskan tempoh 44 hari ni...

Menu minggu pertama berpantang adalah sup ikan haruan, singgang ikan haruan dan ikan haruan goreng.. Menu minggu pertama memang tak berapa kena ngan selera kerana tak boleh masukkan kunyit, halia dan lada. Ini adalah untuk mengelakkan jaundice ( kuning) meningkat. Alhamdulillah berkat berpantang makan kunyit, halia dan lada serta supplement tambahan yang di beri kepada baby, kini baby dah bebas dari jaundice. Supplement apa yang saya beri untuk menurunkan/ membebaskan baby dari jaundice akan di kongsi dalam entry yang lain...

sup ikan merah - my style
Sup ikan merah adalah menu hari ini iaitu hari ke -15. Menu ini juga merupakan menu pertama yang di masukkan halia dan lada hitam.. Marvellous! Sedapnya makan dengan nasi panas-panas.

Sup ikan merah ini adalah mengikut cara saya (my style). Resepinya adalah seperti di bawah. Resepi ini adalah untuk 1 orang makan.

Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
2 potong isi ikan merah ( di gaul dengan garam dan di goreng sebentar agar isi ikan kenyal)
1/2 labu bawang besar - di mayang
2 biji bawang putih - di mayang
1 cm halia -  di mayang halus
4 biji cili padi - di belah 2
2 cm kulit kayu manis,
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya
minyak untuk menumis
Segelas air.


Cara-caranya:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia , cili padi, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan air, garam dan lada sehingga mendidih. Rasa.. 
3, Setelah rasa menepati citarasa, masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih. 
4. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292