Belum Sampai Masanya.. - Cahaya Hayati

21 Sep 2014

Belum Sampai Masanya..

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Masih menanti saat-saat kelahiran anak no.3. Lagi dua hari cukup due date... Kalau belum bersalin juga, 23hb ni saya kena warded. Hopely tak melebihi due date.. Takut sebab tak pernah lebih dari due date.. Ada perbezaankah? Kena induce untuk paksa kelahiran baby? Or tunggu sehingga sampai waktunya juga? So, minta pendapat kepada yang ada pengalaman camni..

Saya ni kalau boleh tak naklah kena operate. Saya ni seram sikit dengan operate2 ni. Lagipun cik ti ni kan manja orangnya. HAHAHA. 

Oklah berbalik kepada entry ni, saya telah ambil cuti sepanjang minggu lepas sebagai persediaan untuk bersalin dan menyambut kelahiran baby no. 3 ni... Nampaknya sehingga saat ini hanyalah mengalami kontraksi palsu... Agaknya belum sampai waktunya. Tadi masa check up pun masih belum ada bukaan... Semoga di permudahkan. Amin.


Sepanjang minggu cuti sekolah ni, mentang-mentang mummy pun cuti... Aisya dan Ammar pun takmo ke sekolah. Depa kata cikgu bagitau cuti sembilan hari. So, start hari jumaat lepas depa dok mengira hari cuti... Sebenarnya saya untuk depa dua beradik, kami ambil pakej sepenuh masa di mana pembelajaran/ penghantaran ke tadika adalah sepanjang tahun. Tidak mengambil kira cuti sekolah... Nak buat camna, mak bapak kerja camnilah. Kalau ambil yang pakej halfday kena cari penjaga masa lepas sekolah dan cuti sekolah. Depa pun selesa dengan pakej ni... Lagipun depa ada banyak xtvt di tadika...


So, sepanjang minggu ni... Saya & suami penuhkan xtvt depa dengan mandi kolam kat rumah, masak-masak dan juga jogging di Mini  Stadium Keladi. Bagi budak debab tu kuruih sikit... Dia berjaya buat satu pusingan saja. Kakak Aisya berjaya buat dua pusingan... Hubby cakap akan jadi xtvt wajib bila cuti sebab dia pun nak kuruskan badan sikit.... Badan dah tak fit katanya. I support u laling.


Khamis hari tu, kami sefamily merasmikan Mydin Mall yang baru buka di Bertam, Kepala Batas. Ramai kemain... Lepas membeli belah sikit, terus ke Pajak Song. Ada gerai jual Maggi Ketam Nipah yang best kat situ... Info ni kami dapat dalam group FB jalan-jalan cari makan Penang.

Muka puashati dapat makan maggi ketam nipah..
Nilah rupanyer maggi ketam nipah tu.. Sepinggam RM 12.  Ada ketam seekor setengah, ada ayam, fishball & telur. Amat berpadanan dengan harga... Rasa pun sedap.


Ini pula cerita pagi tadi sebelum pi check up. Tekak ni teringin nak minum kopi sedap. Mana lagi tempat yang nak di tuju.. Tentulah kat Old Town. Sambil minum sambil dating ngan mr. hubby. hihi. Dating dating ni kena amalkan... Barulah menambah kemesraan dalam hubungan. Ewahhhh!


Bye.