Mengira Hari... - Cahaya Hayati

9 Sep 2014

Mengira Hari...

Masuk minggu ni, jantung dok dup dap ja... Hati pun rasa dok gelisah ja. Bukan apa, Cik Ti dah hampir lupa tanda-tanda bersalin. Ingat2 pun dua tiga tanda ja iaitu turun tanda darah, kerap sakit pinggang ( dalam 5 minit sekali) dan rasa macam nak membuang air besar 3-4 jam sebelum bersalin...  Sampai hospital dah buka 6 cm. Terus masuk labour room....

Yang menambah kerisauan bukan apa, Cik Ti jenis yang bersalin awal. Masa bersalin kakak, awal lapan hari dari tarikh due. Jangka 1 February tapi bersalin 23 January... Ammar pula Jangka 19 Oktober tapi bersalin 16 Oktober... Yang ni pula, tak tahu lagi...  Dua tiga tanda dah ada.

Tanda-tanda bersalin  

  1. Enggage - Yang ni kerap terasa. Kepala baby semakin kuat menolak tulang pelvik... Membuka laluan untuk keluar. hihi hope kali ni pun bersalin secara normal.
  2. Kerap membuang air kecil - Masuk bulan ke - 6 hari tu, semakin kerap membuang air kecil di tengah malam. 
  3. Sakit belakang bahagian bawah - Masuk minggu ni baru terasa sakit belakang bahagian bawah. Sebelum ni sakit belakang biasa saja... 
  4. Contraction -  Belum terasa lagi... Pengalaman dari dua anak yang lepas, lagi satu atau hari sebelum bersalin baru terasa contraction.
  5. Cirit Birit - Masuk bulan ke sembilan ja, memang kerap cirit birit. Memula cirit birit tu anggap biasa saja. Tapi bila dah selalu, terus google tanda-tanda bersalin. Rupanya selalu cirit birit di sebabkan memberi ruang untuk laluan bayi.
  6. Keputihan - Minggu ni baru nampak keputihan. Masuk bulan ke -7 jer, setiap kali visit nurse asyik tanya ada keputihan tak... huhu tension akak. 
  7. Lendir pekat / Pendarahan - Yang ni belum ada.... 
  8. Air Ketuban Pecah - Yang ni tak pernah berlaku bagi dua-dua kelahiran. Doktor yang akan pecahkan... 

Akhir kata, cik ti mohon maaf andai melakukan kesalahan secara sedar & tak sedar. Doakan cik ti & baby selamat yer...

bye.

- xoxo-