September 2014 - Cahaya Hayati

21 Sept 2014

Belum Sampai Masanya..

September 21, 2014
Belum Sampai Masanya..
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Masih menanti saat-saat kelahiran anak no.3. Lagi dua hari cukup due date... Kalau belum bersalin juga, 23hb ni saya kena warded. Hopely tak melebihi due date.. Takut sebab tak pernah lebih dari due date.. Ada perbezaankah? Kena induce untuk paksa kelahiran baby? Or tunggu sehingga sampai waktunya juga? So, minta pendapat kepada yang ada pengalaman camni..

Saya ni kalau boleh tak naklah kena operate. Saya ni seram sikit dengan operate2 ni. Lagipun cik ti ni kan manja orangnya. HAHAHA. 

Oklah berbalik kepada entry ni, saya telah ambil cuti sepanjang minggu lepas sebagai persediaan untuk bersalin dan menyambut kelahiran baby no. 3 ni... Nampaknya sehingga saat ini hanyalah mengalami kontraksi palsu... Agaknya belum sampai waktunya. Tadi masa check up pun masih belum ada bukaan... Semoga di permudahkan. Amin.


Sepanjang minggu cuti sekolah ni, mentang-mentang mummy pun cuti... Aisya dan Ammar pun takmo ke sekolah. Depa kata cikgu bagitau cuti sembilan hari. So, start hari jumaat lepas depa dok mengira hari cuti... Sebenarnya saya untuk depa dua beradik, kami ambil pakej sepenuh masa di mana pembelajaran/ penghantaran ke tadika adalah sepanjang tahun. Tidak mengambil kira cuti sekolah... Nak buat camna, mak bapak kerja camnilah. Kalau ambil yang pakej halfday kena cari penjaga masa lepas sekolah dan cuti sekolah. Depa pun selesa dengan pakej ni... Lagipun depa ada banyak xtvt di tadika...


So, sepanjang minggu ni... Saya & suami penuhkan xtvt depa dengan mandi kolam kat rumah, masak-masak dan juga jogging di Mini  Stadium Keladi. Bagi budak debab tu kuruih sikit... Dia berjaya buat satu pusingan saja. Kakak Aisya berjaya buat dua pusingan... Hubby cakap akan jadi xtvt wajib bila cuti sebab dia pun nak kuruskan badan sikit.... Badan dah tak fit katanya. I support u laling.


Khamis hari tu, kami sefamily merasmikan Mydin Mall yang baru buka di Bertam, Kepala Batas. Ramai kemain... Lepas membeli belah sikit, terus ke Pajak Song. Ada gerai jual Maggi Ketam Nipah yang best kat situ... Info ni kami dapat dalam group FB jalan-jalan cari makan Penang.

Muka puashati dapat makan maggi ketam nipah..
Nilah rupanyer maggi ketam nipah tu.. Sepinggam RM 12.  Ada ketam seekor setengah, ada ayam, fishball & telur. Amat berpadanan dengan harga... Rasa pun sedap.


Ini pula cerita pagi tadi sebelum pi check up. Tekak ni teringin nak minum kopi sedap. Mana lagi tempat yang nak di tuju.. Tentulah kat Old Town. Sambil minum sambil dating ngan mr. hubby. hihi. Dating dating ni kena amalkan... Barulah menambah kemesraan dalam hubungan. Ewahhhh!


Bye.

9 Sept 2014

Mengira Hari...

September 09, 2014
Mengira Hari...
Masuk minggu ni, jantung dok dup dap ja... Hati pun rasa dok gelisah ja. Bukan apa, Cik Ti dah hampir lupa tanda-tanda bersalin. Ingat2 pun dua tiga tanda ja iaitu turun tanda darah, kerap sakit pinggang ( dalam 5 minit sekali) dan rasa macam nak membuang air besar 3-4 jam sebelum bersalin...  Sampai hospital dah buka 6 cm. Terus masuk labour room....

Yang menambah kerisauan bukan apa, Cik Ti jenis yang bersalin awal. Masa bersalin kakak, awal lapan hari dari tarikh due. Jangka 1 February tapi bersalin 23 January... Ammar pula Jangka 19 Oktober tapi bersalin 16 Oktober... Yang ni pula, tak tahu lagi...  Dua tiga tanda dah ada.

Tanda-tanda bersalin  

  1. Enggage - Yang ni kerap terasa. Kepala baby semakin kuat menolak tulang pelvik... Membuka laluan untuk keluar. hihi hope kali ni pun bersalin secara normal.
  2. Kerap membuang air kecil - Masuk bulan ke - 6 hari tu, semakin kerap membuang air kecil di tengah malam. 
  3. Sakit belakang bahagian bawah - Masuk minggu ni baru terasa sakit belakang bahagian bawah. Sebelum ni sakit belakang biasa saja... 
  4. Contraction -  Belum terasa lagi... Pengalaman dari dua anak yang lepas, lagi satu atau hari sebelum bersalin baru terasa contraction.
  5. Cirit Birit - Masuk bulan ke sembilan ja, memang kerap cirit birit. Memula cirit birit tu anggap biasa saja. Tapi bila dah selalu, terus google tanda-tanda bersalin. Rupanya selalu cirit birit di sebabkan memberi ruang untuk laluan bayi.
  6. Keputihan - Minggu ni baru nampak keputihan. Masuk bulan ke -7 jer, setiap kali visit nurse asyik tanya ada keputihan tak... huhu tension akak. 
  7. Lendir pekat / Pendarahan - Yang ni belum ada.... 
  8. Air Ketuban Pecah - Yang ni tak pernah berlaku bagi dua-dua kelahiran. Doktor yang akan pecahkan... 

Akhir kata, cik ti mohon maaf andai melakukan kesalahan secara sedar & tak sedar. Doakan cik ti & baby selamat yer...

bye.

- xoxo-

8 Sept 2014

Semakin Kuat Membebel...

September 08, 2014
Semakin Kuat Membebel...
As Salam Semua.

Pembuka blog hari  ni dengan gambar blackpepper steak @ Reez Kopitiam. Dinner malam sabtu hari tu... Sedap! Kuah blackpepper terasa dan pekat. So, yummy!. Thanks daddy... Lain kali belanja lagi. :D


Sekarang ni saya dok menghitung hari... Lagi 17 hari nak due. Sabar yer adik baby. Bagi mummy settle dulu kerja-kerja dan perkara yang mumny nak settlekan... huhu.

  • Van tadika kakak & abang
  • Barang keperluan baby. Ada lagi 2, 3 barang yang nak kena beli.
  • Baby cot? Daddy dah keluarkan tetapi dah tak boleh guna... Dah selamat di gigit oleh tikus. mmmm. So, mummy & daddy decide tak perlu baby cot.  Guna tilam ja...
  • Stroller - guna yang lama.
  • Baju, pampers, selimut - dah beli & guna yang sedia ada..
  • minyak telon & barang mandian - dah settle.
  • Beg ke hospital dah selesai. Tinggal nak angkat masuk dalam kereta ja.
Apa lagi yang belum settle yer? Akan di tambah dari masa ke semasa... 

Semakin dekat nak due, semakin kuat saya dok membebel kat kakak Aisya & Abang Ammar. Ntah lah..  Bukan suka sangat membebel tetapi mungkin juga di sebabkan pergerakan yang terbatas. Dah tak sepantas sebelum mengandung & cepat mengah. Maaf & sabar yer anak -anak... bukan niat mummy nak membebel. 

Macam pagi ni, membebel kepada kakak & abang di sebabkan sudah lewat nak ke tadika & ke opis. Tapi sepanjang perjalanan ke opis, hati mummy resah & rasa bersalah kat kakak & abang. Permulaan hari yang tidak bagus. Need to change...  No more berletiaq. 

Ya Allah bantulah aku & beri kesabaran  yang tinggi kepada aku dalam mendidik anak-anak menjadi hamba-Mu yang soleh & solehah. Amin.

Kepada Kakak Aisya & Abang Ammar,

Kamu permata hati, Penghibur dan peneman mummy. Always in my heart.  Be a good sister & brother. I love u both.  In Sha Allah selagi nyawa di kandung badan.


- xoxo-



5 Sept 2014

Jalan Jalan Naik Feri

September 05, 2014
Jalan Jalan Naik Feri
Belum lagi  masuk fasa ' long vacation'. So, ambil kesempatan bawa Aisya & Ammar jalan-jalan. Lepas ni kena tunggu mummy habis berpantang baru boleh jalan-jalan. 

Walaupun selalu balik 'kampung' daddy kat Pulau Pinang tetapi teramatlah jarang naik feri. Bukan apa malas nak menunggu.  So, kali ini nak bagi anak-anak merasai pengalaman naik feri... En. Suami rajin bawa anak-anak sampai ke deck feri. Kalau harap mak yong ni, dok dalam keta ja. Dah tak larat nak jalan ke sana ke sini.

Anak-anak apa lagi, seronok la depa. Pengalaman baru... 

Aisya si gayat. Takut jatuh...
Ammar terlebih berani.
In Sha Allah. Minggu ni kita jalan-jalan lagi.. Moga di beri kesempatan sebelum ' long vacation'.

bye.

-xoxo-


2 Sept 2014

Suka Hati Saya Ler...

September 02, 2014
Suka Hati Saya Ler...
Tengok gambar dulu...
Lokasi kejadian : Pizza Hut Kulim





OMG!. Anak sapa la nie? hehehe....
Tak reti dok diam.. Pi la tang mana pun. Dia ada cara sendiri untuk hiburkan diri dia.. Nak marah pun dia tak kacau orang, tak usik makanan orang. Main sorang-sorang ja dengan aksi ultraman... Cuma bising sikit dengan  volume suara dia.

Bukan tak tegur langsung... Tegur juga agar tidak mengganggu ketenteraman pengunjung yang lain. Anak kecil camnilah. Ada saja keletah yang menghiburkan.

Soon to be big brother. Tak nak di panggil abang... Nak adik panggil Angah. Apa-apalah.... Tak sabar tunggu adik keluar. Tak nak kongsi ultraman dengan adik.. hihi

# jadi abang yang baik yer!

Kisah Dentist To Be Jumpa Dentist

September 02, 2014
Kisah Dentist To Be Jumpa Dentist
Cerita semalam. Dah hampir sebulan kakak Aisya request untuk jumpa dentist ... Nak Cabut gigi susu sebab dah tumbuh gigi kekal. Berlapis dah... Nanti tak cantik pula. hihihi.

Ammar peneman setia, pemberi semangat & tukang jawab bila doktor tanya kat kakak Aisya.

Klinik Pergigian Juliana

So, semalam try dentist baru yang baru buka kat Kulim iaitu Klinik Pergigian Juliana. Doktornya muda lagi... lahir tahun 1984. Muda-muda lagi dah ada klinik sendiri... Orangnya lemah lembut ja. Tak paksa-paksa. Pandai pujuk budak jugak...
Lokasi klinik ini di atas 7Eleven yang berdekatan dengan giant Kulim. Sederet ngan RHB & Affin Bank. Customer service pun ok. Pagi-pagi ni dah dapat sms ucapan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan di sana.Alhamdulillah. #muslimboleh.

Posing dulu ...
Semalam adalah tempoh yang paling lama nak cabut gigi Aisya. Puas di pujuk , nangis, meronta semua ada.. Masa cabut di Klinik Pergigian Tfirdaus di Bertam sekejap ja.. Semalam macam-macam cara pujuk dia. Tiga kali sapu ubat kebas perisa strawberry, sembur ubat kebas ... Tak jalan jugak. Cabaran kepada doktor muda ni... Mummy dia dah hilang sabar. Ajak balik takmo sebab nak cabut tapi takutttt. Aduhai anak oi.

Disebabkan takmo balik n datang lain kali, guna paksaan gak. Pegang kaki, tangan & kepala oleh me & 3 pembantu doktor. Inject ubat bius & cabut. Settle masalah... Nangis kejap ja. huhu.. sorry sayang. Bukan sengaja paksa. Kalau tak paksa,  kakak tak nak balik.. Doktor pun dah heran. Kalau budak lain mesti dah nak balik... Nak tapi takut!

to Kakak Aisya,
Mummy bangga ngan kakak. Walaupun takut tapi nak juga buat/ cabut.  Next time jangan takut yer...


To Doktor Juliana,
Thanks to be nice to my daughter. In sha Allah, we will visit to your clinic again. Semoga terus maju..