Menu Simple Yang Menaikkan Selera... - Cahaya Hayati

20 Ogo 2014

Menu Simple Yang Menaikkan Selera...

Weekend hari tu, saya masak menu yang simple sekali .. tekak yang teringin. hihi...
Alhamdulillah sejak lepas raya ni, alahan semakin berkurangan... Tekak pun semakin berselera. Ada saja benda yang di inginkan. :P

Menu pilihan pada weekend hari tu adalah ketam sambal telur pecah, bayam masak lemak dan ikan goreng. Bertambah-tambah nasi seisi rumah. Menu simple yang menaikkan selera semua... Hujung minggu nanti kita main masak-masak lagi sementara saya belum masuk fasa berpantang... In sha Allah.


Saya kongsikan resepi ketam sambal telur pecah untuk rujukan semua dan juga anak-anak saya pada masa akan datang... Walaupun bukan tukang masak yang pro, tapi air tangan ibu juga yang akan di kenang oleh anak-anak. 

ketam sambal telur pecah

resepinya:

  1. Ketam - 1 kg. Di perap garam, kunyit dan bawang putih terlebih dahulu. Then, goreng sehingga masak/     garing. Ketepikan.
  2. Bahan Sambal 
  • 5 sudu cili giling/ kering yang di blend @ ikut tahap kepedasan yang di kehendaki
  • 2 labu bawang besar - blend
  • 3 ulas bawang putih - blend
  • 2 batang serai - ketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur 
  • garam & gula secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis
Cara2nya:
1. Tumis cili, bawang besar & bawang putih sehingga naik minyak. Masukkan serai... 
2. setelah bahan tumis masak/ garing, masukkan sos cili & sos tiram.
3. Tambah gula & garam secukupnya... 
4. setelah sambal cukup rasa, tolak sambal ketepi dan pecah telur dalam kuali. Hancurkan dan biarkan telur       masak. Gaul dengan sambal yang di ketepikan....
5. masukkan ketam yang telah di goreng dan gaul rata.
6. Hidangkan.



Untuk masak lemak bayam ni tak perlu saya letak resepi di sini.. Main campak semua bahan ( bayam, cili, bawang besar & putih serta santan)  dalam periuk, pastu masukkan garam. Biarkan mendidih. Rasa garam secukupnya, then tutup api bila bayam dah masak. Simple je kan?

Oklah selamat makan tengahari. :)