Tak Tahu Nak Masak Apa..

Huhu... Memang masalah  besar bila idea tak dak nak masak apa.. Kering! Selera pun cam ilang jer...
Camna berat nak naik...

Think yati.
Nak makan apa yer?
Kakak, adik nak makan apa? Tanya anak-anak kut kut depa teringin nak makan apa-apa. Ni jawapan depa.. ' kami tak tau nak makan apa'. huhu parah lagu ni...

En. Suami nak makan apa?
Awak masak la apa pun. Saya tak tau nak makan apa hari  ni.. waaaa!

Inilah cerita tak tau nak makan apa di hari cuti sempena Nuzul Quran. Setelah puas berfikir, maka saya pun keluar pi klinik ( Aismar tak sihat),  singgah bank dan ke kedai frozen food. Pusing keliling kedai tu, tak jugak jumpa apa yang saya cari. Tanya kat tokei kedai, rupanya tak juai.

Then, terus ke Giants. Nasib baik ada... ambik 2 paket lamb. Murah jugak reganya, tengah offer kot... Balik rumah basuh dan marinate dengan bahan yang ada kat rumah.

Lamb Chop Mudah



Antara bahan-bahan yang di gunakan untuk marinate adalah sos bbq, sos blackpaper, sos tiram, rosemary dan sedikit garam.

Inilah hasil campuran bahan-bahan tadi. Biarkan selama 2 jam sebelum memanggangnya. Untuk panggang, boleh guna oven atau magic pan.


Ini saja gambar yang sempat di ambil. Gambar yang di hidangkan tak sempat nak ambil disebabkan lamb chop ni macam memanggil-manggil saya untuk di masukkan ke dalam mulut. hahaha...

Geng lamb chop ni tentulah coleslaw & whipped potato. Coleslaw tu hanya campuran kobis, carrot, susu pekat & mayonnaise. Sebelum campur mayonis 7 susu, kobis dan carrot di celur terlebih dahulu dengan air panas. Langkah ini adalah untuk mengekalkan kerangupan kobis dan carrot.

Whipped potato tu Mil yang sediakan. Guna whipped potato segera. Just campurkan air panas, garam & fresh milk.

Kuih pula, minta en. suami beli kat param. Settle iftar sempena cuti Nuzul Quran.

Hari ini dan hari kerja yang lain adalah hasil carian di Param. hihi... Nampak kan betapa cik ti tak tau nak masak apa untuk iftar.

Selamat berbuka puasa untuk semua.

#PrayforGAZA!

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers