Mak Aiiii .. Mahalnya!

4:29 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Terkejut Cik Ti nengok jadual harga baru untuk lesen moto & kereta. Mahaiii nak mamp**. 
Nasib baik Cik Ti dah ada lesen... Dulu masa Cik Ti ambik dalam 6 ratus ja.. Kalau la baru nak ambik jenuh nak menabung... huhu. 

Rasa tak berbaloi nak ambik lesen. Takde kawalan ka? Jangan la camni... Mau nanti ramai yang tak dak lesen. Terseksa mak bapak nak sponsor anak ambik lesen... :(


Agak-agak la kan, zaman anak Cik Ti nanti berapa pula la yer?

0 comments:

Tak Tahu Nak Masak Apa..

Huhu... Memang masalah  besar bila idea tak dak nak masak apa.. Kering! Selera pun cam ilang jer...
Camna berat nak naik...

Think yati.
Nak makan apa yer?
Kakak, adik nak makan apa? Tanya anak-anak kut kut depa teringin nak makan apa-apa. Ni jawapan depa.. ' kami tak tau nak makan apa'. huhu parah lagu ni...

En. Suami nak makan apa?
Awak masak la apa pun. Saya tak tau nak makan apa hari  ni.. waaaa!

Inilah cerita tak tau nak makan apa di hari cuti sempena Nuzul Quran. Setelah puas berfikir, maka saya pun keluar pi klinik ( Aismar tak sihat),  singgah bank dan ke kedai frozen food. Pusing keliling kedai tu, tak jugak jumpa apa yang saya cari. Tanya kat tokei kedai, rupanya tak juai.

Then, terus ke Giants. Nasib baik ada... ambik 2 paket lamb. Murah jugak reganya, tengah offer kot... Balik rumah basuh dan marinate dengan bahan yang ada kat rumah.

Lamb Chop Mudah



Antara bahan-bahan yang di gunakan untuk marinate adalah sos bbq, sos blackpaper, sos tiram, rosemary dan sedikit garam.

Inilah hasil campuran bahan-bahan tadi. Biarkan selama 2 jam sebelum memanggangnya. Untuk panggang, boleh guna oven atau magic pan.


Ini saja gambar yang sempat di ambil. Gambar yang di hidangkan tak sempat nak ambil disebabkan lamb chop ni macam memanggil-manggil saya untuk di masukkan ke dalam mulut. hahaha...

Geng lamb chop ni tentulah coleslaw & whipped potato. Coleslaw tu hanya campuran kobis, carrot, susu pekat & mayonnaise. Sebelum campur mayonis 7 susu, kobis dan carrot di celur terlebih dahulu dengan air panas. Langkah ini adalah untuk mengekalkan kerangupan kobis dan carrot.

Whipped potato tu Mil yang sediakan. Guna whipped potato segera. Just campurkan air panas, garam & fresh milk.

Kuih pula, minta en. suami beli kat param. Settle iftar sempena cuti Nuzul Quran.

Hari ini dan hari kerja yang lain adalah hasil carian di Param. hihi... Nampak kan betapa cik ti tak tau nak masak apa untuk iftar.

Selamat berbuka puasa untuk semua.

#PrayforGAZA!

0 comments:

Suntikan & Puasa...

12:37 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Suntikan & Puasa

Alhamdulillah... Minggu ni dah masuk minggu ke 28. Baby pun aktif bergerak... Monthly check up di klinik ibu & anak berjalan dengan lancar.. Minggu ni HB dan berat badan turun pula. Maybe di sebabkan puasa... Makan pun yang lalu di tekak ja... Buah pun setakat jus buah-buahan. Tak seperti ketika sebelum puasa... Lunch 2 @ 3 peket buah masa lunch... Jadinya dua minggu lagi kena check lagi. Dan bila masuk 7 bulan ni, kena check up 2 minggu sekali.

Dulu malas nak ke klinik sebab kena tunggu lama.. Nasib baik kali ni by appointment. Tak perlu tunggu berjam-jam untuk sampai giliran sendiri.. Dulu klinik ini amalkan first come first serve... Time change. For a better serve.

Minggu ni sepatutnya kena suntikan. Tapi di sebabkan HB turun, maka suntikan di tangguhkan ke next appointment. Hihi nasib baik tak kena inject.. seram ooo tengok jarum tu. # Mummymanja!

Bulan lepas masa nurse bagitau kena inject masa appointment kali ini, rasa was-was pula.. Persoalannya, suntikan ini membatalkan puasa atau tidak.Nurse bagitau tak batal.. So, untuk menghilangkan rasa was-was tu... Cik Ti pun google tentang suntikan di bulan ramadhan. Dan jawapannya adalah TIDAK BATAL...

Bagi yang hendak tahu dengan lebih lanjut tentang suntikan di bulan ramadhan boleh la ke web berikut:

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/08/suntikan-adakah-batal-puasa.html
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html

Actually, banyak laman web yang membicarakan tentang puasa dan suntikan. Boleh pilih...

Inilah cerita di pagi hari minggu. Now Cik Ti nak mengadap baju bajan yang bertimbun... ada yang nak lipat dan ada yang nak di iron.

Selamat berbuka semua.

0 comments:

Aisya Si Tepung Gomak

2:08 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Nak marah pun tak boleh .. Cam Cik Ti gak masa kecik-kecik dulu. Suka sangat main bedak... Kalau boleh biaq sampai habis satu botol.. Perangai tu dah turun kat anak dara Cik Ti... 


Cer tengok cara dia pakai bedak. Cam tepung gomak ... Ambil gambar selepas tertangkap dengan Cik Ti masa tengah syiok dok main bedak... Pastu boleh pula buat muka tak bersalah. Aduhai anak!

Bila suruh ratakan bedak tu, tak nak pulak. biar camtu ja sampai hilang sendiri... Nasib baik time nak tidoq. Kalau time pi sekolah mau tak dak orang kawan ngan kakak... 
Geram tau. Meh picit hidung tu sikit..

0 comments:

Kutu Pinggan Mangkuk

1:54 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Korang penah main kutu? Mesti penah kan! Cik Ti pun main gak kutu ni.. tapi bukan kutu pinggan mangkuk cawan periuk belanga... Cik Ti main kutu duit sebab kalau duit boleh beli barang macam-macam. Tambah-tambah barang yang kita dok ushar ja selama ni... 

Lagi satu, kalau nak main kutu lebih baik main dengan orang-orang yang kita kenal. Bukan apa takut ada yang dapat awai terus hilang dan tak dapat contact. Kan naya diri sendiri dan ahli yang lain...

Dua bulan lepas, masa encik suami kat tempat kerja lama...  dia kena paksa ngan geng kaum hawa department dia untuk join depa main kutu pinggan mangkuk. Depa tak cukup orang katanya... So, dia pun join dan suruh Cik Ti pilih yang mana berkenan... Kalau boleh nak beli semua yang baru. Tapi membeli biarlah yang berbaloi... 

Untungkan Cik Ti! Raya ni takyah nak pikiaq beli pinggan mangkuk baru... Terima kasih encik suami. Nanti beli lagi yer...

Antara yang nak jadi pilihan hati... 

Yang ni ke... Yang tu ker...


Ke yang ini...


 Agak-agak korang la kan, yang mana satu cik ti pilih yer...

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers