May 2014 - Cahaya Hayati

23 May 2014

5 Bulan 2 Minggu..

May 23, 2014 0
5 Bulan 2 Minggu..
As Salam.

Pepagi dah semangat meng'update' blog. Ini buat penambah semangat untuk siapkan report... Hmmm
Lately ni macam terlampau banyak kerja dan kekadang tu rasa tertekan.. Tak saboo nak cuti 3 bulan. :D

Usia kandungan sekarang dah 5 bulan 2 minggu. Baby dah semakin aktif bergerak... Selera makan dah bertambah. Asyik lapar ja.. TAPI still tak boleh nak bau tumis, rempah dan makan ikan. huhu.. Sabar. 4 bulan lagi ja...  Bukan apa, kekadang tu rindu nak makan makanan yang masak sendiri...  Sian kat anak-anak dan en. suami. Sabar ye, lagi 4 atau 5 bulan lagi!

Persiapan barang baby.. belum beli apa pun. Maybe lepas raya baru nak start beli... Tak banyak sebab baju kakak dan abangnya masih ada. In sha Allah masih boleh digunakan lagi sebab baju new born kakak dan abangnya hanya pakai ketika dalam pantang..  Pastu dah tak muat.

lastly sekeping gambar mak yong yang perutnya tersembunyi di bawah meja. hihihi... Ini gambar masa event semalam kat EQ.


Bye.

21 May 2014

Yang Tak Di Duga

May 21, 2014 0
Yang Tak Di Duga
Al Fatihah di atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah iaitu Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Takziah kepada keluarga Almarhum.

Yang tak di duga pula adalah tadika anak-anak umumkan cuti apabila saya dah sampai ke opis... Aduh! Camna ni? Think....  Then, slow talk dengan cikgu dia minta tolong hantar balik... Nasib baik  cikgu setuju. Kalau tak penatla  saya nak patah balik then mai kerja balik... Dah buang masa kat jalan.

Yang cikgu pun kenapa la tak habaq awai-awai... Kan dah susah. Apa-apapun terima kasih di atas kerjasama dan kesudian untuk hantar anak-anak saya balik rumah...

Bukan saya penting kerja ttp keadaan yang tak mengizinkan..  anak-anak saya adalah nyawa saya.


19 May 2014

Good Luck!!!

May 19, 2014 0
Good Luck!!!
To my dear hubby,

Good luck for new jobs scope, new environment, new friend, new bosses and new management. Hehehe...

Alhamdulillah. Lega sangat-sangat bila en.  suami  dapat balik bekerja di Kulim Hi-Tech. Dekat banyakk dengan rumah...dan hati saya pun senang banyak. Sebelum ni, bimbang keselamatan dia berulang alik dari Kulim ke Bayan Lepas...  :D.


To my kids,

Good luck for first semester exam. Mummy & daddy sentiasa doakan yang terbaik. Segalanya untuk anak-anak mummy & daddy.

note: 

Zaman semakin canggih. Tadika zaman mummy & daddy dulu tak macam ni... setakat kenal abc dan nombor saja.. Darjah satu baru dok merangkak mengeja dan mengira.. Zaman sekarang anak-anak dah pandai membaca, mengira ( tambah dan tolak).

# Esok lusa sapa yang tau.

Kepenatanlah hari ini...

May 19, 2014 0
Kepenatanlah hari ini...
As salam.

Timbul tenggelam timbul tenggelam saja untuk tahun 2014 ni.. Macam chipsmore, sekejap ada sekejap tiada. Apa boleh buat, mood nak update berkurangan di tambah pula kesibukan sebagai pekerja, isteri dan ibu...
Jadinya, blog pun terabai....

Hari ni sedikit kepenatan setelah seminggu meninggalkan opis tersayang.. mood monday blues pun ada jugak. hehehe. Kenapa/kemana saya bercuti selama seminggu, nanti saya update yer...

Masih membaca dan menjawab email yang banyak dalam inbox... Harap-harap dapat di habiskan sebelum lunch. In Sha Allah..

Huawaaa... banyaknya keja. ni yang malas nak cuti lama-lama.

Chaiyokkk! U can do it...

si kurus dan si debab..

6 May 2014

Seronok Time Mengandung Bila...

May 06, 2014 0
Seronok Time Mengandung Bila...
Alhamdulillah.
Minggu rezeki minggu ni... Dah 2 hari berturut-turut dapat mangga muda free... 
Rezeki ibu mengandung dan anak dalam kandungan... Dan ini yang seronok bila mengandung. Rezeki yang tak putus-putus...  
Terima kasih kepada yang memberi.. Semoga di murahkan rezeki lagi.


Slurppp. Ibu mengandung ni dah telan airlior. Sampai umah jer, siap kau buah mangga... Kuah rojak mak bee dah ada kat rumah :D  Dah kena gu (lawan or kawan) orang kata.... 

2 May 2014

Kenapa Urus Pelaburan Sendiri?

May 02, 2014 0
Kenapa Urus Pelaburan Sendiri?
 As Salam.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya urus pelaburan sendiri... Hmmm. Jawapannya adalah saya boleh dapat LEBIH daripada saya melabur dalam ASB, Tabung Haji dan lain-lain.

Untuk pelaburan dalam unit trust pula, memang kita akan dapat lebih ttp perlu tunggu minimum 3 tahun untuk nampak hasil yang KETARA iaitu lebih dari 15%.. Tahun pertama dan kedua hasilnya dalam 10% sahaja.... 
Saya menulis berdasarkan pengalaman saya kerana sekarang ini saya melabur dalam unit trust menggunakan akaun 1 KWSP. 

Untuk cash saya urus sendiri dimana dengan modal RM3Kdengan portfolio bercampur-campur , saya dapat balik pulangan 10% untuk 1 saham dengan jumlah pelaburan RM 510 dalam masa 1 minggu... 


Jadi  bayangkan kalau 1 portfolio mendapat pulangan 10% dalam masa 1 bulan... Kalau 1 tahun berapa pula yer? Silah buat calculation sendiri.... :D

Inilah sebabnya saya urus pelaburan sendiri dan bakal urus akaun 1 KWSP suami... 

Jadi, jom urus pelaburan sendiri.. Bagi yang benar-benar berminat boleh letak contact number dalam comment box untuk perbincangan lanjut...