Selera Di Hari Minggu...

9:26 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Hari minggu lepas dan minggu sebelum tu, kira yang saya banyak duduk di dapur sambil buat eksperimen dengan makanan  yang saya belum pernah buat..  Request dari Aisya dan niat nak menambah kemahiran dalam baking.... Main-main dengan oven.

Khamis 16hb hari tu, kilang makanan segera di Perai telah buat promosi  produknya. Harga yang di tawarkan untuk setiap produk memang murah.. Saya telah membeli udang goreng tepung dan ikan senangin tempura (fish n chip).. So, malam tu goreng udang dan ikan tersebut. Yummy dan boleh beli lagi..


Esok paginya si Aisya request nak makan pancake. Boleh la mummy try pan yang mummy beli kat jeti Kuah hari tu... Untuk pancake ni saya guna tepung segera jenama Nago. Beli kat Tesco...  Kena tambah air dan telur... Guna separuh dan dapatla dalam 8 biji pancake.

My new kitchen toy..
Pancake segera.
  Si Aisya suka sangat dengan pancake. Makan berulang -ulang sampai habis.. Si adik pula prefer nasi goreng.
Di cicah dengan madu.. Yummy.
Sabtu malam pula, try buat ayam panggang ala-ala kenny rogers. Guna apa yang ada di dapur saja.. Sebelum tu try jugak google resepi tapi macam-macam version ada. So, decide untuk buat resepi sendiri.. Antara bahan-bahan yang di gunakan adalah sos black paper, sos bbq, lada sulah, maggi cukup rasa dan kicap manis. Di masukkan juga bersama kentang, tomato dan kacang sepat..

Ayam yang telah siap untuk di panggang. Gravy sendiri..
Tara, dah siap setelah di panggang selama 120 minit.. Ayam bersaiz besar... Untuk sos pula, saya buat sos blackpaper. Hubby kata macam makan ayam kenny rogers... Alhamdulillah.

fresh from oven..
Ready to eat..
Minggu sebelum tu, saya try buat ayam golek untuk di makan dengan nasi ayam. Untuk ayam ni lebih mudah sebab ayam di rebus dahulu untuk sup dan apabila separuh masak angkat. Pastu,  gaul dengan sos tiram dan kicap manis. Bakar selama 60 minit...

Alhamdulillah. Cukup rasa dan ayamnya cukup lembut... Untuk nasi ayam, saya akan kekal ayam style ni sebab tak menggunakan minyak. Boleh kurangkan kolesterol...



Bahagia bila dapat hidangkan makanan dari air tangan sendiri kepada keluarga.. So, pasni saya kena rajin lagi terutamanya untuk breakfast.... Motivation words for me ' U can do it'!

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers