Langkawi 2014 - Part 2 - Cahaya Hayati

19 Jan 2014

Langkawi 2014 - Part 2

Second day at Langkawi. Penuh satu hari ngan plan jalan-jalan... Dari under waterworld sehingga beras terbakar di Padang Mat Sirat...

Bermula pagi dalam kol 10 camtu gerak cari breakfast merangkap lunch (brunch) di restoran Hj. Jelani... Makanan so - so saja. Susah nak cari lauk melayu area Pantai Chenang...

Then, lepas makan gerak ke Underwater World. Masuk saja RM30 dewasa dan RM20 kanak-kanak. Ini harga dengan IC dan mykids. Mahai la sekarang ni... Dah la kat dalam tu takde apa sangat... Macam aquarium biasa saja.. Tak tahu la bagi yang suka ikan dan aquarium. Maybe boleh dapat inspirasi untuk hias aquarium di rumah...

Jom layan gambar di underwaterworld...





Daddy & Ammar..

Paksu & Aisya

Mak saya.. duduk bila tak larat nak jalan.

Paksu & Ammar..

Kena pau ngan budak ni...
Lepas Underwater World, pergi ke cable car... tak naik pun... just bawa mak pergi tengok cable car. Mak tak nak naik sebab dia gayat + takut. Me too...

Dari sini pergi  ke Beras Terbakar. Sunyi weiii... Agaknya bukan musim cuti sekolah tempat ni tak hidup. Kami ja yang ada kat situ..

laksa power

Dari sini kami singgah makan laksa power di tepi jalan belakang airport. Bukan gerai tapi lori yang jual makanan macam kat pasar malam.. Ada jual laksa dan rojak campur. Rega boleh dikatakan murah sebab kami ambik ketam seekor ( sebesar tapak tangan husband) dan campur dengan fish ball, ketam ball dan udang goreng tepung..

Gambar makanan tak boleh nak snap sebab batery tepon dah kong... Area makan sini best sebab betui-betui tepi pantai. Syiok... Angin pantai pun best. Sapa-sapa yang mai langkawi boleh try di sini...

Dari sini gerak balik ke homestay. Kepala sudah berat dan berdenyut... 

Malam keluar lagi..Bawa mak shopping sebab esok dah nak balik... Kepala saya still tak ok. Semakin teruk.. Bertahan. En suami yang memilih chocolate dan set sudu garfu yang di pesan oleh mak sedara suami.
Saya tak boleh tengok sebab rasa nak termuntah semua ada... Hajat di hati nak beli la set pinggan mangkuk.
semuanya tak kesempaian..

restoran nelayan

Then, pi makan di restoran nelayan. servis dan makan tip top. Rega pun ok... ketam 4 ekor, udang 10 ekor, ikan kerapu seekor, sotong goreng tepung 5 ekor rasanya, tomyam campur, bersama fresh oren 1 jug. Semuanya RM 160.00. Sama saja kalau makan seafood kat mana-mana..

Ketam masak  cili...
sotong goreng tepung.
Kerapu sweet sour. 
Actually kami order kerapu 3 rasa. Tapi perencah 3 rasa dah habih dan di tukarkan dengan sweet sour.  Rupa tak menarik tapi rasa memang umpph lah.

opps. Lupa nak bagitau on the way nak ke restoran nelayan ni, saya muntah-muntah. Nasib baik masa tu suami berenti tepi jalan sebab nak set gps. Malu wei... Macam mengandung je tapi takk.

Ni jer cerita hari kedua. Nanti saya sambung part 3 plak... Islang hoping. Tunggu yer....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan