Langkawi 2014 - Last Entry - Cahaya Hayati

30 Jan 2014

Langkawi 2014 - Last Entry

As Salam.

island hoping

Awal-awal tahun ni memang busy kan? Macam-macam perkara nak buat dan entry langkawi pun asyik tertangguh ja... Petang ni curi masa sikit untuk update.. :)

Hari ke-3, island hoping.  3 tempat iaitu pulau dayang bunting, helang dan pantai beras basah. Kami chartered bot dengan Company Ilham. Satu bot RM 230.00 ...  Kalau ramai boleh chartered satu bot sebab tak campur dengan pelancong lain. If berdua better campur sebab caj untuk sorang minimum RM50.. Pilihan di tangan anda.. 
Apa yang saya perhatikan, selalunya yang chartered satu bot adalah pelancong dari UAE. Walaupun berdua, depa akan chartered satu bot. Omputih plak, memang akan campur-campur dengan pelancong lain...

mula-mula takut pastu seronok pula...
Destinasi pertama, Pulau Dayang Bunting.. Kami tak singgah di sebabkan keadaan mak yang tak mengizinkan. Sakit lutut... Just tunjuk pulau dayang bunting. Then, cakap kat tukang bawa bot nak pergi tempat lain (tengok helang) dan lepak lama  sikit di pantai beras basah... Tapi driver bot tu macam tak nak tapi dia bawa kami pergi ke sangkar ikan.

Jeti tasik dayang bunting..
Ingatkan free or murah ja masuk untuk tengok ikan dalam sangkar ni... Sekali RM 15 sekepala.. Dah sampai, bayar la..  Kat sini, boleh tengok ikan big size ( ada yang sampai 100kg)... Boleh bagi ikan makan. Makanan ikan di sediakan oleh owner ( dah bayar mahalkan!). Selain itu, owner ikan sangkar ini juga menyediakan bilik kepada yang berminat untuk pancing ikan...  Tak ingat rate dia berapa..                           

Pintu masuk ke sangkar ikan..

Posing sikit..
Hubby posing ngan penyu...  Berat penyu ni dalam 50 kilo. 
Lepas tengok ikan dalam sangkar, tengok helang pula.. Gambar tak ambil.. Guna phone camera ja. Lagipun saya takut phone jatuh dalam laut... Nanti hilang plak gadget kesayangan saya ni...

Hentian terakhir adalah pantai beras basah. Pantai yang  sangat cantik tapi tidak di sediakan kemudahan seperti toilet. Perlu di tambah kemudahan untuk kebaikan.. Yelahkan bila ada orang tiba-tiba nak ukh-ukh. Nak pi tang mana? Dalam hutan? ada berani?...

Sampai sini dalam kol 11.00 camtu.. Panaih tapi budak-budak ni memang tak reti panas ka sejuk ka janji dapat mandi laut... biar ja depa mandi laut.. Pantau dari jauh ja sebab pantai kat sini landai ja... Ombak pun kecil.
Main pasir sorang-sorang..
Aisya... 

Me.. 
 Kat sini kena berjaga-jaga sikit. Jangan tinggal makanan tanpa ada yang menunggu..  Ada tetamu yang tak di sangka akan datang dan ambil makanan... Bukan seekor tapi berpuluh-puluh ekor...  Tak takut plak tu.

Ada pengunjung yang beri makanan kepada monyet-monyet ni..
Dah habis island hoping, balik homestay, makan, mandi dan bersiap ke Jeti.. Bye langkawi. Ada masa kami datang lagi...
Makan ice cream sambil tunggu mummy shopping kat jeti kuah...

No comments:

Post a Comment