23 Januari - Cahaya Hayati

26 Jan 2014

23 Januari

As Salam.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah... Dah 6 tahun usia anak dara saya. Sat sangat masa berlalu.. Msih teringat masa saya baru dapat tahu mengandung... pastu alah-alah tak boleh bau tu, tak boleh bau ni... Sakit bersalin dan berpantang. Hmmm.. teringin nak ulang proses tu tapi untuk nombor 3 la.. Doakan saya yer....

So, 23 Januari hari tu kami sekeluarga sambut besday Aisya di rumah saja. Sambutan pun dalam keadaan kelam kabut. Sehari sebelum tu, lebih kurang dalam kol 6 petang.. Jiran kampung tepon dan bagitau adik saya 3 beranak accident. Isteri dia agak teruk... Dah bawa ke hospital sultanah bahiyah. Keadaan sebenar tak dapat tahu lagi...

So, call mak mertua dia dan tanyakan khabar... Masih dalam wad kecemasan. Discuss dengan suami dan decide balik kampung keesokkannya selepas hantar Aisya dan Ammar ke Tadika. Terus ke hospital... Adik just patah jari 1 tangan dan 1 jari kaki.. Plus luka-luka.. Isteri dia luka agak teruk di kepala, dagu dan tangan tak boleh gerak... Tiada patah-patah. Alhamdulillah semuanya selamat. 

Petang tu balik dari kampung dan singgah beli kek di secret recipe. Ingat nak try buat sendiri tapi keadaan tak mengizinkan... 


chocolate indulgence
Post istimewa dari besday girl..
Kami hanya sambut dengan potong kek dan makan kfc ja. Bukan sambutan yang penting tapi ingatan keluarga yang penting.. Tak meriah tapi istimewa. 

Then, sesi suap menyuap..

Mummy..
Adik pun nak jugak..
Daddy suap kakak. Istimewa ni...
Dan ini hadiah yang diminta untuk besday ke -6.


Si adik pun nak jugak! Hadiah besday in advance....


happy birthday kakak Aisya Nur Safeeya. Semoga kakak menjadi anak yang soleh dan boleh berbakti kepada mummy, daddy, keluarga dan masyarakat. We love u...

No comments:

Post a Comment