January 2014 - Cahaya Hayati

30 Jan 2014

Langkawi 2014 - Last Entry

January 30, 2014 0
Langkawi 2014 - Last Entry
As Salam.

island hoping

Awal-awal tahun ni memang busy kan? Macam-macam perkara nak buat dan entry langkawi pun asyik tertangguh ja... Petang ni curi masa sikit untuk update.. :)

Hari ke-3, island hoping.  3 tempat iaitu pulau dayang bunting, helang dan pantai beras basah. Kami chartered bot dengan Company Ilham. Satu bot RM 230.00 ...  Kalau ramai boleh chartered satu bot sebab tak campur dengan pelancong lain. If berdua better campur sebab caj untuk sorang minimum RM50.. Pilihan di tangan anda.. 
Apa yang saya perhatikan, selalunya yang chartered satu bot adalah pelancong dari UAE. Walaupun berdua, depa akan chartered satu bot. Omputih plak, memang akan campur-campur dengan pelancong lain...

mula-mula takut pastu seronok pula...
Destinasi pertama, Pulau Dayang Bunting.. Kami tak singgah di sebabkan keadaan mak yang tak mengizinkan. Sakit lutut... Just tunjuk pulau dayang bunting. Then, cakap kat tukang bawa bot nak pergi tempat lain (tengok helang) dan lepak lama  sikit di pantai beras basah... Tapi driver bot tu macam tak nak tapi dia bawa kami pergi ke sangkar ikan.

Jeti tasik dayang bunting..
Ingatkan free or murah ja masuk untuk tengok ikan dalam sangkar ni... Sekali RM 15 sekepala.. Dah sampai, bayar la..  Kat sini, boleh tengok ikan big size ( ada yang sampai 100kg)... Boleh bagi ikan makan. Makanan ikan di sediakan oleh owner ( dah bayar mahalkan!). Selain itu, owner ikan sangkar ini juga menyediakan bilik kepada yang berminat untuk pancing ikan...  Tak ingat rate dia berapa..                           

Pintu masuk ke sangkar ikan..

Posing sikit..
Hubby posing ngan penyu...  Berat penyu ni dalam 50 kilo. 
Lepas tengok ikan dalam sangkar, tengok helang pula.. Gambar tak ambil.. Guna phone camera ja. Lagipun saya takut phone jatuh dalam laut... Nanti hilang plak gadget kesayangan saya ni...

Hentian terakhir adalah pantai beras basah. Pantai yang  sangat cantik tapi tidak di sediakan kemudahan seperti toilet. Perlu di tambah kemudahan untuk kebaikan.. Yelahkan bila ada orang tiba-tiba nak ukh-ukh. Nak pi tang mana? Dalam hutan? ada berani?...

Sampai sini dalam kol 11.00 camtu.. Panaih tapi budak-budak ni memang tak reti panas ka sejuk ka janji dapat mandi laut... biar ja depa mandi laut.. Pantau dari jauh ja sebab pantai kat sini landai ja... Ombak pun kecil.
Main pasir sorang-sorang..
Aisya... 

Me.. 
 Kat sini kena berjaga-jaga sikit. Jangan tinggal makanan tanpa ada yang menunggu..  Ada tetamu yang tak di sangka akan datang dan ambil makanan... Bukan seekor tapi berpuluh-puluh ekor...  Tak takut plak tu.

Ada pengunjung yang beri makanan kepada monyet-monyet ni..
Dah habis island hoping, balik homestay, makan, mandi dan bersiap ke Jeti.. Bye langkawi. Ada masa kami datang lagi...
Makan ice cream sambil tunggu mummy shopping kat jeti kuah...

26 Jan 2014

23 Januari

January 26, 2014 0
23 Januari
As Salam.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah... Dah 6 tahun usia anak dara saya. Sat sangat masa berlalu.. Msih teringat masa saya baru dapat tahu mengandung... pastu alah-alah tak boleh bau tu, tak boleh bau ni... Sakit bersalin dan berpantang. Hmmm.. teringin nak ulang proses tu tapi untuk nombor 3 la.. Doakan saya yer....

So, 23 Januari hari tu kami sekeluarga sambut besday Aisya di rumah saja. Sambutan pun dalam keadaan kelam kabut. Sehari sebelum tu, lebih kurang dalam kol 6 petang.. Jiran kampung tepon dan bagitau adik saya 3 beranak accident. Isteri dia agak teruk... Dah bawa ke hospital sultanah bahiyah. Keadaan sebenar tak dapat tahu lagi...

So, call mak mertua dia dan tanyakan khabar... Masih dalam wad kecemasan. Discuss dengan suami dan decide balik kampung keesokkannya selepas hantar Aisya dan Ammar ke Tadika. Terus ke hospital... Adik just patah jari 1 tangan dan 1 jari kaki.. Plus luka-luka.. Isteri dia luka agak teruk di kepala, dagu dan tangan tak boleh gerak... Tiada patah-patah. Alhamdulillah semuanya selamat. 

Petang tu balik dari kampung dan singgah beli kek di secret recipe. Ingat nak try buat sendiri tapi keadaan tak mengizinkan... 


chocolate indulgence
Post istimewa dari besday girl..
Kami hanya sambut dengan potong kek dan makan kfc ja. Bukan sambutan yang penting tapi ingatan keluarga yang penting.. Tak meriah tapi istimewa. 

Then, sesi suap menyuap..

Mummy..
Adik pun nak jugak..
Daddy suap kakak. Istimewa ni...
Dan ini hadiah yang diminta untuk besday ke -6.


Si adik pun nak jugak! Hadiah besday in advance....


happy birthday kakak Aisya Nur Safeeya. Semoga kakak menjadi anak yang soleh dan boleh berbakti kepada mummy, daddy, keluarga dan masyarakat. We love u...

21 Jan 2014

Selera Di Hari Minggu...

January 21, 2014 0
Selera Di Hari Minggu...
Hari minggu lepas dan minggu sebelum tu, kira yang saya banyak duduk di dapur sambil buat eksperimen dengan makanan  yang saya belum pernah buat..  Request dari Aisya dan niat nak menambah kemahiran dalam baking.... Main-main dengan oven.

Khamis 16hb hari tu, kilang makanan segera di Perai telah buat promosi  produknya. Harga yang di tawarkan untuk setiap produk memang murah.. Saya telah membeli udang goreng tepung dan ikan senangin tempura (fish n chip).. So, malam tu goreng udang dan ikan tersebut. Yummy dan boleh beli lagi..


Esok paginya si Aisya request nak makan pancake. Boleh la mummy try pan yang mummy beli kat jeti Kuah hari tu... Untuk pancake ni saya guna tepung segera jenama Nago. Beli kat Tesco...  Kena tambah air dan telur... Guna separuh dan dapatla dalam 8 biji pancake.

My new kitchen toy..
Pancake segera.
  Si Aisya suka sangat dengan pancake. Makan berulang -ulang sampai habis.. Si adik pula prefer nasi goreng.
Di cicah dengan madu.. Yummy.
Sabtu malam pula, try buat ayam panggang ala-ala kenny rogers. Guna apa yang ada di dapur saja.. Sebelum tu try jugak google resepi tapi macam-macam version ada. So, decide untuk buat resepi sendiri.. Antara bahan-bahan yang di gunakan adalah sos black paper, sos bbq, lada sulah, maggi cukup rasa dan kicap manis. Di masukkan juga bersama kentang, tomato dan kacang sepat..

Ayam yang telah siap untuk di panggang. Gravy sendiri..
Tara, dah siap setelah di panggang selama 120 minit.. Ayam bersaiz besar... Untuk sos pula, saya buat sos blackpaper. Hubby kata macam makan ayam kenny rogers... Alhamdulillah.

fresh from oven..
Ready to eat..
Minggu sebelum tu, saya try buat ayam golek untuk di makan dengan nasi ayam. Untuk ayam ni lebih mudah sebab ayam di rebus dahulu untuk sup dan apabila separuh masak angkat. Pastu,  gaul dengan sos tiram dan kicap manis. Bakar selama 60 minit...

Alhamdulillah. Cukup rasa dan ayamnya cukup lembut... Untuk nasi ayam, saya akan kekal ayam style ni sebab tak menggunakan minyak. Boleh kurangkan kolesterol...



Bahagia bila dapat hidangkan makanan dari air tangan sendiri kepada keluarga.. So, pasni saya kena rajin lagi terutamanya untuk breakfast.... Motivation words for me ' U can do it'!

19 Jan 2014

Langkawi 2014 - Part 2

January 19, 2014 0
Langkawi 2014 - Part 2
Second day at Langkawi. Penuh satu hari ngan plan jalan-jalan... Dari under waterworld sehingga beras terbakar di Padang Mat Sirat...

Bermula pagi dalam kol 10 camtu gerak cari breakfast merangkap lunch (brunch) di restoran Hj. Jelani... Makanan so - so saja. Susah nak cari lauk melayu area Pantai Chenang...

Then, lepas makan gerak ke Underwater World. Masuk saja RM30 dewasa dan RM20 kanak-kanak. Ini harga dengan IC dan mykids. Mahai la sekarang ni... Dah la kat dalam tu takde apa sangat... Macam aquarium biasa saja.. Tak tahu la bagi yang suka ikan dan aquarium. Maybe boleh dapat inspirasi untuk hias aquarium di rumah...

Jom layan gambar di underwaterworld...





Daddy & Ammar..

Paksu & Aisya

Mak saya.. duduk bila tak larat nak jalan.

Paksu & Ammar..

Kena pau ngan budak ni...
Lepas Underwater World, pergi ke cable car... tak naik pun... just bawa mak pergi tengok cable car. Mak tak nak naik sebab dia gayat + takut. Me too...

Dari sini pergi  ke Beras Terbakar. Sunyi weiii... Agaknya bukan musim cuti sekolah tempat ni tak hidup. Kami ja yang ada kat situ..

laksa power

Dari sini kami singgah makan laksa power di tepi jalan belakang airport. Bukan gerai tapi lori yang jual makanan macam kat pasar malam.. Ada jual laksa dan rojak campur. Rega boleh dikatakan murah sebab kami ambik ketam seekor ( sebesar tapak tangan husband) dan campur dengan fish ball, ketam ball dan udang goreng tepung..

Gambar makanan tak boleh nak snap sebab batery tepon dah kong... Area makan sini best sebab betui-betui tepi pantai. Syiok... Angin pantai pun best. Sapa-sapa yang mai langkawi boleh try di sini...

Dari sini gerak balik ke homestay. Kepala sudah berat dan berdenyut... 

Malam keluar lagi..Bawa mak shopping sebab esok dah nak balik... Kepala saya still tak ok. Semakin teruk.. Bertahan. En suami yang memilih chocolate dan set sudu garfu yang di pesan oleh mak sedara suami.
Saya tak boleh tengok sebab rasa nak termuntah semua ada... Hajat di hati nak beli la set pinggan mangkuk.
semuanya tak kesempaian..

restoran nelayan

Then, pi makan di restoran nelayan. servis dan makan tip top. Rega pun ok... ketam 4 ekor, udang 10 ekor, ikan kerapu seekor, sotong goreng tepung 5 ekor rasanya, tomyam campur, bersama fresh oren 1 jug. Semuanya RM 160.00. Sama saja kalau makan seafood kat mana-mana..

Ketam masak  cili...
sotong goreng tepung.
Kerapu sweet sour. 
Actually kami order kerapu 3 rasa. Tapi perencah 3 rasa dah habih dan di tukarkan dengan sweet sour.  Rupa tak menarik tapi rasa memang umpph lah.

opps. Lupa nak bagitau on the way nak ke restoran nelayan ni, saya muntah-muntah. Nasib baik masa tu suami berenti tepi jalan sebab nak set gps. Malu wei... Macam mengandung je tapi takk.

Ni jer cerita hari kedua. Nanti saya sambung part 3 plak... Islang hoping. Tunggu yer....

16 Jan 2014

Langkawi 2014 - Part 1

January 16, 2014 0
Langkawi 2014 - Part 1
As Salam.

Sekarang ni asyik takdak masa ja nak update entry baru... Camna nak collect bonus dari nuffnang banyak-banyak?

Oklah ini citer pi langkawi untuk tahun 2014. Tunaikan janji nak bawa mak pi jalan-jalan ke langkawi.. Bagi mak rehat dan nikmati percutian... Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT. Ada rezeki lagi, in Sha Allah akan saya  bawa untuk tunaikan haji. Semoga di permudahkan...

Bertolak dari kampung jam 10.00 pagi.. Biasala yang itu yang ini... Last2 kol 10 baru boleh siap. singgah makan kat pokok sena... Then terus ke Kuala Perlis. Sampai sana jam  dekat kol 12.00 camtu.. Hanya ada tiket kol 1.00 ptg ja.. Tunggu dan terus menunggu feri. Nasib baik tak delay kali ni...

Zasss! Dah sampai jeti kuah..

Sampai ja, Pak Cik Salahuddin dah tunggu dengan keta yang kami sewa dan dia tunjukkan jalan ke homestay sekali. Baguih  betui pak cik ni ngan tauke homestay sebab  tak suruh bayar baki duit homestay dan duit sewa keta. Dia cakap masa nak pulang nanti baru bagi...

 Pastu, keluar tapau makan tengahari @ 4.00 petang. Lepas makan masing-masing dah tak larat angkat mata..Cadang nak keluar jalan-jalan dalam kol 6 ptg. Terus cancel sebab katil tilam kat homestay lagi kuat godaannya..

Malam tu, pi jalan-jalan kat dataran lang dan batu cerita tapi sebab takde orang kami dok sat saja... Ada la 2 tiga pekerja asing dok punggah kemah dan pentas kat situ...

At Dataran Lang
Dari dataran lang, kami ke kawasan perniagaan Pandak Mayah ( area Hj Ismail Group tu..). Singgah night market kat situ... Takde yang berkenan. Suruh mak cuba urut kaki dekat pasar malam tu... mak kata best dia urut. Hilang rasa kebas-kebas...

Lepas tu pergi makan area situ juga iaitu di Uncle Jai Cafe. Service pantas dan makan pun sedap-sedap belaka... Rega standard kedai western la..

Nasi goreng ayam
set bubur nasi... sedap.
pilihan saya.. Fish n chip.
Pilihan en. suami - Lamb chop
Ni jer cerita untuk hari pertama di langkawi...

Part 2 nanti saya update cerita jalan-jalan sampai saya sakit kepala & muntah... :P 
Then kena perli ngan en. suami tersayang.. "Camna nak pi jalan jauh-jauh".. Saya sakit kepala okeh!

Terima kasih kerana sudi jenguk belog saya ni...

Salam Maulidur Rasul dari saya...


13 Jan 2014

Mom & Kids: 1st Baking Project - Love Cupcakes

January 13, 2014 0
Mom & Kids: 1st Baking Project - Love Cupcakes
Assalam.

Rindu saya tak? Lama kan saya tak update... Busy sikit awal tahun ni...
Jadual pun semakin padat. Pagi hantar Aismar pergi tadika.. Kalau En. Suami cuti dia yang hantar dan ambil... Kalau dia keja malam, saya hantar dan dia ambil.. Malam pula, jam 8 hantar Aismar mengaji iqra' di rumah ustazah belakang rumah ja... Sempat la iron baju or buat apa yang patut untuk esok pula. Macam tu la hari-hari..

Sekarang ni anak dara ni dah pandai request macam-macam. Nak buat sama-sama dengan mummy katanya.
So, bertambahlah lagi satu segment dalam blog mummy.. Mom & Kids Project! In Sha Allah saya  akan update banyak -banyak segment Mom & Kids ni..

Tukang bagi idea..
First project untuk segment Mom & Kids adalah baking - love cupcakes. Masa Aisya cakap ' mummy kita buat cupcake yer... Kakak suka makan cupcake'. Mulut iyakan... Tapiiii dalam hati macam-macam timbul... Yelah dah 7 tahun kot tak baking.. Dulu pun bab baking-baking ni selalu fail... Dulu resepi tengok kat majalah ja... Sekarang advance sikit, google ja. Hah! berlambak keluar... Tak tahu yang mana satu yang betui-betui... So, kena try & error dulu sampai dapat yang menjadi dan sedap.

Tukang makan...
Maka, sebelum pergi langkawi hari tu (citer langkawi saya belum update)... Sempat la buat cupcake perisa coklat.. Untuk first trial ni saya guna tepung cupcake segera jenama tesco...  Pertama kali kannnnn. Alhamdulillah menjadi. Dapatla dalam 20 biji camtu...  Kami dapat makan sorang satu ja, yang lain semua depa dua beradik ni cop nak bawa pi sekolah..

Love Cupcakes...
 Hari minggu tu, saya masak simple-simple ja. Nasi minyak bersama ayam masak merah, kurma telur dan jelatah timun. Alhamdulillah habih..

My Ayam Masak Merah..
Jelatah timun...
Kurma telur ...Kuah lebih, telur 2 biji ja.
Sekarang ni, saya or MIL hanya masak untuk lunch saja sebab malam kami sekeluarga kurangkan makan nasi.. Nasi sehari sekali ja... Konon-kononnya nak selim melim. Tapi berat badan tak turun-turun jugak. Aiyaaak. Kena pi London Weight Management kot.. 

2 Jan 2014

Happy New Year Millionaires!

January 02, 2014 0
Happy New Year Millionaires!
As Salam. 

Another year to create precious memories together,
Another year to discover new things to enjoy about each other,
Another year to build a life rich in love and laughter
Another year to work smart and become a Millionaires!

Happy New Year to Millionaires!


P/s: Bila semua barang jadi mahal, kita kena jadi millionaire la kannnnn! My doa...