loading...

Perlukah Jadi begini?

10:53 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalammualaikum wbt.

Huhu...
Mood cuti sekolah di mana- mana saja.
Termasuklah system yang company CH guna. Selalunya tak camni pun.
Start cuti sekolah jer jadi camni...

Huhuhu...
Camna CH nak cuti tanpa pikiaq pasai keja?
Sapa nak tolong jawab ni...

Error.

Bila jadi camni, CH boleh berblogging tanpa rasa bersalah.
Suke suke... 1000x. Sila 'like' jika anda suka & 'share' jika tak suka.
Pilihan di tangan anda.
hahahaha.

Tapikan dalam hati CH ni dok risau banyak lagi email tak reply, banyak keja lagi keja tak settle.
Esok dah nak cuti-cuti semalaya.
Tengok betapa dedikasinya CH bab keja ni.
Hahhaa... #moodmasukbakulangkatsendiri.

2 comments:

Jiwang di pagi khamis

8:59 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Pagi-pagi ni kita layan lagu jiwang dulu yer.. kasi semangat nak buat keja.
peewiiiit!

KENANGAN TERINDAH - SAMSONS

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

ohhh..........

Chorus :

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

-xoxo-

0 comments:

Romeo Kecik

3:27 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Selamat cuti sekolah.
Dan opis i pun sunyi jer minggu ni..

Bukan nak citer pasal cuti sekolah tapi nak cerita pasal Aismar. Dah lama tak dak entry pasal Aismar..
Jadi kita cerita pasal Ammar dulu lah yer..
Kakaknya nantilah... next entry.

Ni cerita pasal pi kenduri di Penang ahad hari tu..
Suka sungguh dia dengan bunga telur tu..
Yang paling CH tak boleh tahan tu siap gigit batang bunga sebab nak bagi CH bunga tu..
Kononnya gaya ala-ala romeo.. Hikhik..

Adik, Tak kan kecik-kecik dah tunjuk tokoh nak jadik romeo?
Nasib baik bagi kat mummy... Kalau tak ada yang kena cubit pipi.
hahahha

Romeo kecik + debab..
Masa kenduri ni, semua kenalan family Husband memanggil Ammar 'Zul junior'.
hehehhe... Tak dapat nak nafikan.
Like father like son.

-xoxo-

0 comments:

Tak puas hati dengan diri

10:32 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Yupp.
Tak dapat nak nafikan perasaan tersebut.
Lumrah hidup manusia di mana berkeinginan untuk menjadi menarik, cantik atau yang lebih tepat lagi kesempurnaan.

Sapa tak nak kesempurnaan kan?
Semua nak.. Sebab tu la ada yang sanggup labur wang untuk pembedahan plastik..
Sanggup tahan sakit demi nak cantik..

Tu yang nak cantik, bagi yang nak kelihatan menarik pula, sanggup habiskan wang dengan membeli barangan berjenama or limited edition.
Tak kira lelaki atau wanita. Sama saja..

Menurut sumber dari Harian Metro bertarikh 26 Mei 2013:

Lumrah manusia inginkan penampilan menarik dan kecantikan rupa paras. Pasti ada walaupun sekelumit perasaan cemburu melihat rakan-rakan yang memiliki kelebihan itu, kemudian mula memandang diri sendiri yang kelihatan jauh berbeza.

Kalau ketika muda tidak menjaga penampilan, bagaimana pula apabila sudah menjengah di usia senja? Dengan keadaan kulit yang makin berkedut, gigi yang sudah banyak luruh dan rambut yang beruban, pastinya penampilan tidak lagi seperti dulu. Itu juga lumrah.

Masalah ini yang kerap membelenggu diri golongan muda tidak kira lelaki atau perempuan, sehingga ada kisah yang penulis baca, sanggup membunuh diri kerana tidak cantik dan ada juga yang sanggup melakukan pembedahan plastik untuk menukar bentuk wajah atau badan menjadi kurus. Apakah kepentingan rupa paras dan penampilan ini? 

Secara keseluruhannya, rupa paras memang daya penarik seseorang untuk memiliki apa yang mereka suka, kemudian orang di sekeliling akan mudah untuk berkawan dengan mereka yang memiliki kecantikan ini.


Memang benar secara semula jadi manusia suka kepada kecantikan dan keindahan, tidak kira berkaitan dengan apa saja, kita pasti akan memilih yang cantik berbanding yang buruk dan lusuh. Ada yang pilih buruk baru melihat yang cantik? Memang pelik kalau ada yang dalam kategori itu.


Terutama apabila ingin memilih seseorang sebagai teman hidup. Kita sendiri dapat lihat, sebelum membawa pasangan masing-masing berjumpa ibu bapa, pasti seseorang itu akan meminta pasangan untuk berpakaian sopan dan menarik kerana bimbang jika ditolak dan dikatakan tidak sepadan. 

Namun apabila sudah mempunyai rupa yang menawan bak bidadari, janganlah pula sombong dan angkuh kerana semua itu sekadar pinjaman sementara Maha Esa.

Bagaimana pula bagi mereka yang tidak secantik orang lain? Apakah mereka perlu berasa rendah diri sehingga berjauh hati?

Segelintir kelompok masyarakat sendiri memandang serong mereka yang rupa paras tidak seberapa ini. Terutama yang berbadan besar, tidak ada yang mahu menjadikan mereka pasangan hidup dan teman. Kalau melihat kulit pula, yang putih akan dipilih dulu berbanding gelap. 

Apabila berasa diri tidak cantik, mereka akan mula mengasingkan diri dari dunia luar dan ada yang memakai produk kecantikan yang melampau, sehingga tidak kisah dengan tahap keupayaan badan, sama ada boleh menerima ubat-ubatan itu atau tidak. 

Kalau seseorang isteri pula, tentulah akan berlumba untuk membeli produk kecantikan yang terbaik, demi menarik perhatian suami, bimbang andai suami lari dan jatuh cinta dengan perempuan lain.

Ramai orang mengatakan, kalau jadi suri rumah sekalipun, orang perempuan perlu memastikan diri tidak berbau bawang. Bimbang suami hilang selera dan mudah berasa jemu.

Hakikatnya, cantik itu subjektif kerana penilaian dan pandangan setiap individu berbeza-beza. Mungkin kita melihat sesuatu pakaian itu cantik, tetapi orang lain yang memandang memberi komen yang berbeza.

Graduan yang ingin mendapatkan pekerjaan juga bimbang andai tidak dapat kerja hanya kerana tidak memiliki rupa paras menawan dan berasa diri tidak berkeyakinan untuk bergaya seperti orang lain. 

Rakan sebaya juga perlulah memberikan dorongan dan motivasi kepada mereka, jangan hanya tahu nak ketawakan mereka saja! Remaja jenis ini juga lebih cepat berasa hati, sensitif dan mudah menangis. 

Kita harus percaya kepada diri walaupun tidak mempunyai kelebihan dari segi paras rupa, barangkali ada kelebihan dan kesempurnaan lain yang kita sendiri tidak nampak. 


Secara kesimpulannya, kepercayaan dan keyakinan yang memainkan peranan kerana setiap manusia mempunyai kelebihannya tersendiri. 

CH bersyukur dengan apa adanya CH hari ini.

-xoxo-

0 comments:

Saya nak jadi Laneige K-Beauty Blogger

12:47 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Untuk pengetahuan readers, saya mempunyai masalah kulit yang agak serius.
Dah macam-macam product yang saya cuba.
still tak menghasilkan kulit seperti yang saya nak..

Sebagai peminat drama korea,kekadang tu geram yang artis K-Pop or retis korea. 
Gebu & nampak natural jer.
Macam tak bermekap... Cantik asli.
Serius, saya terlalu impikan kulit & make up cam tu.

Seriuskan masalah kulit saya....
So, bila nuffnang bagi peluang untuk sertai peraduan Laneige K-Beuty Blogger ia umpama saat-saat yang di tunggu-tunggu selama ini. Siapa tak nak kulit cantikkan?

Untuk product yang bakal menjadi kegemaran saya adalah product yang berasaskan air iaitu 'Water Science  Series'. Ini kerana product yang berasaskan air akan mengekalkan kelembapan kulit & menyihatkan kulit.
Yess! Saya pilih product ini untuk mengatasi masalah kulit saya.

Maklumat lanjut berkenaan water science series ini boleh di dapati di SINI


Untuk make up set pula saya hanya memerlukan 5 benda itu make up based, foundation, concealer untuk menutup jerawat & jeragat, bedak & lipstik.  Saya tak suka make up tebal... just nak nampak natural cam retis korea. Lagipun saya seorang yang simple.

 Pilihan make up saya dari product laneige ialah:

1. make up based:  Lumi block Primier
2. Foundation:  Perfect Pro BB kit
3. Concealer: Dark Circle concealer kit
4. Lipstick: Pure Glossy Lipstick


 Jom cantik macam k-pop dengan Laneige product.
Sesekali boleh perasan jadi k-pop kannnnnnnnnnnnn.

Maklumat lanjut berkenaan laneige product boleh di dapati dengan click link ini :

-xoxo-

0 comments:

State Event Lagikkkk...

10:59 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Sejak 2 menjak ni asyik buat entry pasal tempat kerja ja.Layan tau.. Sikit ja pasal tempat keja ni.

Baru ja abih satu event ada event lagikkk...
Adat dok state..
Meriah ngan event untuk capaikan target.

Kali ini adalah event Sales & Collection Hunt. CH punya part kat collection hunt.
CH tak keluar just buat keja kat opis. Kerja kat opis sebelum event adalah yang paling serabut.
Pembahagian data, transport, group dan lain-lain.
Yang tu sebelum start. Bila ending pula, sibuk kumpulkan data/collection.
Then beri kepada group pengurusan.

Part yang palingggg meriahhhh & syiok adalah part closing. Ada makan-makan.
Macam-macam menu.
hehhhe.


Nampak tak CH antara muka awai yang tak sabaq nak makan.
hehhe...

Camner nak kurus?
Sendiri mau ingat la kannnn.
-xoxo-

0 comments:

1H5W... ada sapa nak tolong?

12:14 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

What?
Why?
Who?
When?
Where?
How?

One H five W.. 
Otak CH terlalu blurr hari ini.
Satu report belum buat lagi...
Ada sesapa nak tolong CH? Silalah click button share/like...
hehhehe

Lebih kurang camni la bila CH blurr...  
Ngadu kat blog untuk kurangkan blurr..
Wachaa... pi main jauh-jauh!


p/s: Terima kasih kerana membaca. Entry ntah hapa-hapa bila dah terlampau blurrr..

0 comments:

Purple Ninja

9:41 PG Cahaya Hayati 2 Comments

2 minggu lepas, company CH ada buat hari sukan ( state event jer..)
Team CH dengan tema ninja purple..
dan kami menang tempat ke-2 untuk acara pembarisan...

ada gaya ninja tak?

2 comments:

Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook

12:05 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Ok. 
Semalam buka email GMail ... Dah lama tak tengok... 
Hohoho.. Dah banyak contest nuffnang yang terlepas.. Melepas CH.
Manatau boleh dapat 1st prize kannnnn!

So, hari ni update blog dengan semangat nak join contest nuffnang.
Kiranya dengan penuh semangat gitewww..



Ini berita baik kepada peminat gadget, yang suka kepada alat canggih manggih, peminat tegar IT...
Acer & Intel akan release product terbaru iaitu Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook.
Product terbaru ini adalah kerjasama Acer & Intel di mana ultrabook ini di kuasakan oleh i3 processor oleh Intel .

Canggihkan? Saksikan kecanggihan Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook melalui link video di bawah.
Silalah klik. Masih tak pandai nak masukkan video dalam blog. 
Doakan CH cepat pandai yer... Hihihi




Berbalik kepada product terbaru ini, product ini adalah ultraportable tablet. Senang nak bawa dan guna di mana-mana saja. Yang paling penting bateri dia tahan sampai 6 jam.... i likess

Bagi yang selesa menggunakan keyboard, Acer telah menciptakan/ menyediakan detachable keyboard . 
Jadi sediakan jari jemari anda dari sekarang untuk merasai touch centric keyboard  dengan 11.6 inci HD display screen.

Dream to have one...

0 comments:

Candy Crush

11:58 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Candy Crush Saga.
Game yang sedang fopular sekarang.
Hampir semua member FB sedang bermain ni..

Game ni menguji minda.
Silap langkah out of moves..
Berani membuat keputusan... Berani tanggung risiko.
Tak malu nak minta live dengan kawan2. 
Nak tau kita ni kedekut ke idak kalau kawan minta tolong... hehhee

Kalau nasib baik,
Segala langkah yang di ambil adalah menuju kejayaan..
hahhhaaa.. itulah CANDY CRUSH.

Aceli, banyak lagi.
Nak tau baca la 8 life lesson taught by CANDY CRUSH.


Untuk game ni, CH dah sampai level 70. 
Susahnye nak ke next level... 
Dah habih life tapi tak dapat-dapat gak...
camner tu?

0 comments:

Jelajah Blog : P.C.L

5:44 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

huhuhu..
Dah lama tak buat blog walking.
Tetiba hari ni ter-rajin berblog walking ke blog P.C.L.


Siapa P.C.L ni?
PCL atau dengan nama panjangnya Pak Cik Lee adalah pemilik blog http://www.nazlee.com.
PCL ni CH jumpa dalam google plus. Ramai pengikutnya..
 Gaya penulisan yang bersahaja dan banyak menghargai wanita..
Menegur kaum adam untuk lebih menghargai wanita...
Menyertakan hadith-hadith untuk memperingati sesama insan..
Menulis apa saja yang terlintas di fikiran..
Menulis berdasarkan hadith-hadith Al-Quran...
dan banyak lagi.

Nak tau kena la jelajah blog P.C.L Sendiri.
Klik SINI

p/s: 
Bila buat segment jelajah blog ja.. ayat terus jadi skema.... Tapi saya bukan minah skema yer..

0 comments:

Selit sikit...

12:38 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.


Tengah mood rajin nak update blog. 
Bila tengah rajin kena la update kannn..
hahhaha.

Minggu ni minggu yang agak busy bagi CH sebab banyak xtvt di jalankan dalan minggu.
Internal audit, Sales & Collection Hunt, hari telekomunikasi sedunia..

Minggu ni jugak la CH mendapat virus- virus demam + selsema.
Auchhoom.. tak sukanyaa..Nak MC keja plak tengah banyak...
hmmmm...

Nampak tak betapa seriusnya CH kalau buat keja... hahhaha
Saja jer masuk lift tekan sendiri..


Barisan staff yang akan di audit.
Sila jawab dengan telus. Semoga kesalahan atau kesilapan hari ini dapat di baiki dan tak berulang pada masa akan datang.
Demi ISO standard.
:)

0 comments:

Kisah Kehidupan : Tupperware Amira

8:31 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Kisah ini sedang popular di fb.
Siang tadi terbaca dan hampir mengalirkan air mata.. menginsafkan juga.
yer lah... kadang-kadang diri ini juga terlupa.
dan kisah ini juga mengingatkan diri ini agar peka dengan keadaan sekeliling..

Kisah ini adalah kisah 'Nasi Goreng Amira'. CH copy & paste dari FB saja.
Sama-samalah kita menghayatinya..


Begini kisahnya, waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu, dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap.

Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira, Mira..aku teringin nak makan nasi goreng kau, kau asyik bawak roti je, apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.

Amira termenung, nampak muka dia macam tak sedap. Alahh tak nak lah nasi goreng aku tak sedap lah.ko mesti tak nak makan nanti Alahhh ko bawak je, ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap ko bawak je la mesti sedap punya.

Ok la kau punya pasal esok aku bawak, aku bawak nasi goreng special untuk kau. Yeeaaahhh anak saya suka sangat sebab Amira setuju nak bawak nasi goreng esok.

Sampai di rumah, malam hari sebelum tidur. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu. Mak boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng ? Mak Mira terkejut apa sayang ? Esok Mira nak bawak nasi goreng, Kenapa? Esok Mira ada jamuan ke ?

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok, Mira bawak roti je la. Alahh mak boleh lah tak payah bubuh rencah pun tak apa, mak taruk telur je pun dah ok.

Ya lah baik la esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya, telur pun tinggal sebijik je tau dah malam-malam buta ni mana nak carik telur bawang pun dah habis tu takpe la mana yang ada je lah.

Keesokkannya dalam dalam kelas anak saya tanya Mira, Mira ko bawak nasik goreng tak ? Aku bawak ni Mira senyum.

Kau bawak tak Mira ? Bawak le aku bawak kan semalam dah janji.

Ok cayalah tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.

Jam 10.00 pagi loceng rehat bunyi mereka berdua berlari ke kantin nak tukar-tukar nasi goreng.
Sampai di kantin, Mira kau nak air tak? Hari ni aku belanja kau air, kau nak air apa? Aku belikan.

Alah tak kisah air apa-apa pun tak apa aku minum je.

Alahhh Mira kenapa ko tak buka bekal lagi ni, ko duk diam je kat situ apasal ? ya la aku tunggu kau datang bawak air kita buka bekal sama-sama.

ooo ya ker jom jom kita buka bekal.

Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik, Mata anak saya tidak berkelip.

Amira mana nasi goreng kau? Ko bawa apa ni ? Ni lah nasi goreng aku kau buka je lah.

Tuan atau Puan nak tau ? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon warna kuning bekas tu.

Amira kenapa kau letak nasi goreng dalam bekas Axion ni ? Mak ko tak marah ke ? Tak rasa sabun ke nanti ?

Tak la mak yang bubuh dalam bekas tu, kat rumah aku mana ada tupperware macam ko, memang kami pakai balik bekas sabun tu, standard la kami memang dah biasa macam ni.

Air mata anak saya mula bergenang tunggu masa untuk tumpah.

Mira kenapa kau tak cakap yang kau takde bekas untuk bawak nasi ni, aku boleh bagi kau bekas, kenapa kau tak cerita dengan aku Mira kau ni kan.

Mira tunduk tolong jangan nangis boleh tak ? Semalam kau yang cakap kau nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak ? Makan je la.

Mira aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kau, takpe lah Mira jom kita makan, kau makan nasi goreng aku, aku nak rasa nasi goreng ko.

Ehhh tak per..tak per..kau makan je nasik goreng kau, nasi goreng aku tak sedap bubuh dalam bekas sabun pula tu.

Mira jgn ckp mcm tu, bagi sini aku rasa nasi goreng kau, ya la rasa sesudu je kompom tak sedap tu.

Anak saya pun makan rasa sesudu, memang betul pun tak sedap, nasi goreng Amira putih meleset takda rencah, takda rasa pun tawar je, tapi anak saya tak kisah dia tak merungut pun.

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu, air mata dia plak berlinang, anak saya tanya kenapa kau nangis, dia cakap tak ada apa, takpelah, kita makan je la.

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya, saya menangis tapi saya tidak menangis semasa itu. Saya tidak mahu menangis di depan anak saya. Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis.

Selesai anak saya bercerita saya cakap kat anak saya, esok bawak bekas tupperware kat dapur tu bagi kat Amira ya cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.

Lepas tu saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta, sebenarnya bukan saya tengok kereta saya menangis semahunya kat tepi kereta tu, tak sangka sangat di zaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita sedih dan sayu hati ni.

Kepada orang kaya di luar sana ingatlah dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.

Saya berdoa kepada Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan Aminn.

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.


0 comments:

Satu Dua Tiga........

1:48 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Siang tadi Big Day rakyat Malaysia..
Malam ni malam penentuan sapa akan menang..
Sapa akan tadbir negara...
Sapa yang tadbir akakkk tak kesah...
Janji adil dan saksama.

CH?
Malam ni kena kerja..
Jadi jaga kat bilik gerakan company..
tik tok tik tok ...
Lambat lagi nak pagi ni..
Mata lak semakin memberat...
Harap-harap boleh bertahan sehingga pagi.

muka tahan mengantuk..  Mata pun dah tak larat nak angkat...
Ok.. Dah umum sapa yang tadbir Malaysia.
Setakat ini BN menang dengan 117 kerusi.
Bukan keputusan penuh.
Tapi majoriti adalah BN.
Setakat ini saja ttg politik negara.
Sebab CH tak pandai berpolitik...

Peace!


p/s: boleh tolong suggest product yang bagus untuk menyelesaikan masalah kulit CH? Nampak tak betapa besar jerawat di muka CH..
Malu tau!

0 comments:

Aktiviti Penghujung April 2013 - Part 2

5:11 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Baru-baru ni CH join xtvt tahunan kelab wanita tempat CH bekerja.
Best!
Walaupun tak banyak agenda tapi ilmu yang CH dapat tak ternilai.
Bukan senang nak hadiri majlis ilmu terutamanya dengan ilmuan/ pakar motivasi yang terkenal di Malaysia.
Bersyukur sangat di beri peluang..

Hari pertama xtvt adalah menghadiri majlis ilmu ' Bicara Ilmu oleh Datuk Abu Hassan Din, Ustaz Fauzi dan Ustaz Habib Ali Zainal Abidin. Di sini membincangkan betapa pentingnya seseorang itu mempunyai ilmu..
Setiap perkara yang di lakukan hendaklah di fikirkan terlebih dahulu... jangan ikut kehendak hati...

Yesss! Membuka minda dan hati CH. Bukan tak tahu tapi selalu ja ikut kehendak hati..
Nafsu tu...
So, bila dah dengar... insaf I. 

Kitalah Wanita....

Update yang ni dulu.. Nanti CH update xtvt 2nd day...

0 comments:

Bukan Pakar

Aku akui aku bukan pakar..
Tapi semangat belajar tetap ada..
Belajar nak cantikkan blog..
Belajar mencuri masa untuk update blog..
Gigih mencari idea untuk di taip dalam blog..

Hehhe...
Jadi harap faham kalau asyik bertukar wallpaper..
Asyik tak update..
Termerapu merapan dan sebagainya...

Kadang-kadang tu..
terjeles ngan blogger yang dah femes..
Yang boleh buat duit riban-riban setiap bulan..

Kalau lah aku camtu jugak...
Confirm aku jadi fulltime blogger..
best ooo...

Idea sendiri ttp di bayar..
serius aku suka...

korang?

Letak gambar sendiri ...

P/s: Gambar setelah seminggu menggunakan product Catalyst - Virgin Coconut Oil (Vco). Salah satu product yang CH guna untuk menyelesaikan masalah jerawat di usia 30an... Harap-harap berkesan. Tension tau bila dah  tua2 ni ada jerawat...

~ Peace~


0 comments:

Pengikut

Google+ Followers