Selepas 10 Tahun...

8:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Hampir 10 tahun tak jumpa...
Lost contact. Bawa haluan masing-masing. Bina kerjaya, bina rumahtangga dan mencapai impian masing2...
Tahun ini dalam sejarah kott... 

Masing2 mula contact balik. Sembang2 dalam FB & WhatsApp. Banyak cerita yang aku tak tahu rupanya...
huhu... Lupakan.

Minggu lepas, Wan n family dia datang Penang berfamily day di Pulau Jerejak. Sembang2 dan save a date untuk jumpa... Gembiranya. Wan ni room mate saya masa matrik... Pi mana pun berdua. Bila buat degree terpisah sebab saya ambik course lain dan dia buat banking... First year kena campak kat kuantan sebab tiada tempat untuk kami kat uum... Batch accounting student paling ramai (800+).

Tahun kedua balik UUM, kena campak pula kat kolej Aseania. Jauh dari kolej kediaman yang lain... So, campur pun ngan budak satu course saja... Terus lost contact dengan Wan. 

Wan ni kawan saya pergi makan, joging, study, shopping,  dan gosip2. Bak kata orang pi mana pun berdualah.  Orangnya ceria dan banyak cerita... 

Saya, Wan & Anak2 kami...
 Set dengan Wan jumpa kat restoran dan pergi melawat Tasya yang sedang berpantang anak no. 3. Ingatkan si Tasha ni dok area BM, sekali dok Kulim jugak... Ramai jugak kawan uni saya yang dok kulim.... Bestnyer!.  Lepas ni boleh la jumpa selalu....

Tasya, Saya & Wan.
Terima kasih Wan kerana buat jejak kasih ni... Terubat rindu ngan korang. Nanti jumpa lagi masa reunion..

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers