Sebelum Bermula Tahun Baru..

9:57 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Sebelum bermulanya tahun baru..

Pertamanya, ketika belanjawan di bentangkan kita di beritahu harga gula di naikkan untuk mengurangkan jumlah pengidap kencing manis... Takpalah bagi aku yang kurang mengambil gula. Mungkin ada hikmahnya..

Pastu, ada gosip-gosip petrol akan di naikkan... Fuhhh nasib tak naik. Kalau tak mau kawtim ngan blogger Azilah untuk carpool mai keja..

Yang terbaru, tarif elektrik di naikkan mulai Jan 2014. Cam tak adil jer... Cam tak adil jer... Sekarang pun bil eletrik RM 150++ sebulan. Kalau tahun depan, nampak gayanya boleh mencecah  RM 250. Kenapa banyak? Kat umah ni 2 bilik guna aircond... Kalau tak guna aircond tak boleh nak tidoq... Panas woooo


Pastu ada terbaca khabar angin mengatakan tol di seluruh negara akan di naikkan... Betul ke? Nanti saya share yer berita tu... Ada kat FB. Nak kena cari balik.. Kenaikan yang tak munasabah jugak!

Adalah munasabah untuk saya fikir camna nak berjimat pada tahun depan.. :) 
Dan saya tak kesah jika gaji saya juga naik 100% cam ahli parlimen..  Naiklah jika gaji saya jugak di naikkan 100%. :P # Takkanmungkinberlaku.

Kalau saya membebel sampai pagi esok pun, tarif ni akan naik juga sebab saya hanya orang biasa. So, saya stop kat sini ..

Jom kita sama-sama mendoakan mangsa banjir di Pantai Timur & Selatan. Semoga semua selamat...  Ini yang lebih baik....

-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers