Malang Yang Tak Di Duga

2:45 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalam. 
Lama tak update. Rindu sangat-sangat nak update... Tapi tulah, busy bebenor. 
Rasanya ramai yang dah tahu... Suami saya terlibat dengan kemalangan kecil (jatuh motor ) sebab nak ngelak dari kereta yang tiba-tiba masuk ke lane motor. Dah tu, kereta tu tak berenti pun. Nasib ada hamba Allah yang masih sudi membantu... Terima kasih dan semoga budi baik kalian di balas oleh Allah.

Masa kemalangan suami tak bagitau pun. Saya yang tunggu dia balik kerja kat rumah dah tak sedap hati sebab dah lewat sejam. Selalunya sampai paling lewat pun dalam kol 8.15 malam. Ini pukul 9.00 mlm tak sampai lagi. Kol tak berjawab...

Tunggu lagi. Tup-tup kol 9.15 sampai dengan kaki dan tangan penuh luka. Sireyat darah saya...
Suami ajak pi klinik saja. Tapi saya ajak jugak suami ke hospital jugak.. Nak x-ray bagai. Kat luar boleh nampak luka... Kat dalam kita tak tahu.

Alhamdulillah. Tiada kecederaan dalaman hanya luaran. Ambil masa juga nak baik.... 

Ngeri. Kaki yang luka teruk... 
Abang,
semoga cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan dari Allah SWT.  Amin.

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers