Frozen: 2nd Movie Aismar

5:52 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Cuti sekolah masih panjang.. Jemputan kenduri pun tiada minggu ni. Dan dah terjanji dengan Aismar masa balik teambuilding hari tu untuk tengok movie. So, tunaikan janji. 

Bergambar dulu sementara tunggu daddy beli tiket. 2 beradik ni ada saja idea depa...


Si Aisya buat muka tak puashati sebab movie lambat lagi nak start... 



Men talks. 



Tengok movie di GSC Sunway Carvival Seberang Jaya. Ramai kemain... Dapat seat depan sekali... Fuhhhh. Jenuh jugak nak mendogak... Nasib movie ni best. Si Aisya dah feeling cam puteri Anna. suka memanjat .. Asyik-asyik cakap macam kakak ja.. Kenapa dia suka panjat macam kakak? Kenapa dia suka main macam kakak...


Balik movie, singgah dinner kat Mee Udang Sri Penambang Sg. Dua. Yang ini bukan restoran yang selalu pergi.. Saja nak try.  So so saja... Saya lagi suka kat restoran satu lagi.  Saya order bihun sebab saya tak makan mee...

Dan ini pula, hasil pancingan dari poket En. Suami. Untuk saya, suami dan anak-anak.
Pembelian untuk jenama ini hanya akan berlaku ketika sales saja. Kalau takdak sales, menangislah dompet saya or suami.. 


Thank you abang for 'belanja'ing. 

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers