Entry Di Kala Kesibukan... - Cahaya Hayati

3 Dis 2013

Entry Di Kala Kesibukan...

Alamdulillah. Saya selamat sampai ke Penang jam 7.10 malam hari sabtu hari tu... Sepatutya saya naik flight jam 4.10 petang tapi di sebabkan cuaca, flight terpaksa delay sehingga jam 6.10 pm...

Sepanjang perjalan di kelilingi awan tebal... tengok kat luar nampak putih ja... Pastu terberangan  pula nak lari-lari dan buat negara awan macam kartun Doraemon... Siap  berangan buat istana bagai.. Hailah! Macam budak-budak pula.. Sekali sekala berangan camni rasa seronok pula.# throwback zaman kanak2.

pilot kapal ni kata berawan/ cloudy...
Hari ni baru masuk kerja. Sempat buat sandwich telur untuk anak-anak breakfast.. Cepat, mudah dan kesukaan anak-anak. Alang-alang dah buat breakfast, bawa bekal ke opis hari ni.. Selamat 2,3 ringgit... hihihi #jimat-cermat amalan mulia.

My Bekal..
Pagi tadi Mr. Hubby WhatsApp gambar anak-anak tengah enjoy their egg sandwich ... Makan sambil tengok TV. Kelakar pun ada... Si kakak bolot sandwich sorang-sorang. Bagi kat adik sekeping ja. hadooi! macam-macam ragam depa ni.
#Miss this moment..

adik & kakak.
Oklah. Bye. Nak sambung buat 360 pulak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan