loading...

28 Dis 2013

Peknga Ikan Sekor...

9:30 PG 0 Comments
Peknga (lempeng kelapa) ikan sekor. Pagi-pagi kalau pi market memang akan singgah makan dekat cinonie corder. Astaka yang bertentangan dengan nasi kandar Haja. Macam- macam ada kat sini... Tapi koay teow th'ng dengan peknga ni yang selalu saya order. 

Peknga ni sedap.. Lembut dan banyak kelapa....  Kari ikan seekor tu kena cakap kalau nak ikan. Kalau tak nanti dia bawa peknga ngan kuah kari ja. Pengalaman saya tu.. 


Jemput breakfast semua.

27 Dis 2013

Doyan...

9:00 PTG 0 Comments
Musim durian Junjung Kulim tiba lagi...
Alhamdulillah rezeki dinner malam minggu sebelum kejadian Hubby jatuh motor. Pulut durian ... Alhamdulillah durian yang di beli pun sedap dan elok-elok belaka. Beli durian free cempedak.... :)

Dan ini penggemar doyan. Pantang nampak... 


Kisah kehidupan: Bukan senang nak senang

3:00 PTG 0 Comments

Kisah kehidupan: Bukan senang nak senang

Hari isnin baru-baru ni balik kampung. Balik hari ja tanpa suami dan anak-anak. Niat nak bawa adik pi beli baju dan keperluan untuk sekolah menengah..

Sampai kat kampung terus ajak mak dan adik pi beli baju dan keperluan sekolah... Pi Pacific kat Alor Setar ja. Kat lobby dia tu ada semua keperluan untuk sekolah. Dari yang murah sampai ke yang ada jenama.. Beli kat adik yang biasa-biasa ja. Baju 2 helai, seluar 2 helai , stokin dan kasut serta bag sekolah. Fuhhh.. RM 200 jugak. Tu beli kat sorang ja. Bayangkan kalau ada anak ramai... Mmmm. Fikir sendirilah yer!

Masa dok shopping tu mak cerita la yang jiran sebelah rumah tak sihat pastu kena jaga cucu 3 orang. Mak bapa budak-budak ni pi mana pun tak tau. Saya ni sebulan sekali balik kampung, so macam-macam cerita la yang mak cerita.

Sebelum balik Kulim, pi la ziarah jiran tu.. Sembang-sembang sat ngan anak jiran yang sebaya adik saya. Masih belum bekerja selepas melahirkan anak. Dia cakap la ni susah sikit la... Nak start keja bulan depan katanya. January ni la... Kat mana tak tahu lagi. Then, bagi kata-kata semangat sikit.. Pastu dia kata saya dah senang sekarang.... Uhukks.

Bagi saya la... Bukan nak dabik dada sebab saya pun penah susah dan family pun bukan orang senang pun. Keluar Uni tapi start kerja kat 7E ja. Gaji mula pun RM1K ja...Takpa sebab saya nak cari pengalaman. Lama jugak kat 7E. 4 tahun jugak. Dalam tempoh ni, saya dari trainee sehingga menjadi store manager ( manager kat outlet di panggil store manager). Enjoy dengan kerja walaupun gaji ciput...  Buat part time sikit-sikit. Dari kawan-kawan lama... Gaji manager outlet pun lebat sekarang. Dulu masa saya nak resign, depa tengah nak naikkan gaji pekerja tapi rezeki saya kat tempat keja sekarang.

Walaupun gaji ciput, setiap bulan tak lupa nak bagi kat mak ayah. ada sikit saya bagi sikit... ada lebih saya bagi lebih. Sampai sekarang saya amalkan..

Alhamdulillah. Sekarang bila gaji dah banyak sikit, saya beri lebih kat mak. Bantu persekolahan adik-adik. Beli barang keperluan dapur dan lain-lain. Guna untuk diri sendiri, anak-anak + suami dan simpan untuk masa depan...

Ada jugak yang kata saya kedekut nak berbelanja.. Bukan kedekut, tapi mengamalkan perbelanjaan yang berhemah. Kalau kita susah, ada orang nak pinjamkan kita duit? Ada yang nak bantu kita...? Mungkin ada tapi saya jenis tak suka  minta-minta dengan orang. Biar kedekut tapi tak menyusahkan orang... Ada simpanan untuk masa depan. In Sha Allah.

Bagi saya, kalau nak senang kita perlu usaha, kerja keras dan sabar... Ada ganjaran pada masa depan. Bukan senang nak senang.. Banyak benda kena korbankan. Tak percaya... Pergilah tanya dengan orang yang dah berjaya.

Dengan adik beradik saya pun saya dok cakap benda yang sama. Biar susah sikit masa muda... Usaha lebih sikit masa muda... In Sha Allah nanti kita senang masa tua. Tapi tu lahhh, cakap ngan adik lelaki ni kadang-kadang menyakitkan hati pun ada..  Kena ugut dan  marah -marah baru nak cari kerja..  Tak tahulah nak cakap apa dah.. En. suami selalu kata, balik kampung asyik berleter ja... Berleter nak bagi elok... Kalau kakak tak tegur adik, sapa lagi nak tegur... :)

Kepada anak muda sekalian, bangunlah dan keluarlah dari kepompong keselesaan. Usahalah selagi boleh... Taburkan bakti kepada orang tuamu. Bantu mereka selagi boleh... Kalau tak boleh bantu, jangan susahkan mereka... Biarlah mereka nikmati hari tua mereka dengan hati yang senang.

Carilah pengalaman di mana saja. Biar mula kerja dengan gaji yang ciput tapi berkat usaha tu nanti ada ganjarannya.

Ini adalah kata-kata yang bernilai doploh sen dari saya yang bergelar kakak.

-xoxo-


26 Dis 2013

Dah Pandai Baca Blog..

6:30 PTG 0 Comments
One upon a time... 


Hubby: Sayang, abang dah baca blog sayang.. 
Me: Semua ka? ( Dalam hati dok dup dap dup dap)
Hubby:  Ha la... 
Me: ... (Sengih ja la.) 

Serius rasa malu dan kurang keyakinan... Yelah blog ntah hapa-hapa. Menulis ikut suka hati. Takdak yang specific. Ikut mood pulak tu.. But semua tu buang jauh2 sebab sekarang hubby cam support. Sikit-sikit tanya, tak nak ambik gambar ka? Hihi... Dan yang paling penting dah bertambah sorang readers saya. 

Bila dah pandai baca blog ni, dia asyik tanya... Ada ka orang baca blog sayang ni? Jawapannya, In Sha Allah ada.. Tapi tak ramai sebab saya tak femes cam kak jemah dan saya tak memfemeskan blog saya kat FB or Tweeter. Masih ada rasa malu...

Kenapa diaorang tak komen? hehehe.. Sebab isteri awak ni pun jarang komen kat blog orang.. Saya lebih suka jadi silent readers. Baca entry bloggers lain sambil menimba ilmu... Yang baik saya ambil dan yang buruk saya tinggalkan. Camna saya kat luar camtu jugak saya dalam blog.

Kenapa sayang buat blog? Adoiii.. soklan RM 1 juta ni... So, isteri solehah ni pun jawablah sebab dia takde diari.. So, blog ni cam diari. Leh letak gambar dan macam2. Dah tua2 nanti saya boleh baca... ingat kenangan, perkara yang saya dah buat melalui entry yang saya tulis ni. Tengok balik gambar anak-anak masa  diaorang nak membesar... 

Or bila saya dah takde nanti, anak-anak akan baca blog ni bila depa rindu kat saya... En. Suami pun sama lah yer, mana nak tau kalau Allah jemput saya dulu dari awak... opps terlebih feeling pulak!

Me & husband.

Thanks Abang. Abang tak minat ker nak buat blog? Tak!. Okey.. Takmo ka jadik cam Ben Ashaari or PCL? ... Setiap orang minat dia tak sama. Ok saya faham...

Suami korang baca blog korang tak?

Langkah Seterusnya...

10:15 PG 1 Comments
Alhamdulillah. Setelah di pikir-pikirin dan setelah membaca blog Arifshah yang banyak memaparkan tentang pelaburan... maka saya telah mengisi borang untuk membuat pelaburan menggunakan cash. Borang ini telah selamat di pos kepada Master Financial Consultant saya merangkap BFF saya yang berada di KL.

In Sha Allah saya akan update cara dan keuntungan yang di perolehi melalui pelaburan ini. Doakan semoga saya berjaya seperti BFF saya dan juga seperti blogger Arifshah.


Soon, saya akan menjadi consultant untuk investment ini. So, kepada yang berminat nak melabur ke Listed company menggunakan cash atau EPF, boleh hubungi saya:-

email: yati292@gmail.com
Hp: 019-470 3288

-xoxo-

20 Dis 2013

Selepas 10 Tahun...

8:00 PTG 0 Comments
Hampir 10 tahun tak jumpa...
Lost contact. Bawa haluan masing-masing. Bina kerjaya, bina rumahtangga dan mencapai impian masing2...
Tahun ini dalam sejarah kott... 

Masing2 mula contact balik. Sembang2 dalam FB & WhatsApp. Banyak cerita yang aku tak tahu rupanya...
huhu... Lupakan.

Minggu lepas, Wan n family dia datang Penang berfamily day di Pulau Jerejak. Sembang2 dan save a date untuk jumpa... Gembiranya. Wan ni room mate saya masa matrik... Pi mana pun berdua. Bila buat degree terpisah sebab saya ambik course lain dan dia buat banking... First year kena campak kat kuantan sebab tiada tempat untuk kami kat uum... Batch accounting student paling ramai (800+).

Tahun kedua balik UUM, kena campak pula kat kolej Aseania. Jauh dari kolej kediaman yang lain... So, campur pun ngan budak satu course saja... Terus lost contact dengan Wan. 

Wan ni kawan saya pergi makan, joging, study, shopping,  dan gosip2. Bak kata orang pi mana pun berdualah.  Orangnya ceria dan banyak cerita... 

Saya, Wan & Anak2 kami...
 Set dengan Wan jumpa kat restoran dan pergi melawat Tasya yang sedang berpantang anak no. 3. Ingatkan si Tasha ni dok area BM, sekali dok Kulim jugak... Ramai jugak kawan uni saya yang dok kulim.... Bestnyer!.  Lepas ni boleh la jumpa selalu....

Tasya, Saya & Wan.
Terima kasih Wan kerana buat jejak kasih ni... Terubat rindu ngan korang. Nanti jumpa lagi masa reunion..

Malang Yang Tak Di Duga

2:45 PTG 0 Comments
Assalam. 
Lama tak update. Rindu sangat-sangat nak update... Tapi tulah, busy bebenor. 
Rasanya ramai yang dah tahu... Suami saya terlibat dengan kemalangan kecil (jatuh motor ) sebab nak ngelak dari kereta yang tiba-tiba masuk ke lane motor. Dah tu, kereta tu tak berenti pun. Nasib ada hamba Allah yang masih sudi membantu... Terima kasih dan semoga budi baik kalian di balas oleh Allah.

Masa kemalangan suami tak bagitau pun. Saya yang tunggu dia balik kerja kat rumah dah tak sedap hati sebab dah lewat sejam. Selalunya sampai paling lewat pun dalam kol 8.15 malam. Ini pukul 9.00 mlm tak sampai lagi. Kol tak berjawab...

Tunggu lagi. Tup-tup kol 9.15 sampai dengan kaki dan tangan penuh luka. Sireyat darah saya...
Suami ajak pi klinik saja. Tapi saya ajak jugak suami ke hospital jugak.. Nak x-ray bagai. Kat luar boleh nampak luka... Kat dalam kita tak tahu.

Alhamdulillah. Tiada kecederaan dalaman hanya luaran. Ambil masa juga nak baik.... 

Ngeri. Kaki yang luka teruk... 
Abang,
semoga cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan dari Allah SWT.  Amin.

9 Dis 2013

Frozen: 2nd Movie Aismar

5:52 PTG 0 Comments
Cuti sekolah masih panjang.. Jemputan kenduri pun tiada minggu ni. Dan dah terjanji dengan Aismar masa balik teambuilding hari tu untuk tengok movie. So, tunaikan janji. 

Bergambar dulu sementara tunggu daddy beli tiket. 2 beradik ni ada saja idea depa...


Si Aisya buat muka tak puashati sebab movie lambat lagi nak start... 



Men talks. 



Tengok movie di GSC Sunway Carvival Seberang Jaya. Ramai kemain... Dapat seat depan sekali... Fuhhhh. Jenuh jugak nak mendogak... Nasib movie ni best. Si Aisya dah feeling cam puteri Anna. suka memanjat .. Asyik-asyik cakap macam kakak ja.. Kenapa dia suka panjat macam kakak? Kenapa dia suka main macam kakak...


Balik movie, singgah dinner kat Mee Udang Sri Penambang Sg. Dua. Yang ini bukan restoran yang selalu pergi.. Saja nak try.  So so saja... Saya lagi suka kat restoran satu lagi.  Saya order bihun sebab saya tak makan mee...

Dan ini pula, hasil pancingan dari poket En. Suami. Untuk saya, suami dan anak-anak.
Pembelian untuk jenama ini hanya akan berlaku ketika sales saja. Kalau takdak sales, menangislah dompet saya or suami.. 


Thank you abang for 'belanja'ing. 

Sekejap Lagi...

9:01 PG 0 Comments
Sekejap lagi..
Sekejap lagi saya siapkan report..
Sekejap lagi saya luluskan semua permohonan...
Sekejap lagi saya reply email-email dalam inbox..

Selepas itu, saya nak gerak ke Penang... Menyiapkan projek service agreement.

Sekarang saya nak breakfast dulu..
Bekal nasi udang seekor dan sebiji telur.
Alhamdulillah. 

Jemput makan semua.


6 Dis 2013

Di Permulaan... Terasa Susahnya

10:30 PG 0 Comments
Dipermulaan sesuatu kerja terasa susahnya. Macam tak sanggup nak buat. Benar. Ini situasi yang saya hadapi sekarang.... Dan ini juga cabaran dalam bekerja. chayook!

Apa saya buat? Saya tengah manage service agreement company saya...

Setor yang baru siap renovate....

\
Baru suku yang di bawa masuk...


Kotak besar yang telah siap di tagging... 


Dan masih berkampung disini... Rasanya sebulan kot saya dok sini. huhuhu...

5 Dis 2013

Sebelum Bermula Tahun Baru..

9:57 PTG 0 Comments
Sebelum bermulanya tahun baru..

Pertamanya, ketika belanjawan di bentangkan kita di beritahu harga gula di naikkan untuk mengurangkan jumlah pengidap kencing manis... Takpalah bagi aku yang kurang mengambil gula. Mungkin ada hikmahnya..

Pastu, ada gosip-gosip petrol akan di naikkan... Fuhhh nasib tak naik. Kalau tak mau kawtim ngan blogger Azilah untuk carpool mai keja..

Yang terbaru, tarif elektrik di naikkan mulai Jan 2014. Cam tak adil jer... Cam tak adil jer... Sekarang pun bil eletrik RM 150++ sebulan. Kalau tahun depan, nampak gayanya boleh mencecah  RM 250. Kenapa banyak? Kat umah ni 2 bilik guna aircond... Kalau tak guna aircond tak boleh nak tidoq... Panas woooo


Pastu ada terbaca khabar angin mengatakan tol di seluruh negara akan di naikkan... Betul ke? Nanti saya share yer berita tu... Ada kat FB. Nak kena cari balik.. Kenaikan yang tak munasabah jugak!

Adalah munasabah untuk saya fikir camna nak berjimat pada tahun depan.. :) 
Dan saya tak kesah jika gaji saya juga naik 100% cam ahli parlimen..  Naiklah jika gaji saya jugak di naikkan 100%. :P # Takkanmungkinberlaku.

Kalau saya membebel sampai pagi esok pun, tarif ni akan naik juga sebab saya hanya orang biasa. So, saya stop kat sini ..

Jom kita sama-sama mendoakan mangsa banjir di Pantai Timur & Selatan. Semoga semua selamat...  Ini yang lebih baik....

-xoxo-

#throwback: Teambuilding

2:48 PTG 0 Comments
Alhamdulillah terpilih walaupun pilihan kedua untuk teambuilding. Dah lama tak pergi... Bila dapat, terus tanya dengan Incik Suami... Dapat kebenaran, then say yes to bos. :)

Teambuilding kali ini di adakan di Golden Palm Resort, Bagan Lalang. For me, 1st time sampai sini... Sampai2 jer & jumpa kawan2 HQ, mula la nak bergambar bagai. Kalau sorang-sorang, takde gambar la..


Me

First day sampai, di mulakan dengan pendaftaran & pemberian T-shirt. Taklimat oleh resort tentang keselamatan dan perkhidmatan yang di sediakan. After taklimat, dapat kunci bilik... Taraaa! Best betul resort ni. Ataih ayaq!# sapa yang tak mai tu jangan jeles ya!

Tilam empuk dan ada bath tab. Tapikannnnn... tak dan nak rasa semua tu sebab teambuilding punya acara sampai kol 11.00 malam... Balik terus tido. Esoknya acara sambung jam 8.30 pg. huhu.. 
Kalau mai bercuti, memang best la...

Di sebabkan dewan ngan resort jauh yang amat, maka kami berulang alik menggunakan basikal. Seronok sangat dapat naik basikal. Dah lama tak berbasikal... Pastu dok feeling cam orang korea yang suka naik basikal... hehehe

Ni salah satu aktiviti semasa teambuilding. Kena buat object menggunakan tapak tangan... Camnilah hasilnya. Cantikkan! Ada pelancong korea yang berminat & nak beli... Sorry, bukan untuk di jual ya. Setiap gambar yang di hasilkan mempunyai makna yang tersendiri... 
Actually ada banyak aktiviti, tapikannn akak ni malas nak ambil gambar.. Maka yang ini saja untuk blog.


Malam last teambuilding # Dinner. Best! Tema Gold, Green and Glam... Saya guna G depan ngan G belakang ja. Malas nak mencari/membeli baju baruuuu.. Kan nak berjimat. So, pakai baju yang sedia ada sajalah...

Closed up. Nak lilit selendang cam Dato CT. Cam tak jadi jer.. Cam tak jadi jer...
Fail betul bab nak lilit selendang... camna yer?

Malam dinner ni setiap kumpulan kena buat persembahan dengan tajuk/ tema yang di beri. Group saya kena menari Gang Nam Style.. 2 jam saja untuk berlatih. Hancuss...

And....................... we got 2nd place. :P
Ok la kan... Walaupun menari ntah hapa-hapa... Janji juri terhiburkan.:)

Terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan teambuilding ni (group 3). Group paling best! Group paling sporting. Semoga berteambuilding lagi lain kali...

3 Dis 2013

Entry Di Kala Kesibukan...

11:40 PG 0 Comments
Alamdulillah. Saya selamat sampai ke Penang jam 7.10 malam hari sabtu hari tu... Sepatutya saya naik flight jam 4.10 petang tapi di sebabkan cuaca, flight terpaksa delay sehingga jam 6.10 pm...

Sepanjang perjalan di kelilingi awan tebal... tengok kat luar nampak putih ja... Pastu terberangan  pula nak lari-lari dan buat negara awan macam kartun Doraemon... Siap  berangan buat istana bagai.. Hailah! Macam budak-budak pula.. Sekali sekala berangan camni rasa seronok pula.# throwback zaman kanak2.

pilot kapal ni kata berawan/ cloudy...
Hari ni baru masuk kerja. Sempat buat sandwich telur untuk anak-anak breakfast.. Cepat, mudah dan kesukaan anak-anak. Alang-alang dah buat breakfast, bawa bekal ke opis hari ni.. Selamat 2,3 ringgit... hihihi #jimat-cermat amalan mulia.

My Bekal..
Pagi tadi Mr. Hubby WhatsApp gambar anak-anak tengah enjoy their egg sandwich ... Makan sambil tengok TV. Kelakar pun ada... Si kakak bolot sandwich sorang-sorang. Bagi kat adik sekeping ja. hadooi! macam-macam ragam depa ni.
#Miss this moment..

adik & kakak.
Oklah. Bye. Nak sambung buat 360 pulak..

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292