Sambal Belacan Jawa

Salam hari minggu all...

Masak apa hari ni??
Ahad lepas tekak terasa nak makan sambal belacan...
Dah lama berpantang makan sambal belacan...  Takut jerawat lagi banyak...
Alhamdulillah berkat berpantang dan minum El Marino Blanc dah kurang sikit jerawat...

Bila dah teringin kena la buat kan... kan. Bukan sambal belacan melayu tapi sambal belacan jawa. Apa beza sambal belacan melayu ngan jawa... Sambal belacan jawa kena goreng semua bahan yang nak di buat sambal dan di campur dengan bawang putih dan bawang besar/merah. Yang lain-lain tu sama jer...

Bahan yang akan di goreng :
belacan, bawang besar/merah, bawang putih, cili besar, cili padi or orang utara kata cabai melaka.


Goreng sekejap sampai naik cabai layu sikit. Lebih kurang cam gambar di bawah. Then, angkat dan kisar/tumbuk dengan lesung batu.


Tumbuk sampai rupa dia jadi sambal belacan. Tumbuk manja-manja jer sebab bahan-bahan tadi dah masak. Jangan lupa masukkan garam masa nak tumbuk dan perah limau bila nak hidangkan.. 


Dah siap. Boleh makan dengan ulam kegemaran. 


Saya suka makan sambal ni sejak di pekenalkan oleh mak sedara ( dia belajar dengan orang jawa) sebab kurang pedas dan tahan lama. Kepada yang allergic sambal belacan/ cabai mentah boleh cuba sambal ni...

Yummy!

2 comments:

Amanda Suria berkata...

Alahai..sedapnya...simple jer kan...mohon salin resepi ye...

Shahida Dzulkafli berkata...

Sha pun suka goreng dulu baru tumbuk.. Tak tahu pula ini stail sambal belacan jawa..

Pengikut

Google+ Followers