Last Entry...

Ok. Ni last entry pasal cuti-cuti malaysia. Cerita apa yang ada kat Lost World Of Tambun...

Macam family yang lain-lain gak... lepas breakfast dengan tak mandi dan pulangkan kunci homestay kat tuan dia,  kami gerak ke  Lost World. Lima minit ja...

Lost World Of Tambun

Sampai kat sana, beratur nak beli tiket... Ada seorang brader datang offer tiket sebab dia beli untuk group tapi ada ahli group yang tak datang. So, dia nak jual dengan harga 40 untuk 8 tiket... ngam-ngam untuk kami satu family... Seperti biasa, saya ni susah sikit nak percaya sebab kat board tulis harga tiket RM 48 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 40. Dalam website pula letak RM 38 dan kanak-kanak RM 30. Kalau beli terus kat brader ni kan kena tipu pula...

En. Suami pun pergi tanya kat kaunter tiket dan harga sebenarnya adalah RM 48... So, beli ngan brader tadi la.. Untung RM 50.00 untuk tiket 8 orang. Rezeki kami.....

Security dan check mengecheck bag yang di bawa masuk agak ketat. Di nasihatkan jangan bawa apa-apa sebab nanti kena letak dalam keta ja. Security akan check semua bag yang berzip dan beg tangan... Memang tak dapat nak sembunyikan apa-apa... So, better beli kat dalam ja.

Masuk-masuk ja, si Aisya ngan Ammar terus terjun kolam... Pantang jumpa air betul budak-budak ni.. Boleh tengok dalam entry sebelum ni..

Saya tunggu anak-anak mandi. Mil, SIL dan Mak sedara suami jalan-jalan pusing tengok kawasan...

Rumah Hantu... tak masuk pun. Kena bayar rasanya.


Roller coaster. Saya tak naik jugak... Gayat. Tengok sajalah.


Restoran dalam gua. ... Tak leh nak cerita sebab tak join sesi melawat ni.


Tea House dalam gua.


Ni lah rupa tea house tu...


Biji Timah.... First time tengok.


Proses mendulang. Ada di sediakan dulang untuk kita mencuba...


SIL dapat boipren pendulang... Hihi Sorry aa...

 Dah puas mandi dan jalan-jalan, masa untuk makan pula. Ammar yang baru terasa lapar...


Makan nasi goreng dan ni ja. Tak banyak pilihan sebab foodcourt tak buka pada hari tu...


Lepas makan pi tengok show.  Macam-macam ada...




Checken dance...

Beri harimau makan...



Lepas tengok show, naik keretapi pusing-pusing dalam lost world ni.



Dah habih mandi dan pusing-pusing dalam lost world ni, kami gerak balik dalam pukul 6 petang. Lama tak... sehari kot dok dalam ni..

Apa-apapun anak-anak enjoy.

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers