Jalan-Jalan Lagi... - Cahaya Hayati

8 Nov 2013

Jalan-Jalan Lagi...

Citer Cameron lagi...
Hari kedua saya planning nak pi melawat ladang teh, lavender garden, cactus valley, ladang strawberry dan Butterfly farm tapi... terpaksa ubah planning sebab mak sedara husband takmo bermalam kat Cameron. Nak stay kat Ipoh pula. Terpaksa la cancel sebab kalau dah pi semua tempat yang saya senaraikan tu mesti dah letih nak drive turun ke Ipoh...
Satu tempat pun saya tak pergi... Jadi malas bila plan dah tukar. Nanti-nantilah saya pi... 

So, pagi-pagi checkout dan breakfast kat area BSN. Kami kena katok dengan restoran ni... padahal makan roti canai kosong dan roti telur.. Air pula teh tarik, nescafe dan milo. RM 40.00..... Adoiii.... Dah makan bayar je lah... Next time jangan harap la nak singgah lagi kat restoran ni.

Pas makan terus ke Brinchang. Singgah kat sini... Tengok je lebih, membeli tak pun... Teh, sayur atau bunga pun saya tak beli. Tak terasa nak membeli sebab nak singgah ipoh lagik.. 

Si Aisya & Ammar ada jer benda yang depa berkenan. Nak ni la... nak tu la.. Jenuh pikiaq ayat pujuk tak bagi beli. Salah ayat tak pasal 1 market ni dengaq sora depa ... 


Last-last terbeli gak despicable (minion-minion) 2 ekoq. Nasib kami beli kat kedai yang offer harga yang berpatutan sebab bila jalan ke depan lagi harga satu bersamaan harga yang kami dapat untuk 2 despicable tu.

Sepupu ngan mak sedara husband tengah memilih bantal-bantal strawberry. Nak letak dalam kereta katanya...

MIL tak tau nak beli apa... pegang satu, pastu letak balik...


Kaktus. Teringin nak beli tapi bonet kereta dah penuh dengan bag. Next time jugaklah...


Posing sebelum turun Ipoh.


Kalau mai Cameron wajib singgah sini... Macam-macam ada. Cendehati, sayur, bunga, kaktus, buah-buahan, baju bajan dan lain-lain. Ubi rebus panas-panas dan jagung bakaq kat sini sedap...


Dahhh. Nanti saya update lagi tempat yang kami singgah...
Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan